30 Oct 2016

YAB Musa Aman -Perasmian MESEJ Kampung Montenior Beaufort



Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan yang di lemparkan kepada YAB  Ketua menteri Sabah kebelakangan ini ianya sedikitpun tidak menghalang aktiviti rutin dan aktiviti turun padang yang sememangnya sudah sinonim dengan budaya kerja beliau untuk  terus berjumpa dengan rakyat dalam memastikan rakyat sentiasa sejahtera dan berpuashati dengan segala gerak kerja dan pembangunan yag sedang di rancang dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri Sabah.

Terbaru YAB Ketua Menteri Sabah telah mengadakan lawatan
kerja bersama Menteri dan pegawai kerajaan ke Daerah Beaufort bagi merasmikan (MESEJ) Mini Estate Sejahtera di Kampung Montenior. Ini membuktikan kerajaan yang sedia ada sentiasa merancang dan membantu rakyat yang ada bagi memastikan kegiatan ekonomi terutama orang-orang kqmpung sentiasa berjalan seiring dengan keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.

Penduduk KAmpung yang terpilih untuk menyertai skim ini (MESEJ) akan mengusahakan sebidang tanah dan mendapat
sebuah rumah untuk mereka meneruskan penghidupan serta merancang penghidupan seterusnya melalui program ini. Peserta juga akan di bantu dengan segala kemudahan termasuk khidmat nasihat dari agensi kerajaan Negeri Sabah di dalam memastikan apa yang mereka usahakan akan memperolehi kejayaan seterusnya memperbaiki ekonomi masing-masing.

Ini menunjukkan kerajaan yang sedia ada sentiasa memastikan
rakyat di kawasan kampung terbela  dan menikmati taraf hidup yang baik melalui program tersebut. Perancangan dan usaha yang sentiasa berterusan dari pihak kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat terbela dan dapat meneruskan penghidupan dengan selesa . 

Kerajaan yang ada kini cakap dan buat dan bukan dengan sesetengah pihak yang hanya cakap dan tak ada tindakan yang di ambil untuk membantu serta mensejahterakan rakyat khas nya di negeri Sabah.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

No comments: