21 Mar 2016

U-turn sejauh 8 km sulitkan penduduk dapatkan rawatan di Klinik Balung!!

Terbaca satu pos di facebook group pedas yang ber bunyi " Punca kematianadalah di sebabkan jalan raya tiada u-turn" dan ianya menarik perhatian saya untuk memberikan sedikt ulasan.

Umum mengetahui jalan Balung pada masa ini sedang dalam pembinaan untuk menaik taraf dari satu lorong kepada dua lorong  dan pembinaan sedang giat di jalankan. Dari pandangan mata kasar saya ianya siap dalam 70-80 %. Dengan siapnya jalan ini nanti ianya dapat menjimatklan masa perjalanan dari Balung menuju kebandar Tawau. Rata-rata penduduk Balung bersyukur dengan pembinaan ini kerana ianya dapat meledakkan ekonomi bagi penduduk Balung serta dapat meningkatkan tahap keselamatan bagi pengguna jalan raya.

Mungkin perkara yang tertera dalam gambar dianggap remeh  ataupun mudah  oleh sesetengah pihak tetapi jika di teliti betul-betul terdapat kebenaran dan ianya mungkin terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan. Sebagai contoh jika seseorang yang dari kampung Balung cocos hendak ke Klinik Balung ingin  mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, pesakit terpaksa menempuh perjalanan hampir 12 km perjalanan dan jika sebelum ini hanya 4 km tapi kini terpaksa jalan 12 km baru sampai ke klinik. Ini menyebabkan jarak perjalanan bertambah, masa perjalanan bertambah dan kos untuk sekali perjalanan ke klinik meningkat hampir dua ke tiga kali ganda.

Jika seseorang yang dalam kecemasan dan ingin mendapatkan rawatan di klinik ini akan terpaksa melalui perjalanan yang jauh sebelum sampai untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Adalah di harapkan pihak yang berwajib mengambil berat akan permasalahan ini dan memikirkan sesuatu yang positif dalam menangani permasalahan ini. 

Kami penduduk di Kawasan Balung juga berharap agar pihak berkenaan mengambil satu langkah yang baik sebelum permasalahan yang lebih rumit akan timbul dengan menyediakan U-turn" yang sepatutnya bagi memudahkan penduduk Balung mendapatkan rawatan apalagi ketika dalam keadaan kecemasan.

Semuanya ada di balung ada di balung....


No comments: