20 Dec 2017

Guna tisu untuk cebok, 9 hari tiada bekalan air di Taman Apas permai Tawau.

Sudah 9 hari penduduk Taman Apas permai Tawau tidak mendapat  bekalan air bersih daripada pihak Jabatan Bekalan Air Tawau. Di dalam sembilan hari berkenaan penduduk terpaksa mendapatkan air untuk makan, minum dan sebagai nya  diantaranya ialah air hujan, air sungai dan air yang ada di pasaran seperti mineral water dan sebagainya.

Pihak AJK KRT Taman Apas Permai juga sudah ada berhubung
serta berjumpa dengan pihak Jabatan Air Tawau  cuma jawapan yang di terima adalah, "pihak Jabatan Air Tawau masih mencari punca kenapa berlakunya tekanan air rendah dan tidak sampai di kawasan Taman Apas Permai sedangkan di kawasan sekitarnya sudah dapat bekalan air bersih.

Menurut seorang penduduk yang sempat saya temui sudah ada penduduk yang mendapat sakit akibat dari ketiadaan bekalan air diantaranya ada yang mendapat cirit-birit, demam dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana mereka mendapat sumber air yang tidak di jamin kebersihan nya seperti dari sungai batu 15 dan air hujan. 

Menurut seorang pnduduk lagi dia terpaksa membelanjakan ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan bekalan air yang bersih dan yang paling menyayat hari mereka terpaksa makan di kedai dan mengeluarkan kos yang tinggi kerana tidak dapat memasak kerana tiada bekalan air.

Yang paling menyayat hati ada diantara penduduk islam yang terpaksa menggunakan tisu semasa membuang air kerana lansung tiada air untuk tujuan membersihkan diri.

Adalah di harapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab agar mencari punca sebenar masalah ini kerana ianya sudah mengambil masa yang agak lama dan sudah pastinya ianya membuatkan penduduk resah kerana ramai yang sudah jatuh sakit dengan keadaan ini.

Semoga di ambang Krismas yang bakal menjema dan tahun baru isu ini akan dapat di selesaikan dan ianya memberikan keceriaan kepada penduduk Taman dalam menyambut perayaan dan tahun baru yang bakal menjelma.

Salam dari bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung....

4 Dec 2017

Semangat berkobar-kobar dari Perwakilan dan Pemerhati Umno P190 Tawau -PAU 2017

Perhimpunan Agung Umno akan bermula pada 5/12/2017 di mulai oleh tiga sayap iaitu Wanita, Puteri dan pemuda Umno. Ianya kemudian di susuli dengan Perhimpunan Agung Umno bermula dari 7/12/2017 ke 9/12/2017. PAU kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU 14 yang bakal menjelma pada tahun hadapan kerana tarikh tempoh akan berakhir pada tahun hadapan.

Pada perhimpunan kali ini Bahagian Tawau iaitu UMNO P190
Tawau sudah bersiap sedia sejak sebulan yang lalu bagi menghantar perwakilan dan  Pemerhari dari bahagian Tawau untuk sama-sama menghadiri masyuarat dan sama mendengar beberapa amanat yang bakal di berikan oleh pemimpin tertinggi Umno.

Hasil dari pemerhatian  saya, kesemua yang bakal hadir ke perhimpunan kali ini begitu bersemangat dan begitu bersunggu-sunggu untuk mendengar sendiri segala amanat dan hala tuju parti di dalam mengharungi PRU 14 yang tidak berapa lagi akan menjalma.

sememangnya semangat berkobar-kobar yang di tunjukkan oleh semua pemerhati dan perwkilan menjadi azimat untuk memastikan Parlimen Tawau akan sentiasa menjadi milik Barisan Nasional atas izin allah dan kerja keras dari semua pengundi dan ahli-alhi parti.

selamat bersidang  dan sekembalinya nanti segala amanat dan kata-kata semangat akan di aplikasikan di peringkat DUN dan parlimen di dalam memastikan Barisan Nasional akan menang dengan mejoriti yang besar pada PRU 14 kelak.

Bersambung...

Salam dari Bumi Balung..

28 Nov 2017

Malaysia Bagus , Najib Bagus bergema di Jabal Nur Mekkah




Disebelah utara Masjidil Haram kurang lebih 6 km, terdapat sebuah gunung yang dikenali dengan nama Jabal Nur. Tinggi puncak Jabal Nur kira-kira 200 meter, di sekelilingnya terdapat sejumlah gunung, batu bukit dan jurang. Sekitar 5 meter dari puncak gunung, terdapat sebuah lubang kecil. Itulah yang disebut Gua Hira, di mana Nabi Muhammad S.a.w. mendapat wahyu pertama.

