Sebahagian besar dari pencapaian negeri Sabah dalam Industri Petroleum adalah hasil kesediaan YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk mendengar denyut nadi aspirasi rakyat Sabah dan keikhlasan beliau dalam menunaikan permintaan yg dibawa oleh YAB Dsp Musa Aman untuk menambah nilai hasil serta manafaat kewujudan khazanah minyak dan gas petroleum di Negeri Bawah Bayu tercinta ini. Antaranya:
1. Perlantikan Datuk Pg Hasanel, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS
2. Pewujudan Pusat Latihan PETRONAS Kimanis yang
menyediakan peluang latihan (2 tahun) dalam bidang teknisyen "Instrumentation and Control" untuk Belia-Belia Sabah
3. Memberi kelulusan untuk syarikat carigali minyak (Exploration and Production) milik penuh Kerajaan Sabah M3NERGY Sdn Bhd untuk mendapatkan 25-30% Ekuiti dalam penerokaan/penggerudian/produksi 2 buah Telaga Petroleum daratan di Sabah iaitu SB331 dan SB332
4. Pemberian 10% Ekuiti dalam pengeluaran LNG untuk Tren MLNG9 di Bintulu, Sarawak yang menggunakan Gas yang diterokai dari Telaga Gas Lautan Pesisir Sabah
5. Pemberian Ekuiti 25% dalam pengeluaran Kilang Ammonia dan Urea SAMUR di Sipitang
6. Menyokong usaha Kerajaan Sabah untuk membangunkan Taman Industri Minyak dan Gas Sabah SOGIP di Sipitang
7. Memberi Ekuiti 40% kepada NRG( milik Yayasan Sabah) dalam pemilikan Loji Pengeluar Tenaga Bebas 300MW menggunakan Gas di Kimanis
8. Memberi peluang kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan Sabah dan Usahawan Sabah yang berkelayakan untuk menjadi kontraktor dalam bidang Perkhidmatan dan Perbekalan Industri Petroleum di Sabah.
9. Memberi peluang serta keutamaan kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam semua kategori di PETRONAS serta Industri Petroleum yg terdapat dinegeri Sabah dan diluar negara
10. Memberi kebenaran untuk PETRONAS mengeluarkan Dana CSR bagi membina Pusat Penyelidikan Imbak Canyon milik Yayasan Sabah
11. Mengarahkan PETRONAS untuk mengeluarkan Ratusan Juta RM untuk memindah serta mengubah-suai Pelantar Minyak yg tidak digunakan lagi, menjadi Pangkalan Hadapan Esscom di Pantai Timur Sabah bagi mengawal keselamatan Sabah dari pencerobohan kumpulan militan dari negara jiran
12. Memberi kebenaran kepada PETRONAS untuk mengeluarkan Dana Khas bagi membangunkan Sukan Bolasepak di Negeri Sabah dengan pembinaan Padang Latihan Bolasepak SAFA di Kompleks Sukan Likas yg akan bermula awal tahun 2017 serta Dana untuk penganjuran pertandingan bolasepak bagi pemain-pemain remaja di Sabah selama 5 tahun mendatang.(Rujuk di sini)
No comments:
Post a Comment