29 Jun 2016

Muhyiddin Dan Mukhriz Dipecat Selepas Laporan Jawatankuasa Displin – Hishammuddin





GERIK, 28 Jun – Keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti membincangkan laporan daripada jawatankuasa disiplin, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hujah dan fakta kukuh seperti yang dilampirkan dalam laporan jawatankuasa berkenaan.
“Asas pemecatan ini bersandarkan laporan jawatankuasa disiplin parti. Tidak ada maknanya keputusan itu jika ia dibuat tanpa mengikut saluran yang ditetapkan parti.
“Keputusan ini juga perlu dibuat mengikut saluran yang betul dan bukannya bermusim. Paling utama kena tunggu laporan parti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kawasan
operasi perbatasan di Kem Marker November, Tasik Banding, dan Markas Taktikal 749 di Kem Sri Banding semalam.
Menteri Pertahanan itu berkata demikian ketika mengulas keputusan UMNO memecat Muhyiddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti dan Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada Jumaat lepas.

27 Jun 2016

Perasmian Kilang Makanan Ternakan Balung,Tahniah Sawit Kinabalu-Musa Aman




"Bila berjanji wajib di kota
Tunaikan janji budi bahasa
Kemajuan negeri agenda kita
Negeri Maju rakyat sentosa

Ramai orang membeli tapai
Tapai di urut semanis madu
Kemajuan di cari kejayaan di capai
Tahniah Sawit Kinabalu".

Balung sekali lagi menjadi tumpuan kerana telah di kunjungi oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Sri Panglima Musa Aman. Dalam kunjungan kali ini CM Sabah telah dengan sukacitanya datang untuk merasmikan  Kilang makanan ternakan yang telah beroperasi sepenuhnya kira-kira setahun yang lalu.


Di dalam ucapan nya beliau menyatakan “Kerajaan negeri Sabah berbelanja berbilion ringgit mengimpot bahan makanan ternakan, oleh itu dengan ada nya penemuan baru, dapat mengurangkan bil import,satu kebaikan yang boleh memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri Sabah. Syabas dan tahniah kepada kumpulan Sawit Kinabalu  di atas usaha. Dan penemuan baru ini dan ianya akan memberikan peluang kepada penternak dan pengusaha untuk mendapatkan bahan makanan ternakan dengan harga yang berpatutan.

“Inilah yang harus di utamakan , sentiasa berusaha dan berikhtiar mencari penemuan-penemuan baru dan keadah-kaedah baru macamana kita boleh membuat bahan makanan sebegini dan seterusnya member kebaikan dan memberikan manafaat kepada penternak-penternak kita.

Diakhir ucapan nya beliau berharap agar “ Ini yang kita mahu, setiap GLC itu dapat menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah.Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Sawit Kinabalu kerana kejayaan pembinaan kilang makanan ternakan semoga kumpulan Sawit Kinabalu akan terus maju seterusnya membantu usaha-usaha kerajaan negeri  bagi memacu ekonomi yang lebih cemerlang lagi menjamin kesejahteraan rakyat pada keseluruhan nya.

Semoga usaha sebegini iaitu mengujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Sabah dapat terus ada di negeri Sabah ini  dan seterusnya dapat mengukuhkan ekonomi penduduk setempat dan  memberikan kesejahteraan kepada masyarakat.

Salam dari Bumi Balung..


Semuanya da di Balung ada di Balung

19 Jun 2016

Ex-SMK Tawau (80-89) sedia juadah berbuka untuk mangsa Kebakaran Kg Titingan







Sempena Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini satu lawatan telah di adakan oleh bekas pelajar SMK Tawau tahun 1980-1987 yang di ketuai oleh Puan Safiah Yusuf dan Encik Hasanuddin Latif telah di adakan ke penempatan sementara mangsa kebakaran  yang terletak di Jalan Apas Batu 2 Tawau.

Tujuan lawatan mereka kali ini adalah untuk meninjau dan menyelami sendiri permasalahan dan keperluan yang di perlukan oleh mangsa yang mediami dan menduduki kawasaan berkenaan apalagi rata-rata dari penghuni beragama islam dan sedang mengerjakan ibadah puasa.

"Pada mulanya pihak kami ingin menyumbangkan juadah berbuka puasa di Masjid yang terpilih, tetapi tergerak hati untuk melihat sendiri mangsa di penempatan tersebut dan satu keputusantelah di ambil iaitu akan menyediakan juadah berbuka pada hari minggu iaitu pada 19/6/2016 kata Puan Safiah.

"Kami akan membeli sendiri segala bahan mentah dan akan memasak dan seterusnya menyediakan kira-kira 300 bungkus untuk set bebuka dan akan di bagi kepada mangsa yang berkenaan . Semua persiapan ini akan di buat di rumah saya sendiri iaitu di Kampung Muhibbah Tawau bermula pukul 10 pagi dan kepada rakan Bekas pelajar adalah di jemput hadir sekiranya ada kelapangan".

" Sekiranya ada kelebihan pihak kami bercadang akan menyediakan juadah sahur pada hari berikutnya tergantung kepada keadaan cuaca dan sumber tenaga yang ada" tambah nya.

Menurut salah seorang yang turut sama dalam tinjauan tersebut Encik Hasanuddin Latif, " berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul", hanya itu yang manmpu di ungkapkan untuk mengambarkan keperitan yang dihadapi oleh mangsa tambah lagi di bulan puasa yang mulia ini. Beliau juga berharap  agar mangsa tabah dan sentiasa bersabar dalam menghadapi cobaan bulan ramadan ini.

Dalam lawatan berkenaan mereka juga terserempak dengan ADUN Kawasan  N56 Apas iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang  tidak asing bagi mangsa yang sememangnya sentiasa datang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang penduduk hadapi semasa berada di penempatan tersebut.

Adalah di harapkan usaha sebegini walaupun kecil tetapi ianya dapat memberikan senyuman kepada mangsa dan dapat meringankan sedikit beban di bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ini. 

"Salam dari Bumi Balung"

Selamat berpuasa..

18 Jun 2016

10,000 Anggota UMNO Tawau Belum Berdaftar Sebagai Pemilih – Tawfiq






TAWAU, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu kira-kira 10,000 anggota parti di bahagian itu yang belum berdaftar sebagai pemilih agar segera berbuat demikian.
Beliau berkata tidak ada erti jika hanya berdaftar sebagai anggota UMNO tetapi tidak boleh mengundi kerana gagal memanfaatkan kekuatan sebagai anggota parti yang sepatutnya menjadi pendukung kepada kemenangan parti pada setiap pilihan raya.
Sehubungan itu, Tawfiq menggesa semua ketua cawangan mengambil tindakan drastik memastikan semua anggota di setiap cawangan yang belum berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berbuat demikian sebelum 31 Julai ini.
“UMNO Tawau mempunyai 20,000 anggota tetapi terdapat 10,000 anggota UMNO yang layak mengundi tetapi tidak mengundi,” kata Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya untuk pemimpin masyarakat beragama Islam di kawasan Parlimen Tawau di sini hari ini.
Beliau juga mahu jentera UMNO Bahagian Tawau untuk sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Tawfiq juga berharap pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan Ramadan sebagai bulan perpaduan, kesatuan dan mengeratkan silaturahim.

17 Jun 2016

Rafizi Patut Cermin Muka… Dia Pun Bukan Orang Pandan – Ketua Puteri



KUALA KANGSAR, 17 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli patut mencermin dirinya sebelum mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) bukan anak tempatan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Jelasnya Rafizi yang berasal daripada Kemaman Terengganu juga merupakan ‘orang luar’ dan bukan berasal daripada Pandan.
“Bagi saya mereka sudah tidak ada modal. Rafizi mencanang buat apa bagi muka kepada calon BN di sini. Dia perlu ingat dia bukan orang Pandan tetapi jadi Ahli Parlimen Pandan. Jadi cakap biar serupa bikin.
“Saya nak bagi peringat kepada Rafizi, wakil kita Datuk Rizal Mansor (Setiausaha isteri Perdana Menteri) nak jumpa pun dia lari jadi faham-fahamlah.. kalau pandai cakap pandailah bersemuka,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas merasmikan program Moh Shopping Raya anjuran Pergerakan Puteri UMNO Perak di Kuala Kangsar.
Tambahnya lagi, apapun tohmahan yang dilemparkan oleh Rafizi, masyarakat tidak perlu ambil pusing kerana antara merekapun bertelagah sesama sendiri seperti contoh isu ‘perang antara Rafizi dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Apa yang penting katanya, seluruh jentera parti terutamanya jentera Puteri harus melipatgandakan usaha di saat-saat kritikal menjelang hari mengundi pada 18 Jun ini.
“Masa kritikal ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap ahli dan jentera Puteri untuk lipat gandakan usaha.
“Paling penting dapat bawa keluar pengundi seramai mungkin. Saya lihat kerjasama dan koordinasi yang terjalin antara Puteri pusat, negeri dan tempatan cukup baik.
“Oleh itu saya yakin dan percaya sekiranya kita dapat mengekalkan momentum seumpama ini maka tidak ada masalah untuk BN kekalkan kemenangan di Kuala Kangsar ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Waspada Taktik Kotor Pembangkang Di Saat Akhir Berkempen – Jamal



SUNGAI BESAR, 17 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mengingatkan pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN) Sungai Besar agar berhati-hati dengan permainan politik kotor dan licik yang mungkin menjadi modal pihak pembangkang di hari terakhir kempen bagi menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.
Kata beliau, pihak pembangkang kini berada di tahap yang paling tertekan di waktu-waktu terakhir kempen menjelang hari pengundian, justeru itu mereka boleh berbuat apa saja demi untuk meraih undi dan menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap calon BN.
“Pihak pembangkang kalau berdasarkan track record mereka dalam pilihanraya sebelum ini, kebarangkalian besar mereka akan menggunakan taktik kotor. Di sini saya tekankan kepada jentera PAN agar kita berwaspada dan berhati-hati kerana kita tahu semua jentera mereka adalah dari Dap.
“Ini kerana jentera Dap tidak memahami dan tidak tahu nilai-nilai semangat persefahaman antara kaum di mana kita lihat timbul jentera Dap tidak hormat umat Islam bersempena bulan Ramadan ini dengan mengadakan ceramah mereka yang diadakan pada waktu umat Islam sedang solat terawih, jadi mereka boleh lakukan apa saja provokasi yang melampau.
“Sepertimana minggu lepas, mereka menaikkan papan tanda provokasi yang tertera perkataan-perkataan perkauman yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
“Jadi saya menyeru pada setiap masyarakat, jentera dari dalam dan luar agar lebih berhati-hati dan bertindak pantas untuk menangani apa juga provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan terutama daripada PAN,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mahu mana-mana jentera parti atau pengundi di kawasan ini yang melihat sebarang bentuk poster, papan tanda, kain rentang dan sebagainya yang berbaur perkauman dan melanggar tata etika serta undang-undang pilihanraya.
“Kita telah wujudkan biro keselamatan dan biro aduan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) dan mana-mana pihak yang melihat sebarang poster, risalah dan papan tanda yang tidak sepatutnya boleh melaporkan kepada pihak-pihak keselamatan di PDM mereka.
“Dan di command center BN di Sungai Panjang ini juga ada biro keselamatan dan aduan kita yang bertugas selama 24 jam pada 16, 17 dan 18 Jun ini bagi memastikan pilihanraya dan gerak kerja jentera BN di kawasan ini berjalan lancar.
“Sekiranya ada aduan dan laporan berhubung perkara-perkara tersebut maka kita diperingkat bahagian akan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah atau sebarang provokasi melampau dari pihak lawan. Dan pada tarikh-tarikh tersebut juga saya juga akan berada di command center 24 jam bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal,” ujarnya.-MediaUMNO

16 Jun 2016

Tun M Peralat Calon Pembangkang Untuk Agenda Peribadi - Salleh Said




KUALA KANGSAR, 15 Jun (Bernama) -- Tun Mahathir Mohamad dilihat memperalatkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar demi mencapai matlamat politik peribadinya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun, kerajaan telah memberi pelbagai penjelasan berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir terus menggunakan isu itu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita telah jelaskan berulang kali tapi beliau (Dr Mahathir) tidak puas hati. Dalam demokrasi, beliau tidak boleh paksa kita untuk menerima pandangannya.

"Kita juga ada pandangan berbeza dan akhirnya rakyat yang akan buat penilaian," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Ditanya mengenai Dr Mahathir dijadual hadir buat kali kedua di Kuala Kangsar esok, Salleh Said berkata bekas perdana menteri itu berhak berkempen dan menyokong mana-mana parti kerana beliau bukan lagi anggota UMNO.

Dalam perkembangan sama, Salleh Said berkata pembangkang hanya menabur fitnah untuk menarik kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kedua-dua PRK itu.

"Namun, saya yakin rakyat tidak akan keliru dengan pakatan pembangkang kerana mereka hanya datang bila pilihan raya diadakan, jika tiada pilihan raya, kita tidak nampak mereka.

"BN turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita jika kita rasa ia perlu diselesaikan tetapi pembangkang datang hanya untuk membuat fitnah," katanya.

Menurutnya BN adalah satu-satunya parti yang mampu mengurus perbezaan di antara parti dan menyatupadukan rakyat walaupun ia dianggotai 10 parti komponen.

Sambil merujuk kepada Selangor, Salleh Said berkata parti pembangkang di negara itu saling bersaing sesama sendiri kerana masing-masing mengamalkan politik kepentingan parti.

"Rakyat kena lihat adakah mereka boleh dipercayai untuk diberi tanggungjawab memimpin negara...jelas sekali mereka tidak mampu kerana mereka amalkan politik kepentingan parti, mereka tidak lihat di luar parti," katanya.

Mengenai pembangunan komunikasi di perkampungan Orang Asli Kuala Kangsar, Salleh Said berkata beliau telah mengarahkan pegawai Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk ke kawasan itu bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik.

Dalam pada itu, Salleh Said meminta pengundi supaya memberi sokongan kepada calon BN supaya agenda pembangunan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dapat diteruskan untuk manfaat rakyat pelbagai kaum.

-- BERNAMA

PRK: PAS, Parti Amanah Negara bertanding kerana dendam




KUALA KANGSAR: PAS dan Parti Amanah Negara bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan untuk memburu kemenangan semata-mata, sebaliknya berpaksikan pada dendam kesumat antara mereka.

 Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata situasi itu dapat dilihat dalam siri ceramah dan kempen mereka yang sering mencerca antara satu sama lain, seolah-olah mahu menunjukkan siapa lebih kuat.

 Menteri Belia dan Sukan itu berkata, cara seperti itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan platform PRK untuk meraih kemenangan, bahkan memastikan kesinambungan pembangunan dilaksana.

 "PAN adalah serpihan kepada PAS, mereka lawan sebab nak tunjukkan kepada pengundi kekuatan masing-masing. 

"PAS menggunakan ruang PRK untuk menunjukkan bahawa mereka lebih hebat daripada parti serpihannya. Inilah yang kita kata mereka bertanding untuk balas dendam kesumat," katanya berucap pada majlis berbuka puasa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Lempor, petang tadi.

 Beliau berkata, pemilihan wakil rakyat daripada BN pada PRK kali ini bukan sahaja mampu meneruskan kesinambungan dibawa Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, malah memastikan urusan perancangan pembangunan dapat dilakukan dengan mudah.

 Katanya, sukar jika wakil rakyat di Kuala Kangsar ini terdiri daripada mereka yang partinya tidak sama dengan Kerajaan Pusat dan negeri yang diterajui BN.

 "Sebab kalau kita bagi (undi) kepada PAS dan parti serpihannya, kalau menang mereka tidak mampu buat apa-apa. Tapi kalau Datin Mastura Mohd Yazid menang, maka mudahlah untuk kita laksanakan lebih banyak pembangunan di kawasan ini," katanya.


 Malam tadi, satu perlawanan persahabatan bola sepak diadakan antara pasukan Khairy dan pasukan pemuda Kuala Kangsar di Stadium Mini Kuala Kangsar.- BH Online






10 Jun 2016

ADUN Apas sentiasa mengutamakan rakyat di kawasan nya




Di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini di gunakan sebaik mungkin untuk mendekati rakyat yang berada di kawasan DUN Apas. Di samping melakukan ibadah bersama beliau juga sempat bertanyakan khabar serta menyelesaikan pelbagai yang di hadapi oleh penduduk.

Walaupun dalam keadaan yang agak sibuk dan padat dengan program yang telah di rancang bulan ramadan di gunakan sebaiknya dan di manfaatkan sepenuhnya dalam merapatkan lagi silaturrahim sesama umat islam dan di harapkan ianya akan berterusan agar segala permasalahan dapat di selesaikan secepat yang mungkin.

Golongan kanak-kanak juga sangat teruja dengan kunjungan Menteri Belia Dan Sukan Sabah ke kampung dan sudah pastinya ianya menjadi kenangan yang terindah serta pembakar semangat untuk mereka mencapai keputusan yang baik dalam pendidikan akedemik dan pendidikan agama .

Menurut seorang penduduk yang saya temui berkata" Datuk ni tidak susah mau jumpa senang saja dan macam tiap-tiap mingu ada saja di Tawau." " Ada YB tu setahun belum tentu dapat jumpa walaupun di bulan ramadan sebegini", tambah seorang yang sama-sama berada majlis tersebut.

Adalah di harapkan agar perjumpaan sebegini selalu di buat dan menjadi ikutan pemimpin yang lain kerana di samping mengeratkan tali persaudaraan ianya juga sudah pasti dapat mengenal pasti akan segala permasalahan yang di hadapi di peringkat awal dan sudah pasti ianya dapat di atasi segera.

Sekalung tahniah dari kami sebagai pengundi Parlimen Tawau dan harapan dari kami agar usaha mendekati rakyat sebegini akan dapat di teruskan dan sudah pastinya nanti jurang antara rakyat dan pemimpin akan dapat di rapatkan seterusnya mencapai situasi menang-menang di antara pemimpin dan penduduk Kampung.

Salam dari Bumi Balung......Semuanya ada di Balung ada di Balung..

Selamat berpuasa.

9 Jun 2016

Buah kurma sebagai penganti diri untuk pemimpin setempat di bulan ramadan !!




 Assalamualaikum dan selamat bersahur.



Sudah empat hari umat islam di Malaysia melakukan ibadah puasa dengan penuh sabar  dalam keadaan cuaca yang tidak menentu walaupun kadang-kadang cukup menguji kekuatan iman seseorang dengan pelbagai dugaan sepanjang waktu berpuasa. Tetapi semuanya dapat di tempuh dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sentiasa mengutamakan ibadah dan kewajipan dari segala nya.

Seperti biasa di bulan yang mulia dan penuh barakah ini budaya memberikan hadiah ataupun buah tangan sudah menjadi satu kemestian kepada setiap warga ataupun penganut islam yang berada di negara ini. 

Antara buah yang sinonim dan menjadi sebutan pada bulan ramadan ialah buah kurma. Ianya tidak terdapat di Malaysia dan hanya terdapat di nerara-negara Timur tengah yang menjadikan buah ini sebagai sumber ekonomi dan sumber ekspot untuk negara masing-masing.

Buah kurma sering di kaitkan dengan khasiat dan kandungan nutrisi yang baik untuk tubuh badan manusia. Ianya juga menjadi buah utama dan di jadikan hidangan wajib untuk umat islam di waktu berbuka puasa.

Di bulan puasa sebegini buah kurma di jadikan buah tangan wajib untuk di berikan kepada rakan sebagai tanda ingatan  dan sebagai tanda kesyukuran di dalam bulan ramadan yang mulia ini.

Tidak kurang juga pemimpin setempat yang tidak melepaskan peluang untuk mengagihkan kurma sebagai tanda kesyukuran  kepada rakyat yang berada di kawasan jajahan mereka. Ada pemimpin yang memberikan buah kurma yang baik dan ada juga yang sekadar "ada " tanpa mengutamakan kualiti dan rasa penghargaan yang tinggi kepada yang menerima.

Apapun, berkualiti atau tidak pemberian tersebut ianya bergantung kepada niat seseorang, jika niatnya kerana Allah S.W ianya pasti mendapat ganjaran yang setimpal  dan sudah pastinya yang menerima akan menikmatinya dengan rasa syukur.

Sesungguhnya yang memberi adalah lebih mulia dari yang menerima.

Salam ramadan dari bumi balung,, Semuanya ada di Balung ada di Balung.






7 Jun 2016

Mangsa kebakaran Tawau Sabah tabah berpuasa dalam khemah




KHEMAH yang disediakan kepada keluarga mangsa kebakaran Kampung Habib Abdul Rahman dan Kampung Titingan di Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming


TAWAU: Seramai 60 keluarga mangsa kebakaran Kampung Habib Abdul Rahman dan Kampung Titingan, di sini, tetap tabah terpaksa menyambut Ramadan dalam khemah di penempatan sementara disediakan pihak berkuasa.

 Walaupun cuaca tidak menentu, mereka yang tinggal di khemah berkenaan sejak tiga minggu lalu gigih menjalani ibadat puasa di sebalik keadaan kurang selesa berbanding tinggal di rumah masing-masing yang musnah dalam kebakaran pada 13 April lalu. 

Bagaimanapun, mereka tetap bersyukur kerana pihak berkuasa menyediakan kemudahan asas seperti air, elektrik, tandas dan bilik air selain tempat memasak.

 Tinjauan BH mendapati, sebanyak 60 daripada 100 khemah yang disediakan kini dihuni mangsa kebakaran berikutan tidak mampu membina semula rumah atau menyewa, selain masih menunggu ditawarkan kediaman menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

 Penduduk, Samsiah Lasenih, 46, berkata walaupun terpaksa melalui situasi sukar terutama menyediakan juadah bersahur dan berbuka berikutan ruang sempit dan tiada bekalan elektrik di dalam khemah, namun ia tidak menjadi masalah besar buat mereka enam beranak.

 Katanya, semua mangsa yang tinggal di khemah penempatan sementara itu bersyukur kerana kerajaan menyediakan dapur sementara sebagai tempat memasak. 

"Bagaimanapun, kami kini hanya bergantung kepada barangan dapur diterima melalui bantuan selain terpaksa menggunakan wang baki yang masih ada dalam simpanan hasil sumbangan pelbagai pihak bagi perbelanjaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.

 "Kami juga terpaksa berjimat cermat ketika berbelanja dan keutamaan adalah keperluan harian, selain perbelanjaan persekolahan anak-anak.

 "Pada masa sama, kami reda menjalani Ramadan kali ini secara sederhana selain bersyukur dan bersabar menempuh ujian walaupun kemungkinan tidak dapat menyambut lebaran sama seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

 Dalam kejadian 13 April lalu, lebih 3,000 penduduk hilang tempat tinggal apabila 300 rumah papan di kedua-dua kampung berkenaan terbakar.

 Sementara itu, bagi Rosmini Kanisi, 35, bersahur dan berbuka dalam khemah adalah pengalaman pertama mereka sekeluarga selepas rumah musnah dalam kebakaran, selain tidak mempunyai pilihan lain untuk tinggal dalam keadaan lebih selesa seperti sebelumnya.

 "Apapun sebagai umat Islam, kami seperti kebiasaannya tetap menjalani ibadat puasa selain cuba menyesuaikan diri dengan keadaan serba sederhana seperti memasak makanan untuk juadah berbuka dan bersahur sekadar yang mampu," katanya.

Sumber: disini (BHonline 7/6/2016)


GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST





Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.

Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.

Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?


Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. 

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin
menjatuhkan imej Kerajaan
Hanya di Selangor...
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara

Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;

Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil
Negara-Negara ASEAN
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
2
Filipina
1988
10%
3
Kemboja
1999
10%
4
Laos
2009
10%
5
Singapura
1999
7%
6
Thailand
1992
10%
7
Vietnam
1999
10%
8
Malaysia
2015
6%
9
Brunei
-
-
10
Myanmar
(Dalam kajian)
(Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. 

Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.

Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?

Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
Barang makanan asas
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
Perkhidmatan pengangkutan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. 

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. 

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus. 

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?

Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi. 

Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala. 

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta. 

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan. 


GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. 

Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?

Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.

Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan? 
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
  • Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  • Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus. 

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. 

Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.

Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah? 

GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
% Kadar GST dikenakan
Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
14
Turkmenistan
1993
15%
2
Turki
1984
10%
15
Jordan
1994
16%
3
Maghribi
1986
20%
16
Mauritania
1995
14%
4
Pakistan
1990
16%
17
Tunisia
1998
18%
5
Mesir
1991
10%
18
Kyrgyztan
1999
20%
6
Kazakhstan
1991
12%
19
Chad
2000
18%
7
Mali
1991
18%
20
Sudan
2000
15%
8
Bangladesh
1991
15%
21
Kosovo
2001
16%
9
Benin
1991
18%
22
Lebanon
2002
10%
10
Algeria
1992
17%
23
Ethopia
2003
15%
11
Azerbaijan
1992
18%
24
Bosnia Herz
2006
17%
12
Uzbekistan
1992
20%
25
Tajikistan
2007
20%
13
Burkina Faso
1993
18%
26
Iran
2008
5%


Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 

Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
  • Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
  • Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
  • Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
  • Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
  • Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
  • Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
  • Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.

Sumber :disini