27 Mar 2016

Hubungan baik KRT Taman Apas Permai dan penduduk wujudkan kasih sayang- Tawfiq Titingan

Majlis ramah mesra dan sukanika  warga Taman Apas Permai Tawau telah berjalan dengan jayanya. Ianya telah di adakan di Taman permainan Taman ini dan di hadiri hampir seluruh
penduduk yang mendiami dan tinggal di Taman ini.

Pelbagai acara telah di sediakan oleh pihak KRT Taman Apas Permai bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Antara acara yang di pertandingkan ialah tarik tali  lelaki dewasa, waita dewasa. lelaki kanak-kanak dan wanita kanak-kanak, makan donut sampai habis, merentas desa, membawa bola ping-pong dan banyak lagi.

 Pada majlis kali ini pihak penganjur iaitu KRT dan penduduk Taman Apas permai berasa amat berbesar hati dan berasa amat bertuah kerana YB Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan  sudi untuk datang serta merasmikan acara pada hari ini. Dalam ucapan nya beliau amat mengharapkan agar penduduk-penduduk Taman Apas permai sentiuasa bersatu hati dalam memastikan Taman ini bebas dari gejala jenayah dan dadah yang menjadi ancaman utama dalam memastikan negara dapat menghasilkan modal insan yang berguna untuk kemajuan negara.

 " Kerjasama erat yang di pelopori oleh pihak KRT yang di ujudkan di Taman ini. Ia merupakan suasana yang cukup baik dan perlu di wujudkan di setiap kampung ataupun kampung di mana kita ada satu wadah seperti KRT sudah pasti semua warga yang tinggal di kawasan tersebut akan dapat bekerja sama dan akan saling bantu membantu mengujudkan suasana harmoni suasana ketenteraman yang amat penting dalam memastikan negara kita akan terus aman
dan tenteram. Dengan ada nya KRT  ianya sudah pasti yang
mengadakan aktiviti termasuk aktiviti ramah mesra dan sukanika ia akan mampu menjalin hubungan silaturahim yang baik wujudkan kasih sayang sambil mereka boleh berinteraksi diantara satu dengan yang lain, mencambah idea dan fikiran, bagi meningkatkan keselesaan  keceriaan dan kebaikan di taman ini yang mana penduduknya terdiri perbagai suku kaum dan agama."




 Diakhir ucapan nya beliau mahukan agar penduduk dan KRT mencari satu tempat yang sesuai untuk didirikan satu dewan  beratap untuk bajet pada tahun hadapan dan diharapkan dapat memudahkan penduduk mengadakan apa jua aktiviti pada masa hadapan  termasuk aktiviti sukan dan kenduri kendara untuk kegunaan pada masa akan datang.

Apapun sekalung tahniah di ucapkan kepada penduduk Taman apas Permai yang telah bertungkus lumus dari mula hingga akhir dalam memastikan acara dan majlis  ini berjalan dengan lancar dalam meastikan ianya mencapai seperti yang di rancang. Tahniah juga di ucapkan kepada Pasukan RAMD 26 kerana sokongan tenaga dan peralatan untuk majlis KRT Taman Apas permai Tawau kali ini.

Adalah di harapkan kerjasama erat diantara KRT, penduduk dan RAMD 26 akan sentiasa terjalin dengan erat dalam memastikan aktiviti yang di jalankan akan sentiasa mencapai matlamat dan apa yang di rancang. Kerjasama earat juga diharapkan agar KRT Taman Apas Permai akan dapat bersaing dengan KRT yang ada di Tawau khasnya dan Sabah am nya.

"semuanya ada di Balung ada di Balung"..

Selamat membaca..


No comments: