7 Oct 2016

Gotong-royong ,sembahyang hajat dan bacaan yasin,kembalikan semangat dan keceriaan Pelajar SMK Balung Tawau




"Berat sama di pikul , ringan sama di jinjing" itulah  perumpamaan yang sesuai di guna di atas kerja sama yang begitu baik diantara PIBG,guru-guru,kakitangan  SMK Balung  dan kakitangan TUDM Tawau di atas kerjasama erat yang sudah di jalankan ke atas tregedi Nuri yang berlaku baru-baru ini.

Acara di mulai dengan bacaan yasin yang di jayakan oleh guru-
guru, kakitangan, PIBG dan sebahagian ibubapa dan kemudiannya diteruskan dengan sembahyang hajat bertempat di Surau SMK Balung dengan tujuan untuk memulihkan semangat dan keceriaan pelajar sekolah sempena insiden Nuri yang baru saja berlaku dan mengemparkan penduduk Balung.

Setelah selesai acara sembahyang hajat dan bacaan yasin acara di teruskan dengan gotong royong membersihkan segala sisa-sisa dan sampah yang  ada di tempat kejadian untuk memastikan pelajar yang bakal menduduki PT3 minggu depan akan berada selesa dan melupakan segala kejadian yang
sudah berlaku.

Sesungguhnya kerjasama erat yang diantara PIBG, guru-guru dan kakitangan sekolah  sentiasa terjalin erat di dalam mesastikan pelajar  mendapat keputusan yang baik pada tiap-
tiap peperiksaan yang di duduki , di tambah lagi dengan komitmen dan kesungguhan tinggi yang di pamerkan oleh Pengetua Cemerlang di dalam memastikan SMK Balung sentiasa terkedepan dalam pencapaian akedemik walaupun sekolah ini berada di kawasan luar bandar.

Tahniah dan terimakasih dari kami ibubapa kepada semua yang
terlibat dalam program yang telah dijalankan tadi..

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

No comments: