14 Oct 2016

Calon DUN N67 Balung(PRU 14) sudah di temui.!!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh penduduk khasnya orang-orang yang berada di sekitar Balung dan Tawau . Jumaat yang penuh berkat muncul lagi dengan sinaran mentari pagi yang menjanjikan kecerian bumi Balung setelah hampir semalaman ianya di basahi hujan yang turun tak henti-henti.

Seperti anda sedia maklum pelbagai kejadian yang telah berlaku di Pekan Balung termasuklah kejadian helikopter Nuri terhempas di SMK Balung baru-baru ini yang menjadi tajuk-tajuk utama berita perdana dan muka-muka depan akhbar terkemukan di Sabah dan Malaysia.

Perbincangan ataupun cerita kedai kopi di Balung kini agak rancak dengan membicakan bakal pengganti ADUN Balung yang umum sudah ketahui akan tidak bertanding pada pemilihan akan datang iaitu pada PRU 14 dan akan memberikan kerusi tersebut kepada calon yang lebih muda dan mengetahui akan selok-belok kawasan dan pengundi-pengundi yang ada di DUN Balung.(rujukan di sini).

Kalau jumpa 10 orang balung dan tanya , siapakah yang layak untuk menggantikan ADUN yang ada kini sudah pastinya 9 atau sepuluh dari mereka akan memilih calon "X" yang  sudah sinonim dan sudah pastinya dikenali hampir semua orang Balung.

Ini menunjukkan sudah ada Pemimpin muda yang sememangnya sudah bertungkus lumus sejak dahulu sehinggalah kini mengabadikan diri untuk Penduduk Balung dalam apa jua keadaan. Sudah ada yang sanggup bersusah payah berkongsi susah dan senang bersama orang-orang Balung. Seharusnya orang-orang sebegini di berikan peluang yang seluasnya untuk berkhidmat untuk orang Balung, kerana orang Balung sangat memerlukan dan sangat mengalu-alukan mereka yang sudah menabur bakti walaupun ketika tiada jawatan.

Sama-samalah kita nantikan siapakah yang bakal duduk di kerusi DUN Balung yang tak lama lagi akan bertukar nama ke DUN N67 Balung.,,

Walaupun"U-turn" yang begitu membebankan keseluruhan pengguna Balung terutamanya bas-bas sekolah yang terpaksa berpusing agak jauh  ianya tidak akan menghalang kemajuan yang ada kini di Balung dan sudah pasti ada inisiatif yang sudah di rancang untuk mengatasi masalah tersebut.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

No comments: