30 Oct 2016

YAB Musa Aman -Perasmian MESEJ Kampung Montenior Beaufort



Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan yang di lemparkan kepada YAB  Ketua menteri Sabah kebelakangan ini ianya sedikitpun tidak menghalang aktiviti rutin dan aktiviti turun padang yang sememangnya sudah sinonim dengan budaya kerja beliau untuk  terus berjumpa dengan rakyat dalam memastikan rakyat sentiasa sejahtera dan berpuashati dengan segala gerak kerja dan pembangunan yag sedang di rancang dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri Sabah.

Terbaru YAB Ketua Menteri Sabah telah mengadakan lawatan
kerja bersama Menteri dan pegawai kerajaan ke Daerah Beaufort bagi merasmikan (MESEJ) Mini Estate Sejahtera di Kampung Montenior. Ini membuktikan kerajaan yang sedia ada sentiasa merancang dan membantu rakyat yang ada bagi memastikan kegiatan ekonomi terutama orang-orang kqmpung sentiasa berjalan seiring dengan keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.

Penduduk KAmpung yang terpilih untuk menyertai skim ini (MESEJ) akan mengusahakan sebidang tanah dan mendapat
sebuah rumah untuk mereka meneruskan penghidupan serta merancang penghidupan seterusnya melalui program ini. Peserta juga akan di bantu dengan segala kemudahan termasuk khidmat nasihat dari agensi kerajaan Negeri Sabah di dalam memastikan apa yang mereka usahakan akan memperolehi kejayaan seterusnya memperbaiki ekonomi masing-masing.

Ini menunjukkan kerajaan yang sedia ada sentiasa memastikan
rakyat di kawasan kampung terbela  dan menikmati taraf hidup yang baik melalui program tersebut. Perancangan dan usaha yang sentiasa berterusan dari pihak kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat terbela dan dapat meneruskan penghidupan dengan selesa . 

Kerajaan yang ada kini cakap dan buat dan bukan dengan sesetengah pihak yang hanya cakap dan tak ada tindakan yang di ambil untuk membantu serta mensejahterakan rakyat khas nya di negeri Sabah.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

23 Oct 2016

Umno Semporna tatap kuat di bawah kepemimpinan Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai



Persidangan UMNO P189 Semporna 2016 telah pun berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya telah di hadiri hampir seribu perwakilan dari segenap pelusuk Parlimen Semporna yang tidak melepaskan peluang untuk hadir di masyurat tersebut.

Sebelum ini ada desas desus yang menyatakan Bahagian Semporna akan lumpuh dengan perletakan jawatan dari ketua Bahagian terdahulu kerana di katakan pengaruh kuat DSSA di Parlimen Semporna.

Semua itu hanyalah omong-omong kosong dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan imej kubu kuat Umno di Parlimen Semporna sejak dahulu lagi sedangkan semua khabar angin tersebut adalah sebaliknya dan ianya tambah mengeratkan perpaduan sesama ahli yang berada di kawasan tersebut.

Dengan di pimpin oleh Pemangku Ketua Bahagian iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai dan di bantu oleh Datuk Ramlee Marhaban seakan memberikan semangat dan aura baru kepada semua perwakilan dan ahli Umno Semporna untuk terus memastikan Semporna tatap milik Barisan Nasional Umno sejak dari dulu dan pada masa akan datang. Di tambah dengan semangat yang kuat dari ketua Menteri sabah iaitu Datuk Musa Hj Aman sudah pastinya perpaduan dan kerja sama Umno Semporna akan bertambah kukuh.

Masyuarat turut di hadiri oleh yang di sayangi dan di hormati Mantan Ketua Menteri Sabah, Mantan TYT Sabah dan pengasas Umno Sabah dan orang yang bertanggungjawab untuk membawa masuk Umno di negeri Sabah. orang yang di maksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Tun Sakaran Bin Dandai. Ini menunjukkan Tun sangat-sangat menyokong untuk Umno terus di berikan kepercayaan untuk terus memberikan khidmat di daerah Semporna .

Masyuarat kali ini telah di rasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden Umno Malaysia iaitu Datuk Sri Hishamuddin Hussien. Beliau sangat gembira dengan semangat yang di tunjukkan oleh semua perwakilan dan ini menunjukkan Umno Semporna akan terus di pertahankan dengan kepimpinan yang baru.

Sesungguhnya hanya perjuangan yang ikhlas akan mendapat keredaan dari Allah S.W. Segala yang dianugerahkan adalah dari Allah dan di harap semua jentera dan Pemimpin Umno Negeri Sabah untuk terus berusaha, bekerja keras dengan ikhlas untuk membantu segenap dan keseluruhan masyarakat yang ada di kawasan masing-masing.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung.




14 Oct 2016

Calon DUN N67 Balung(PRU 14) sudah di temui.!!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk khasnya orang-orang yang berada di sekitar Balung dan Tawau . Jumaat yang penuh berkat muncul lagi dengan sinaran mentari pagi yang menjanjikan kecerian bumi Balung setelah hampir semalaman ianya di basahi hujan yang turun tak henti-henti.

Seperti anda sedia maklum pelbagai kejadian yang telah berlaku di Pekan Balung termasuklah kejadian helikopter Nuri terhempas di SMK Balung baru-baru ini yang menjadi tajuk-tajuk utama berita perdana dan muka-muka depan akhbar terkemukan di Sabah dan Malaysia.

Perbincangan ataupun cerita kedai kopi di Balung kini agak rancak dengan membicakan bakal pengganti ADUN Balung yang umum sudah ketahui akan tidak bertanding pada pemilihan akan datang iaitu pada PRU 14 dan akan memberikan kerusi tersebut kepada calon yang lebih muda dan mengetahui akan selok-belok kawasan dan pengundi-pengundi yang ada di DUN Balung.(rujukan di sini).

Kalau jumpa 10 orang balung dan tanya , siapakah yang layak untuk menggantikan ADUN yang ada kini sudah pastinya 9 atau sepuluh dari mereka akan memilih calon "X" yang  sudah sinonim dan sudah pastinya dikenali hampir semua orang Balung.

Ini menunjukkan sudah ada Pemimpin muda yang sememangnya sudah bertungkus lumus sejak dahulu sehinggalah kini mengabadikan diri untuk Penduduk Balung dalam apa jua keadaan. Sudah ada yang sanggup bersusah payah berkongsi susah dan senang bersama orang-orang Balung. Seharusnya orang-orang sebegini di berikan peluang yang seluasnya untuk berkhidmat untuk orang Balung, kerana orang Balung sangat memerlukan dan sangat mengalu-alukan mereka yang sudah menabur bakti walaupun ketika tiada jawatan.

Sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal duduk di kerusi DUN Balung yang tak lama lagi akan bertukar nama ke DUN N67 Balung.,,

Walaupun"U-turn" yang begitu membebankan keseluruhan pengguna Balung terutamanya bas-bas sekolah yang terpaksa berpusing agak jauh  ianya tidak akan menghalang kemajuan yang ada kini di Balung dan sudah pasti ada inisiatif yang sudah di rancang untuk mengatasi masalah tersebut.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

7 Oct 2016

Gotong-royong ,sembahyang hajat dan bacaan yasin,kembalikan semangat dan keceriaan Pelajar SMK Balung Tawau




"Berat sama di pikul , ringan sama di jinjing" itulah  perumpamaan yang sesuai di guna di atas kerja sama yang begitu baik diantara PIBG,guru-guru,kakitangan  SMK Balung  dan kakitangan TUDM Tawau di atas kerjasama erat yang sudah di jalankan ke atas tregedi Nuri yang berlaku baru-baru ini.

Acara di mulai dengan bacaan yasin yang di jayakan oleh guru-
guru, kakitangan, PIBG dan sebahagian ibubapa dan kemudiannya diteruskan dengan sembahyang hajat bertempat di Surau SMK Balung dengan tujuan untuk memulihkan semangat dan keceriaan pelajar sekolah sempena insiden Nuri yang baru saja berlaku dan mengemparkan penduduk Balung.

Setelah selesai acara sembahyang hajat dan bacaan yasin acara di teruskan dengan gotong royong membersihkan segala sisa-sisa dan sampah yang  ada di tempat kejadian untuk memastikan pelajar yang bakal menduduki PT3 minggu depan akan berada selesa dan melupakan segala kejadian yang
sudah berlaku.

Sesungguhnya kerjasama erat yang diantara PIBG, guru-guru dan kakitangan sekolah  sentiasa terjalin erat di dalam mesastikan pelajar  mendapat keputusan yang baik pada tiap-
tiap peperiksaan yang di duduki , di tambah lagi dengan komitmen dan kesungguhan tinggi yang di pamerkan oleh Pengetua Cemerlang di dalam memastikan SMK Balung sentiasa terkedepan dalam pencapaian akedemik walaupun sekolah ini berada di kawasan luar bandar.

Tahniah dan terimakasih dari kami ibubapa kepada semua yang
terlibat dalam program yang telah dijalankan tadi..

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

30 % "share" ekuiti & penerokaan ,cari gali minyak di Sabah.!!





Jika selama ini kebanyakkan rakyat Sabah sering mengeluh dengan jumlah royalti yang di berikan terhadap aktiviti cari gali minyak di Sabah hanyalah 5 peratus dan ini menyebabkan ramai yang mempersoalkan akan kewajaran jumlah royalti berkenaan.

Netizen sering mempersoalkan kenapa Kerajaan Serawak lebih Vokal dalam memperjuangkan hak-hak  Serawak sedangkan Sabah seakan membisu!! adakah Kerajaan Sabah tak peka atau pun tak perdulikan akan hak-hak Sabah?

Rupanya dalam diam Pemimpin tertinggi Sabah mencari idea bagaimana untuk memaksimakan pendapatan dalam carigali minyak tanpa mengharapkan hanya royalti yang berjumlah 5 peratus.

Akhirnya Kerajaan Sabah telah memutuskan untuk membuat aktiviti carigali minyak di Negeri Sabah dengan  Kepakaran anak-anak tempatan dan yang membanggakan Syarikat tersebut milik Negeri Sabah sepenuhnya.

Dengan Kepakaran, tenaga kerja, vendor dan hampir semuanya adalah orang Sabah sudah pastinya ianya akan merancakkan ekonomi serta meningkatkan pendapatan  dan  menyediakan peluang kerja yang luas untuk anak-anak Sabah di dalam aktiviti "Oil dan Gas" di negeri Sabah.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..


4 Oct 2016

Lawatan segera Datuk Tawfiq ke lokasi Helikopter terhempas d SMK Balung Tawau




Lawatan segera telah di lakukan oleh Menteri Belia dan Sukan untuk meninjau sendiri kemalangan yang telah berlaku di Sekolah Menengah kebangsaan Balung Tawau pada pagi tadi. Dalam kejadian tersebut sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara  Di Raja Malaysia telah terhempas dan terjatuh di Dewan Sekolah yang sedang dalam pembinaan.

Dalam lawatan tersebut YAB Datuk telah di berikan taklimat khas oleh Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus dan Pengetua Cemerlang SKM Balung Saudara Mat Noor Bin Hj Sima.

Turut sama pada lawatan tersebut ialah Datuk Hj Nizam Haji Abu Bakar Titingan yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada ketua Menteri Sabah Merangkap Naib Ketua  Umno Bahagian Umno P 190 Tawau.






Semuanya ada di Balung Ada Di Balung........



Masa Untuk UMNO Tukar Gear Ofensif Terhadap Pembangkang – Annuar




KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, bahawa UMNO tidak lagi akan bersikap defensif terhadap serangan-serangan pihak pembangkang sebaliknya akan bertindak lebih ofensif dengan menyerang pihak pembangkang.
Menurut beliau, sudah sampai masanya hari ini UMNO mesti menghadapi serangan dari pihak pembangkang secara ofensif dan tidak lagi hanya bersikap mempertahankan parti dengan menjawab segala isu-isu yang dibangkitkan oleh isu-isu di pihak pembangkang.
“Dalam mesyuarat penyelarasan ketua-ketua penerangan seluruh Malaysia tadi, kita telah mengambil ketetapan bahawanya adalah sangat perlu dan masanya telah tiba untuk UMNO menukar gear daripada gear defensif kepada gear yang lebih ofensif.
“Hari ini kita ingin memperlihatkan UMNO dan BN berada di medan peperangan di peringkat akar umbi. Maka dengan itu bermula 7 haribulan ini kita akan memulakan siri jelajah penerangan daripada satu negeri ke satu negeri yang akan berjalan secara berterusan dan secara intensif di peringkat bahagian.
“Kita merasakan tidak ada satu perkara pun yang tidak boleh kita pertahankan kepada rakyat. Malah kita merasa bimbang dengan peperangan persepsi ini yang begitu banyak sekali persepsi negatif yang tidak menggambarkan situasi yang sebenar,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Ketua-ketua Penerangan di PWTC di sini hari ini.
Justeru itu, beliau menyeru kepada semua kepimpinan UMNO untuk mempergiatkan usaha mereka untuk mendekati rakyat dalam usaha untuk memperbetulkan segala persepsi negatif yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap UMNO dan kerajaan BN.
“Apa-apa juga persepsi negatif yang kita hadapi hendaklah menjadi satu cabaran yang bersahut oleh jentera UMNO di semua peringkat. It is now or never.
“Kita mahu melihat kebangkitan jentera UMNO di semua peringkat untuk berhadapan secara penuh keyakinan membawa mesej parti, dasar perjuangan parti isu-isu yang dilemparkan terhadap parti”, ujarnya.
Dan rakyat yang diluar sana tambah beliau ingin melihat, mendengar dan ingin tahu tentang perkara-perkara ini.
“Adalah hak kepada rakyat untuk berkongsi maklumat dengan kerajaan,” katanya.
Pada masa yang sama tegas beliau lagi, jelajah penerangan ini perlu dipanjangkan sehingga melibatkan parti-parti di bawah BN.
“Jadi kita menyeru agar pemimpin BN janganlah menuding jari sesama sendiri. Cakap-cakap seperti orang itu la lemah, orang itu la kuat mesti dihentikan. BN mesti tampil sebagai satu saf bersama.
“Maka selepas daripada jelajah UMNO ini, kita juga akan mengadakan program-program secara bersama dengan rakan-rakan parti komponen yang lain.
“Kalau ada kelemahan mana-mana parti komponen, kita akan saling bantu membantu. Jangan kita sendiri yang lemahkan parti rakan-rakan kita. Biarpun perkara itu hanya berlaku di dalam blok pembangkang yang cuba mempergunakan antara satu sama lain,” ujarnya.
Tambah beliau, parti-parti komponen di dalam BN atau sebelum ini Perikatan telah banyak mengharungi cabaran demi cabaran bersama dan seharusnya semua parti komponen BN pada hari ini, mesti terus bergerak ke hadapan untuk memastikan BN terus kekal berkhidmat kepada rakyat di negara ini.- MediaUMNO