18 Aug 2016

Zakat dan "cara pengiraan pembayaran"




Semalam 17/8/2016 saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri satu seminar berkenaan dengan zakat yang di adakan si sebuah hotel terkemuka yang terletak di daerah Tawau. Pada mulanya saya merasakan saya tidak perlu untuk mengetahui lebih lanjut akan hal-hal yang berkaitan dengan zakat kerana saya sudah pun membazar zakat fitrah pada tiap-tiap bulan Ramadan. Tambahan pula saya adalah penerima BR1M sudah pastinya saya tidak layak untuk mebayar zakat harta, pendapatan dan sebagainya.

Acara pada hari tersebut di hadiri oleh perbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakkan dari mereka adalah kakitangan kerajaan, ketua Kampung, Amil, Pengerusi JKKK dan mungkin hanya saya sendri sahaja yang bekerja dalam sektor perladangan.

Setelah mendengar penerangan dari pihak yang bertugas pada hari tersebut akhirnya saya memahami serba sedikit akan zakat. Terdapat dua kaedah mengira dan menaksir zakat pendapatan.

1)    Mengira atas pendapatan Kasar

Zakat pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan kasar dalam setahun. Kadar zakat sebanyak 2.5% sekiranya taksiran berpandukan penggunaan takwiw hijrah, manakala kadar 2.577% adalah taksiran berdasarkan tahun masihi. Pendapatan tersebut mestilah bersamaan atau melebihi nisab.

2)    Mengira atas pendapatan bersih.

Jumlah pendapatan kasar setahun di tolak perbelanjaan yang di benarkan dalam setahun. Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab, kadar zakat 2.5% atau 2.577% dikenakan atas pendapatan tersebut berdasarkan penggunaan takwim hijrah atau masihi.(Sumber Pusat Zakat Sabah)


Sebagai contoh, jika anda mempunyai pendapatan tetap sebanyak RM 2000 sebulan , seorang isteri, 4 orang anak. Kiraan nya adalah seperti berikut.



Pendapatan
24000.00

Setahun (RM)


1
Diri
9000.00


2
Jumlah Isteri RM 3000 X 1
3000.00


3
Anak  RM 1000 X 1(4 orang)
4000.00


4
Pemberian Ibu/Bapa
1200.00


5
Caruman KWSP (11 %)
2640.00


Jumlah tolakan dalam setahun
19840.00


Gaji Bersih
4160.00


6
Gaji bersih X 2.5/100
104


Jumlah Zakat pendapatan yang wajib di bayar setiap tahun jika gaji saya sebulan RM 2000
      atau RM 24000 setahun ialah RM 104 .


Setelah mendengar dan membuat perkiraan seperti panduan yang telah di beri oleh pihak Pusat zakat Sabah akhirnya saya mendapati bahawa seseorang yang bergaji tetap sebanyak RM 2000 sebulan , punyai seorang isteri dan 4 orang anak adalah layak membayar zakat sebanyak RM 104 setahun.

Sedikit rasa bersalah timbul di benak pemikiran saya kerana sudah bertahun saya tidak menunaikan kewajipan dalam membayar zakat dengan pendapatan yang saya ada.

Kalau di jabatan-jabatan kerajaan mungkin Pihak Zakat Sabah sentiasa mengadakan taklimat dan penerangan tentang zakat, tapi di pihak kami yang bekerja dengan pihak swasta memang maklumat sebegini memang asing  bagi kami. Adalah diharapkan pihak Zakat sabah mengambil berat akan permasalahan yang kami alami kerana ramai diantara kami tidak mengetahui berkenaan dengan zakat dan diharap ianya akan meyedarkan pembayar untuk menunaikan kewajipan dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Salam dari Bumi Balung..

“Semuanya ada di Balung ada di Balung”






No comments: