13 Mar 2016

Umno Tawau sebulat suara ikrar taat pada PM Malaysia

Sebagai salah seorang ahli  biasa UMNO P190 Tawau  saya sangat gembira di atas ketetapan yang di ambil oleh barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian. Ini menunjukkan dengan jelas sekali bahawasanya Umno Tawau akan sentiasa memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin tertinggi negara iaitu Datuk Sri Najib Razak.

Pada dasarnya semangat kesetiaan  adalah sangat penting seharusnya sentiasa ada dikalangan pemimpin yang ada kini. Semangat seperti ini juga seharus nya ada di kalangan seluruh ahli Umno dalam menjamin UMNO sentiasa relevan dan mendapat kepercayaan dari rakyat jelata yang ada di Malaysia.

Dalam keadaan susah dan senang wakil-wakil dari setiap bahagian hendaklah sentiasa memberikan sokongan kepada pemimpin tertinggi negara. Tidak di nafikan memang akan terdapat ketidak puasan hati tapi ianya harusnya di selesaikan atas dasar permuafakatan yang tinggi dan akhirnya akan mencapai titik persetujuan yang akan memenangkan semua pihak.

Umno Tawau telah mencapai kata sepakat dan memutuskan untuk menyatakan ikrar taat setia dan sokongan penuh terhadap  Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. 


Satu ketetapan juga di capai iaitu mengecam tindakan Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa orang pemimpin Umno yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana Menteri  Malaysia melalui cara yang tidak demokrasi.

Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno bahagian Tawau akan sentiasa  memberikan sokongan yang amat padu kepada mana-mana pemimpin Umno yang di pilih secara demokrasi untuk terus meminpin negara pada masa kini dan masa akan datang. Taida apa pun yang boleh memggugat pemimpin negara ini dengan cara yang tidak sah sekiranya kita terus bersatu dan terus merapatkan barisan dalam menjamin Umno terus memerintah negara ini dengan penuh gemilang dan terbilang.

Salam dari ahli biasa Umno Balung.

Semuanya ada di balung ada di balung...

No comments: