PRU 13 sudahpun berlalu lebih tiga tahun dengan meninggalkan pelbagai peristiwa suka dan duka dan sudah pastinya ianya tercatat dalam sejarah politik tanah air. Yang menang sudah pastinya akan
bekerja keras dalam memastikan kerusi yang di menangi bakal dapat di tawan semula pada pemilihan akan datang dan yang kalah juga sudah pastinya akan bekerja dengan keras bagi meyakinkan pengundi di kawasan tempat dia bertanding.
Terdengar di kedai-kedai kopi pilihanraya bagi DUN Sabah bakal di jalankan tidak lama lagi dan di jangka pertengahan tahun hadapan ianya akan di adakan. Khabar angin berkenaan bertambah kencang dengan kelulusan 13 DUN baru untuk negeri Sabah telah di umumkan dalam media-media tempatan dan sidang Dewan Undangan Negeri sabah.
Jika Parlimen Tawau mendapat satu kerusi DUN dengan persempadanan semula bermakna Tawau bakal ada dun DUN yang kosong iaiatu DUN Balung yang seperti kita selalu dengar dalam ucapan ADUN yang ada sekarang , bahawasanya beliau tidak akan bertanding pada pemilihan akan datang dan berhasrat untuk memberikan kepada muka-muka baru untuk calon yang layak untuk mengantikan beliau. Untuk kerusi baru dalam parlimen Tawau kedudukan sebenar belum di ketahui cuma yang kuat kedengaran ianya bakal di namakan DUN Kukusan dan sudah pastinya ianya akan menjadi rebutan kepada mereka-mereka yang merasakan mereka layak untuk memimpin di kawsan berkenaan.
Terdapat dua ke empat nama yang begitu popular untuk orang-orang Tawau dalam Parlimen Tawau yang mungkin bakal mengisi kekosongan yang bakal wujud dengan persempadanan ini dan pastinya karektor diantara mereka berempat begitu berbeza diantara satu dengan yang lain.
Bagi pengundi mereka cuma mengharapkan Calon yang sesuai dan popular dan sering bertemu dengan penduduk walaupun mereka tak punyai jawatan sebagai "Yang berhormat" kerana nilai murni dan pengorbanan yang sudah mereka curahkan akan menjadi kayu pengukur kepada perkhidmatan yang akan mereka berikan jika terpilih menjadi Calon dan ADUN kelak.
Calon hendaklah tidak terlalu berusia dan juga tidak terlalu muda , kerana calon yang hendak di ketengahkan kelak hendaklah mereka yang benar-benar menyelami denyut nadi rakyat dan bukannya hanya turun semasa ada peluang Jawatan dan kepentinga peribadi.
Di masa dahulu sesiapa sahaja yang di letakkan di atas tiket Barisan nasional dan Umno sudah pastinya akan menang dengan bergaya pada setiap pilihanraya Negeri. Kini segalanya sudah berubah, rakyat sudah tahu memilih dan sudah dapat melihat siapa yang akan mereka pilih dan bukannya atas tiket Umno atau Barisan Nasional.
Bersambung.........
Semuanya ada di Balung ada di Balung...
No comments:
Post a Comment