Assalamualaikum dan selamat bersahur.
Sudah empat hari umat islam di Malaysia melakukan ibadah puasa dengan penuh sabar dalam keadaan cuaca yang tidak menentu walaupun kadang-kadang cukup menguji kekuatan iman seseorang dengan pelbagai dugaan sepanjang waktu berpuasa. Tetapi semuanya dapat di tempuh dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sentiasa mengutamakan ibadah dan kewajipan dari segala nya.
Seperti biasa di bulan yang mulia dan penuh barakah ini budaya memberikan hadiah ataupun buah tangan sudah menjadi satu kemestian kepada setiap warga ataupun penganut islam yang berada di negara ini.
Antara buah yang sinonim dan menjadi sebutan pada bulan ramadan ialah buah kurma. Ianya tidak terdapat di Malaysia dan hanya terdapat di nerara-negara Timur tengah yang menjadikan buah ini sebagai sumber ekonomi dan sumber ekspot untuk negara masing-masing.
Buah kurma sering di kaitkan dengan khasiat dan kandungan nutrisi yang baik untuk tubuh badan manusia. Ianya juga menjadi buah utama dan di jadikan hidangan wajib untuk umat islam di waktu berbuka puasa.
Di bulan puasa sebegini buah kurma di jadikan buah tangan wajib untuk di berikan kepada rakan sebagai tanda ingatan dan sebagai tanda kesyukuran di dalam bulan ramadan yang mulia ini.
Tidak kurang juga pemimpin setempat yang tidak melepaskan peluang untuk mengagihkan kurma sebagai tanda kesyukuran kepada rakyat yang berada di kawasan jajahan mereka. Ada pemimpin yang memberikan buah kurma yang baik dan ada juga yang sekadar "ada " tanpa mengutamakan kualiti dan rasa penghargaan yang tinggi kepada yang menerima.
Apapun, berkualiti atau tidak pemberian tersebut ianya bergantung kepada niat seseorang, jika niatnya kerana Allah S.W ianya pasti mendapat ganjaran yang setimpal dan sudah pastinya yang menerima akan menikmatinya dengan rasa syukur.
Sesungguhnya yang memberi adalah lebih mulia dari yang menerima.
Salam ramadan dari bumi balung,, Semuanya ada di Balung ada di Balung.
No comments:
Post a Comment