29 Aug 2016

Hari Usahawan Belia Pertubuhan Peladang Tawau

Kepada yang berada di Perbandaran Rawau dan kawasan sekitarnya anda di jemput untuk hadir  ke Majlis "Hari Usahawan Belia" anjuran  Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau.

Ianya akan di adakan pada sabtu 17/9/2016 bertempat di Perkarangan Pejabat Peladang Tawau, Taman Mega Jaya 10. Untuk pertanyaan, penyertaan dan sebagainya boleh berhubung di nombor 089-766004.

Perbagai acara telah di sediakan untuk memeriahkan acara pada hari tersebut diantaranya ialah pameran dan jualan hasil-hasil pertanian yang dihasilkan sendiri oleh ahli peladang Tawau di antaranya buah-buahan, sayur-sayuran dan sudah pastinya ianya adalah segar dari baru di petik dari ladang.

Acara pada hari itu nanti juga akan di serikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang hadir dan sudah pastinya hadiah-hadiah yang menarik menanti peserta di samping menggalakkan anak-anak untuk mengikuti aktiviti riadah.

Majlis akan di sempurnakan perasmiannya oleh YAB Datuk Tawfiq DSP Hj Abubakar Titingan ADUN N 56 Apas merangkap Menteri Belia Dan Sukan Sabah.

Acara yang memang sudah sinonim dengan Peladang Tawau ialah pertandingan makan tembikai dan sudah pastinya ianya sentiasa di tunggu-tunggu oleh sesiapa saja yang pernah menyertai dan melihat pertandingan tersebut yang menyeronokkan.

Para hadirin juga akan di hiburkan dengan pertandingan karaoke dan  ianya akan memberikan saingan yang amat sengit kali ini kerana ianya terbuka kepada sesiapa saja dan terbuka kepada yang berumur 40 tahun dan kebawah.

Sama-samalah kita memeriahkan acara tersebut semoga ianya dapat menimbulkan kesedaran untuk penduduk Tawau khasnya akan Pertanian dan mengenali lebih dekat lagi akan aktiviti dan fungsi yang dijalankan oleh pertubukan Peladang Tawau.

"Makanan Kita Masa Depan Kita"

Semuanya ada di balung Ada Di Balung"


DS Najib, DSP Musa Aman dan Petronas, Semuanya untuk Sabah.

Sebahagian besar dari pencapaian negeri Sabah dalam Industri Petroleum adalah hasil kesediaan YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk mendengar denyut nadi aspirasi rakyat Sabah dan keikhlasan beliau dalam menunaikan permintaan yg dibawa oleh YAB Dsp Musa Aman untuk menambah nilai hasil serta manafaat kewujudan khazanah minyak dan gas petroleum di Negeri Bawah Bayu tercinta ini. Antaranya:

1. Perlantikan Datuk Pg Hasanel, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS 

2. Pewujudan Pusat Latihan PETRONAS Kimanis yang
menyediakan peluang latihan (2 tahun) dalam bidang teknisyen "Instrumentation and Control" untuk Belia-Belia Sabah 

3. Memberi kelulusan untuk syarikat carigali minyak (Exploration and Production) milik penuh Kerajaan Sabah M3NERGY Sdn Bhd untuk mendapatkan 25-30% Ekuiti dalam penerokaan/penggerudian/produksi 2 buah Telaga Petroleum daratan di Sabah iaitu SB331 dan SB332

4. Pemberian 10% Ekuiti dalam pengeluaran LNG untuk Tren MLNG9 di Bintulu, Sarawak yang menggunakan Gas yang diterokai dari Telaga Gas Lautan Pesisir Sabah 

5. Pemberian Ekuiti 25% dalam pengeluaran Kilang Ammonia dan Urea SAMUR di Sipitang 

6. Menyokong usaha Kerajaan Sabah untuk membangunkan Taman Industri Minyak dan Gas Sabah SOGIP di Sipitang 

7. Memberi Ekuiti 40% kepada NRG( milik Yayasan Sabah) dalam pemilikan Loji Pengeluar  Tenaga Bebas 300MW menggunakan Gas di Kimanis 

8. Memberi peluang kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan Sabah dan Usahawan Sabah yang berkelayakan untuk menjadi kontraktor dalam bidang Perkhidmatan dan Perbekalan Industri Petroleum di Sabah.

9. Memberi peluang serta keutamaan kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan untuk  menjawat jawatan dalam semua kategori di PETRONAS serta Industri Petroleum yg terdapat dinegeri Sabah dan diluar negara

10. Memberi kebenaran untuk PETRONAS mengeluarkan Dana CSR bagi membina Pusat Penyelidikan Imbak Canyon milik Yayasan Sabah 

11. Mengarahkan PETRONAS untuk mengeluarkan Ratusan Juta RM untuk memindah serta mengubah-suai Pelantar Minyak yg tidak digunakan lagi, menjadi Pangkalan Hadapan Esscom di Pantai Timur Sabah bagi mengawal keselamatan Sabah dari pencerobohan kumpulan militan dari negara jiran 

12. Memberi kebenaran kepada PETRONAS untuk mengeluarkan Dana Khas bagi membangunkan Sukan Bolasepak di Negeri Sabah dengan pembinaan Padang Latihan Bolasepak SAFA di Kompleks Sukan Likas yg akan bermula awal tahun 2017 serta Dana untuk penganjuran pertandingan bolasepak bagi pemain-pemain remaja di Sabah selama 5 tahun mendatang.(Rujuk di sini)

27 Aug 2016

Calon ADUN hendaklah yang sentiasa di Kawasan dan bukan hanya waktu Pemilihan baru muncul Untuk PR DUN Sabah

PRU 13 sudahpun berlalu lebih tiga tahun dengan meninggalkan pelbagai peristiwa suka dan duka dan sudah pastinya ianya tercatat dalam sejarah politik tanah air. Yang menang sudah pastinya akan
bekerja keras dalam memastikan kerusi yang di menangi bakal dapat di tawan semula pada pemilihan akan datang dan yang kalah juga sudah pastinya akan bekerja dengan keras bagi meyakinkan pengundi di kawasan tempat dia bertanding.

                                                                            Terdengar di kedai-kedai kopi pilihanraya bagi DUN Sabah bakal di jalankan tidak lama lagi dan di jangka pertengahan tahun hadapan ianya akan di adakan. Khabar angin berkenaan bertambah kencang dengan kelulusan 13 DUN baru untuk negeri Sabah telah di umumkan dalam media-media tempatan dan sidang Dewan Undangan Negeri sabah.

Jika Parlimen Tawau mendapat satu kerusi DUN dengan persempadanan semula bermakna Tawau bakal ada dun DUN yang kosong iaiatu DUN Balung yang seperti kita selalu dengar dalam ucapan ADUN yang ada sekarang , bahawasanya beliau tidak akan bertanding pada pemilihan akan datang dan berhasrat untuk memberikan kepada muka-muka baru  untuk calon yang layak untuk mengantikan beliau. Untuk kerusi baru dalam parlimen Tawau kedudukan sebenar belum di ketahui cuma yang kuat kedengaran  ianya bakal di namakan DUN Kukusan dan sudah pastinya ianya akan menjadi rebutan kepada mereka-mereka yang merasakan mereka layak untuk memimpin di kawsan berkenaan.

Terdapat dua ke empat nama yang begitu popular untuk orang-orang Tawau dalam Parlimen Tawau yang mungkin bakal mengisi kekosongan yang bakal wujud dengan persempadanan ini dan pastinya karektor diantara mereka berempat begitu berbeza diantara satu dengan yang lain.

Bagi pengundi  mereka cuma mengharapkan Calon yang sesuai dan popular dan sering bertemu dengan penduduk walaupun mereka tak punyai jawatan sebagai "Yang berhormat" kerana nilai murni dan pengorbanan yang sudah mereka curahkan akan menjadi kayu pengukur kepada perkhidmatan yang akan mereka berikan jika terpilih menjadi Calon dan ADUN kelak.

Calon hendaklah tidak terlalu berusia dan juga tidak terlalu muda , kerana calon yang hendak di ketengahkan kelak hendaklah mereka yang benar-benar menyelami denyut nadi rakyat dan bukannya hanya turun semasa ada peluang Jawatan dan kepentinga peribadi.

Di masa dahulu sesiapa sahaja yang di letakkan di atas tiket Barisan nasional dan Umno sudah pastinya akan menang dengan bergaya pada setiap pilihanraya Negeri.  Kini segalanya sudah berubah, rakyat sudah tahu memilih dan sudah dapat melihat siapa yang akan mereka pilih dan bukannya atas tiket Umno atau Barisan Nasional.

Bersambung.........

Semuanya ada di Balung ada di Balung...



25 Aug 2016

Penduduk Kampung Titingan risau terkena tempias operasi



(Sumber : Youtube https://youtu.be/2lm2C7qJ68k)
Warga Tawau terutama yang menetap di perkampungan atas air bahagian pantai timur diminta tidak kuathir dengan operasi bersepadu perobohon dan pembersihan yang dijalankan baru-baru ini. 

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam temu bual kepada media Astro Awani berkata, beliau memberi jaminan kepada semua warga tempatan yang mempunyai kad pengenalan (MyKad) bahawa mereka semua selamat dan perumahan mereka tidak akan diganggu oleh pihak berkuasa begitu juga kepada warga lain dan warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti (Pasport) mereka semua juga akan selamat dari tindakan pihak berkuasa. 

Sasaran dalam operasi bersepadu ini ialah kepada PATI atau mana-mana mereka yang tinggal menetap di perkampungan ini secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Operasi bersepadu ini juga adalah bertujuan keselamatan dan pembersihan.
# tawau_Media

"Semuanya ada di Balung Ada di Balung"

22 Aug 2016

GLC Sabah, Akan Jalankan Operasi Cari Gali Minyak Di Sabah- Tawfiq Titingan

Kg Bukit Quoin 21/8/2016: “Sabah tidak pernah masuk Malaysia tetapi Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Malaya telah bersama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963”.


Demikian Ungkapan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Kampung Bukit Quoin di sini, kelmarin.

“Kita tidak pernah masuk Malaysia tetapi kita bersama-sama membentuk Malaysia dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi dan dipelihara kerana pada ketika itu kita masih kurang pengalaman dan kekurangan tenaga profesional.”

“Andaikata syarat-syarat berkenaan ada yang terlepas pandang, kita
akan lakukan yang terbaik untuk memastikan ia dikembalikan tetapi bukan dengan cara menanamkan sentimen kebencian kepada rakyat,”katanya.

Menurut Tawfiq, ungkapan Sabah For Sabahan tidak sepatutnya dilaung-laungkan oleh pihak tertentu sebagai asas untuk menuntut hak negeri ini kerana ia boleh menimbulkan sentimen kebencian yang boleh memporak-perandakan perpaduan yang dinikmati kini.

“Bagi menyelesaikan isu berkaitan hak ini, kita telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan peringkat nasional bagi membincangkan langkah penyelesaian isu penurunan kuasa.”


“Ungkapan Sabah for Sabahan ini jika dimanipulasi boleh menaikkkan sintimen kebencian dan apabila kita saling membenci ia akan menjadi titik permulaan untuk kita berpecah-belah,”katanya.

Mengulas mengenai isu royalti minyak, beliau berkata, dakwaan yang mengatakan bahawa Sabah mendapat 5 peratus daripada hasil minyak yang digali di negeri ini dan 95 peratus lagi menjadi milik semenanjung Malaysia adalah tuduhan palsu dan pembohongan yang nyata.

Menurut beliau, tuduhan berkenaan adalah tidak benar kerana Kerajaan Persekutuan juga turut mendapat 5 peratus daripada hasil minyak berkenaan dan bukan 95 peratus seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

“Sebagai perumpamaannya jika setiap tahun Sabah mengeluarkan 100 tong minyak maka lima tong akan menjadi milik Sabah serta Kerajaan Persekutuan, manakala 60 tong lagi adalah kos bagi menampung proses mencari gali minyak serta baki yang selebihnya adalah menjadi milik syarikat yang menjalankan operasi berkenaan.”

“Operasi mencari gali minyak memerlukan kos yang tinggi dan sudah tentunya syarikat yang menjalankan operasi berkenaan juga harus mendapatkan keuntungan kerana mereka bukannya badan kebajikan masyarakat,”katanya.

Tambah beliau, dalam usaha menuntut kenaikan royalti minyak, Sabah juga menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan menawarkan operasi cari gali minyak yang akan dilaksanakan oleh syarikat milik negeri ini.

“Kerajaan Sabah melalui kementerian kewangan dan anak syarikat kementerian kewangan Sabah telah membeli sebuah syarikat yang mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk tujuan berkenaan,”katanya.

Inisiatif ini telah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri ketika Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman membawa perkara ini kepada beliau sebagai langkah penyelesaian isu berkenaan.

“Kebetulan pada ketika itu pihak Petronas hampir menawarkan tender cari gali minyak di dua telaga minyak daratan kepada syarikat milik semenanjung Malaysia namun dengan adanya syarikat milik kerajaan negeri berkenaan dan dengan keizikan Perdana Menteri kita diberikan ekuiti sebanyak 30 peratus dari telaga berkenaan,”katanya.

"Semuanya ada di balung ada di balung"

21 Aug 2016

Hospital baru Balung Tawau bernilai 40 juta dalam masa terdekat-Tawfiq Titingan


 Balungkini : Pekan Balung bakal menerima Hospital baru yang bernilai 40 juta ringgit tidak lama lagi. Demikian di umumkan oleh Menteri Belia Dan Sukan  Sabah Merangkap ADUN N56 Apas dan Ketua Umno Bahagian Tawau semasa menghadiri perjumpaan sambutan Merdeka Raya peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Balung. Dengan siapnya hospital ini nanti ianya dapat memudahkan penduduk-penduduk yang ada di sekitar Pekan Balung untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sempurna.

Di dalam ucapan yang di sampaikan pada malam tersebut, beliau mengharapkan agar penduduk-penduduk Balung sentiasa bersatu padu dalam menangkis propaganda yang di taburkan oleh pihak pembangkang yang sentias cuba untuk mempengaruhi penduduk dengan pelbagai isu-isu yang di ada-adakan untuk mengelirukan orang ramai.

Sebagai contoh isu Sabah for Sabahan  di laungkan oleh  oleh sesetengah pihak dalam menagih simpati daripada pengundi sedangkan ianya hanyalah perjuangan yang sia-sia dan merugikan rakyat. "Bayangkan jika selangor pun buat "Selangor untuk Selangor" dan "Johor untuk Johor " apa akan jadi dengan ribuan orang Sabah yang bekerja dan sudah berkahwin campur, adakah mereka mesti balik kenegeri masing-masing? Oleh yang demikian slogan sabah for Sabahan sangat tidah releven pada masa kini dan sudah semesti nya ianya pemikiran yang ketinggalan kebelakang.
Oleh itu jangan lah melayan pemimpin yang menagih simpati yang kononnya mau memperjuangkan rakyat tapi sebenarnya ianya hanya kepentingan nafsu peribadi sahaja.

" Memang terdapat beberapa masalah seperti kekurangan air yang sedang berlaku di daerah Tawau terutamanya di Kongsi 10, Kongsi 8, Batu Payung dan Ranggu pada masa kini. Ini berlaku di sebabkan Tawau tidak mempunyai Empangan Air yang boelh menyimpan simpanan air untuk kegunaan orang Tawau. Setakat ini Jabatan yang terbabkit hanya berharap kepada sungai yang sedia ada dan jika musim kemarau sudah pasti masalah air tidah dapat di elakkan. Oleh yang demikian bagi mengatasi masalh berkenaan kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah 300 juta untuk pembinaan empangan Tawau dalam tahun depan katanya lagi".

"Bagi memudahkan dan mengurangkan kos untuk Warga Tawau kerajaan juga telah mengujudkan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Pasat Tanjung. Ini bertujuan untuk membantu rakyat yang bekerja di siang hadi dan dapat berurusan pada malam hari di jabatan kerajaan." Ini menunjukkan dengan jelas kerajaan mengambil berat akan permasalahan yang rakyat hadapi, tambah nya lagi.

Di akhir ucapan nya beliau mengharapkan agar penduduk yang ada di sekitar flet Sri Balung dan sekitarnya untuk sentiasa bersatu padu dalam segala hal dan jika mempunyai permasalahan silan berjumap dengan ketua Kampung dan mereka-mereka yang dilantik untuk menyampaikan permasalahan yang mereka hadapi ke peringkat tertinggi. Beliau juga telah memgumumkan "U-turn" Balung akan di bina dan sekarang tengah menunggu kelulusan dan peruntukan dari JKR pusat untuk memudahkan penduduk dan pengguna jalanraya yangada di sekitar BAlung khas nya dan Tawau am nya.

Perjumpaan sebegini di antara wakil rakyat adalah baik dan di harapkan ianya sentiasa diadakan agar segala rintihan dan permasalahan rakyat di peringkat bawahan dapat di dengan dan jawapan segera dari YB yang di pilih dapat didengar dan di ketahui dengan segera oleh penduduk.

Acara pada malam itu turut i hadiri oleh ADUN N55 Balung merangkap Speaker Dewan Undanga Negeri Sabah. Naib Ketua Umno Bahagian Tawau, Bendahari Umno Bahagian Tawau, Ketua Puteri, Ketua Pemuda dan barisan tertinggi UMNO Banhagian Tawau.

Salam dari Bumi Balung.. 

"Semuanya ada di Balung ada di Balung"





18 Aug 2016

Zakat dan "cara pengiraan pembayaran"




Semalam 17/8/2016 saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri satu seminar berkenaan dengan zakat yang di adakan si sebuah hotel terkemuka yang terletak di daerah Tawau. Pada mulanya saya merasakan saya tidak perlu untuk mengetahui lebih lanjut akan hal-hal yang berkaitan dengan zakat kerana saya sudah pun membazar zakat fitrah pada tiap-tiap bulan Ramadan. Tambahan pula saya adalah penerima BR1M sudah pastinya saya tidak layak untuk mebayar zakat harta, pendapatan dan sebagainya.

Acara pada hari tersebut di hadiri oleh perbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakkan dari mereka adalah kakitangan kerajaan, ketua Kampung, Amil, Pengerusi JKKK dan mungkin hanya saya sendri sahaja yang bekerja dalam sektor perladangan.

Setelah mendengar penerangan dari pihak yang bertugas pada hari tersebut akhirnya saya memahami serba sedikit akan zakat. Terdapat dua kaedah mengira dan menaksir zakat pendapatan.

1)    Mengira atas pendapatan Kasar

Zakat pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan kasar dalam setahun. Kadar zakat sebanyak 2.5% sekiranya taksiran berpandukan penggunaan takwiw hijrah, manakala kadar 2.577% adalah taksiran berdasarkan tahun masihi. Pendapatan tersebut mestilah bersamaan atau melebihi nisab.

2)    Mengira atas pendapatan bersih.

Jumlah pendapatan kasar setahun di tolak perbelanjaan yang di benarkan dalam setahun. Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab, kadar zakat 2.5% atau 2.577% dikenakan atas pendapatan tersebut berdasarkan penggunaan takwim hijrah atau masihi.(Sumber Pusat Zakat Sabah)


Sebagai contoh, jika anda mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM 2000 sebulan , seorang isteri, 4 orang anak. Kiraan nya adalah seperti berikut.



Pendapatan
24000.00

Setahun (RM)


1
Diri
9000.00


2
Jumlah Isteri RM 3000 X 1
3000.00


3
Anak  RM 1000 X 1(4 orang)
4000.00


4
Pemberian Ibu/Bapa
1200.00


5
Caruman KWSP (11 %)
2640.00


Jumlah tolakan dalam setahun
19840.00


Gaji Bersih
4160.00


6
Gaji bersih X 2.5/100
104


Jumlah Zakat pendapatan yang wajib di bayar setiap tahun jika gaji saya sebulan RM 2000
      atau RM 24000 setahun ialah RM 104 .


Setelah mendengar dan membuat perkiraan seperti panduan yang telah di beri oleh pihak Pusat zakat Sabah akhirnya saya mendapati bahawa seseorang yang bergaji tetap sebanyak RM 2000 sebulan , punyai seorang isteri dan 4 orang anak adalah layak membayar zakat sebanyak RM 104 setahun.

Sedikit rasa bersalah timbul di benak pemikiran saya kerana sudah bertahun saya tidak menunaikan kewajipan dalam membayar zakat dengan pendapatan yang saya ada.

Kalau di jabatan-jabatan kerajaan mungkin Pihak Zakat Sabah sentiasa mengadakan taklimat dan penerangan tentang zakat, tapi di pihak kami yang bekerja dengan pihak swasta memang maklumat sebegini memang asing  bagi kami. Adalah diharapkan pihak Zakat sabah mengambil berat akan permasalahan yang kami alami kerana ramai diantara kami tidak mengetahui berkenaan dengan zakat dan diharap ianya akan meyedarkan pembayar untuk menunaikan kewajipan dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Salam dari Bumi Balung..

“Semuanya ada di Balung ada di Balung”






14 Aug 2016

Aktiviti Datuk Tawfiq Titingan di Parlimen Tawau 13/8/2016

Program Motivasi Dan Perkampungan UPSR , Unik 
Bimbingan Dan kaunseling SK Kuala Apas Tawau


Majlis Penutupan Dan Penyampaian HAdiah Kejohanan Bola Sepak 
Piala YAB DSP Musa Hj Aman 2016


Majlis Ramah Mesra Bersama pemimpin (Kg Titingan)


Majlis Perasmian Kejohanan Ragbi, Tekwando dan Silat 
kali ke 2 Anjuran MRSM Tawau



"Semuanya ada di Balung Ada di Balung"