Letak Gua Hira di belakang dua batu raksasa yang sangat dalam dan sempit. Panjang gua tersebut
sekitar 3 meter dengan lebar sekitar 1.5 meter, dan ketinggian sekitar 2 meter setinggi orang berdiri.
Dengan luas dimensi seperti itu, gua ini hanya cukup digunakan untuk shalat dua orang. Di bagian kanan gua terdapat teras dari batu yang hanya cukup digunakan untuk shalat dalam keadaan duduk dan terdapat lubang kecil yang dapat dipergunakan untuk memandang kawasan bukit dan gunung arah Makkah.


Untuk menaiki gua tersebut pendaki yang bertenaga dan mempunyai stamina yang baik boleh mengambil masa lebih kurang se jam dan satu jam setengah kerana keadaan bukit yang agak curam dan memerlukan sepenuh perhatian semasa pendakian. Disepanjang pendakian menuju ke puncak Gua Hira  terdapat beberapa orang yang saya tidak berapa pasti akan identiti mereka kerana terdapat di antara 10-20 orang yang berdiri dan berdoa sambil dalam jarak 10-15 meter diantara satu dengan yang lain. Di samping menadah kan tangan dan mungkin  mendoakan kesejahteraan kepada para pengunjung ,mereka juga meminta sedikit derma bagi membuat anak-anak tangga untuk mendaki puncak tersebut bagi memudahkan para pendaki samada yang tua ataupun yang muda untuk sedang sampai ke puncak  Gua Hera.

Oleh kerana keadaan pada malam itu agak gelap kerana waktu di mekka pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 10 malam menyebabkan jarak pandangan agak terhad. Setiap kali mereka menyapa saya dengan menggunakan bahasa mereka saya akan balas dengan perkataan "Malaysia" sehinggakan beberapa orang pelawat yang berada di hadapan dan belakang saya terus berpaling dan melihat kepada saya sambil tersenyum dan saya rasa mereka adalah pelawat dari Negara Turki berdasarkan logo bendera yang ada di setiap baju yang mereka pakai.  Daripada 20 orang hampir 10 orang yang menyebut "Malaysia Bagus dan Najib Bagus" sebagai tanda ucapan alu-aluan kepada saya sebagai orang Malaysia walaupun saya kurang pasti apa yang sedang di doakan nya dalam bahasa mereka sendiri. 

Perasaan bangga yang teramat sangat muncul secara tiba-tiba di benak perasaan saya kerana bukan saja pemimpin yang ada di Negara-negara Arab tetapi nama Malaysia dan nama Perdana menteri Malaysia begitu terkenal di kalangan rakyat yang ada di negara yang penuh keberkatan. dengan perasaan yang sangat bangga sebagai rakyat Malaysia kerana begitu di kenali di peringkat dunia pendakian saya pada malam berkenaan tidak terasa sampai ke puncak tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Alhamdulillah.

Bagi sebagian kaum Muslimin, perjalanan ibadah  umrah bukan hanya sekedar menyempurnakan proses atau ritual sebagaimana diwajibkan atau disunnahkan syariat, tapi juga sebuah wisata keagamaan. Salah satunya adalah dengan melakukan ziarah. Dan salah satu tempat ziarah yang paling dicari para jamaah haji umrah adalah Gua Hira yang terletak di Jabal Nur (Gunung Cahaya).

begitulah serba sedikit catatan perjalanan ku yang begitu berharga
bagi diri ini kerana ianya telah merakamkan kenangan yang sangat indah dan dapat menyelami serba sedikit akan kesukaran Nabi Muhammad S.A.W pada zaman berkenaan. Ianya sudah pasti akan menjadi pengalaman yang sangat berguna untuk saya meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran untuk meastikan saya sentiasa berada di landasan yang benar sebagai umat islam yang sejati.

Salam dari bumi Balung....

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

15 Nov 2017

Catatan perjalanan ku...

Alhamdulillah, perasaan syukur di panjatkan ke hadrat allah S.W kerana limpah dan kurnianya, tahun ini saya dapat menyambut harijadi saya dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia di samping keluarga dari dulu sehinggahlah kini.

Walaupun acara kali ini di sambut dengan hanya bersendirian ianya bukan lah penghalang untuk saya membulatkan tekad untuk terus memperbaiki diri dan lebih fokus kepada tanggungjawab seharian serta urusan keluarga  dan sebagainya. 

Sendiri bukan bermaksud  sendirian kerana pada waktu dan ketika ini saya di kelilingi oleh ribuan orang yang sedang dan akan menuju ke destinasi masing-masing, cuma tidak seorang pun yang aku  kenali dan jauh sekali untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke lahiran saya. Biasanya pada setiap malam hari jadi,saya akan di kelilingi oleh isteri dan 4 orang anak-anak sambil menikmati juadah yang sederhana yang di sediakan oleh isteri dan anak-anak. Di samping menikmati hidangan, isteri dan anak-anak sudah pasti memberikan ucapan tapi malam ini ianya agak berbeza demi sebuah tujuan.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.15 tengah malam pada tarikh 15-11-2017 dan rata-rata dari orang yang ada di sekeliling saya tidak menunjukkan sebarang tanda keletihan sedangkan saya sudah terasa mengantok yang amat sangat.  Sambil menyorong troli untuk yang mengandungi beg yang agak ringan tetapi sedikit besar dan ianya terpaksa di masukkan kedalam kargo.  Keadaan sangat sejuk, ditambah lagi saya hanya menggunakan dua helai kain menutupi badan yang hanya di ikat di pinggang dan di lilit di sekeliling badan dan sudah pastinya perasaan ragu dan bimbang akan terjadi nya sesuatu yang tidak dijangkan terhadap pemakaian berkenaan.

Demi satu pencarian, demi satu keinginan untuk mendekatinya semuanya itu bukan lah halangan dan semua itu bukan lah masalah yang besar untuk dihadapi. Perjalanan mungkin mengambil masa 10 ke 12 jam dan sudah semestinya ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal, akan tetapi doa dan kata-kata semangat dari keluarga dan rakan-rakan sudah pastinya menjadi pembakar semangat untuk aku menjalaninya dengan fokus yang sepenuhnya dengan ilmu yang  ada di dada agar segala yang di lakukan akan sempurna dan mendapat keberkatan darinya.

Sesungguhnya harijadi tahun ini adalah yang sangat bermakna dan sangat bernilai dalam hidup ini kerana ianya dapat di raikan benar-benar di tempat yang menjadi tujuan umat islam di seluruh dunia.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung........

"aku memenuhi panggilanmu ya Allah aku memenuhi panggilan mu"

klia2
1038pm



9 Nov 2017

Aku dan kenangan- Unding Koko


Tiba-tiba perasaan ku terasa sangat hiba bila mendengarkan lagu yang di nyayikan oleh seorang penyanyi yang sememangnya saya minati dari dahulu sehingga kini tidak lain dan tidak bukan iaitu Hattan. Melalui lirik dan penyampaian lagu ini membuatkan aku selalu teringat akan detik- detik indah semasa waktu kecil bersama rakan-rakan sebaya. Walaupun hidup kami pada waktu itu agak susah dan serba kekurangan tetapi ianya bukan penghalang untuk kami saling bekerja sama, hormat menghormati dan saling bantu membantu di antara satu dengan yang lain. 
Sunyi dan sepi…
Tiada bintang yang berkelipan
Di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata
Dan bersenda
Ku nanti dikau…
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya…
Yang aku nantikan tak kunjung tiba..
Tiada kata tiada pesan untukku
Yang engkau tinggalkan sayang…
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal…
(Ke)pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada
kasih…
Tersenyum aku…
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal…
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan
Tiada terduga…
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah…
Kitakan bersua lagi…

"Hargailah apa yang kita ada hari ini sebab sudah pastinya hari ini akan menjadi kenangan yang sangat indah di masa hadapan..........."

"Mungkinkah kita kan bersua lagi"

Semuanya ada di Balung ada di Balung

30 Sept 2017

Majlis pecah tanah Masjid Taman Sawit Balung Tawau pada 1/10/2017

Impian Penduduk Taman Sawit Balung Tawau yang mengidamkan untuk membina sebuah Masjid di kawasan Taman berkenaan bakal terlaksa. Dengan kerjasama dan muafakat daripada semua penduduk, satu masyuarat telah diadakan pada malam kelmarin dan ianya diadakan khas bagi membincangkan akan pembinaan Masjid Taman Sawit Balung Tawau.

Hasil perbincangan tersebut yang di hadiri oleh semua AJK Penaja sebulat suara  telah memilih lokasi untuk mendirikan Masjid ialah di Taman Permainan Taman berkenaan. Satu pungutan suara juga telah di adakan pada bulan yang lalu dan hampir semua penduduk yang mendiami kawasan berkenaan  telah sebulat suara menandatangani persetujuan mendirikan masjid di kawasan Taman berkenaan.

Oleh yang demikian masyuarat pada malam tadi telah memutuskan majlis pecah tanah dan majlis pembinaan Masjid berkenaan akan bermula pada 1/10/2017 bersamaan dengan hari minggu. Pihak AJK Penaja Masjid berkenaan dengan sukacitanya menjemput penghunu-penghuni Taman Sawit untuk sama-sama hadir untuk menyaksikan detik yang sangat bersejarah dan di nanti-natikan oleh setiap penduduk Taman Sawit Balung.

Adalah diharapkan, dengan terbinanya Masjid ini nanti ianya bukan saja menjadi rumah ibadah tetapi menjadi pusat komuniti dan dan nadi pentadbiran untuk Taman Sawit di dalam mengatur dan menyelesaikan segala permasalahan yang di hadapi oleh penduduk Tawan dan kumuniti sekitarnya.

Akhirkata, syukur kehadrat allah S.W kerana dengan kesepakatan, dengan kesabaran dan dengan kesatuan dan keinginan yang tidak pernah jemu yang di tunjukkan oleh penduduk TAman Sawit Balung, akhirnya pembinaan Masjid ini akan di mulakan.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung

18 Sept 2017

Syukuri nikmat keamanan dan kekalkan perpaduan-Nizam A.B Titingan (Fiesta Malaysiaku Merdeka Taman Sawit Balung)


Taman Sawit Balung sekali lagi mendapat tumpuan warga Tawau
dan sekitarnya. Pada kali ini acara yang bertemakan Fiesta Malaysiaku Merdeka telah di adakan dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk-penduduk di sekitar Pekan Balung. Ianya telah di jalankan selama tiga hari berturut-turut bermula 15/9/2017 dan berakhir pada 17/9/2017.

Pelbagai acara telah di adakan oleh pihak penganjur bagi
memeriahkan majlis temasuklah ceramah agama, pertandingan melukis untuk kanak-kanak , pamiran kereta dan bermacam-macam lagi. Acara ini juga menarik perhatian daripada orang-orang perseorangan, jabatan kerajaan dan syarikat swasta untuk turut sama memeriahkan dan turut serta mempamir dan memperkenalkan prodak dan jualan mereka di majlis berkenaan.

Pada majlis kali ini,  ianya telah di rasmikan penutupan nya oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan Naib Ketua Umno Bahagian
Tawau, merangkap Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah. Di dalam ucapannya beliau melahirkan rasa kesyukuran kehadrat allah S.W kerana program yang di adakan pada malam tersebut mendapat sambutan yang sangat hangat dari segenap lapisan masyarakat yang ada di sekitar Pekan Balung. Beliau juga berterimakasih kepada penduduk-penduduk Balung kerana sentiasa "sporting" dan memberikan sambutan bilamana acara di adakan terutama di pekan Balung. 

Di dalam ucapan nya beliau mengharapkan agar penduduk Balung sentiasa  bersatu padu dan menghargai segala nikmat keamanan dan nikmat kemerdekaan yang telah di kecapi dan terus memberikan
sokongan yang sangat padu kepada kerajaan yang sedia ada kini. "Jangan percaya dengan pemimpin yang hanya muncul pada musim pilihanraya dan hilang jika rakyat memerlukan bantuan". Di akhir ucapan  beliau melahirkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana mengadakan majlis patriotik sebegini kerana ianya nanti akan melahirkan rasa kesyukuran dan rasa kecintaan kepada negara dan pemimpin yang ada dan ianya sudah pasti akan memastikan rakyat maju dan negara akan terus kedepan didalam menghadapi dunia globalisasi.

Rata-rata dari hadirin yang hadir pada malam tersebut melahirkan perasaan gembira dengan penganjuran majlis berkenaan kerana ianya sudah pasti akan merapatkan  tali silaturahim di antara pemimpin baru dan rakyat dan lebih penting lagi ianya dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi peniaga tempatan dan dan memberikan aktiviti-aktivi yang bermanafaat kepara orang yang berada di sekitar Pekan Balung.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...







5 Sept 2017

Buktikan jika benar Musa Aman amalkan polisi berkenaan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam aidil adha kepada semua pembaca Balung kini yang tidak jemu-jemu di dalam memberikan pandangan dan komen di setiap entry yang saya buat. Tidak lupa juga kepada warga Tawau dan Balung khasnya  yang sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa memberikan imput-imput yang sangat berguna untuk manafaat semua.

Di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan peribadi tentang pos yang baru sahaja di buat oleh Saudara Jufazli Shi Ahmad d Facebook berkenaan kebakaran yang baru saja berlaku hari ini di Kampung Titingan Tawau.  Di dalam pos beliau ada tertulis seperti dalam gambar di atas  dan mengaitkan nya dengan ketua menteri Sabah iaitu Datuk  Musa Aman.

Adakah polisi membakar rumah seperti yang di nyatakan ada di amalkan oleh kerajaan negeri Sabah seperti yang di nyatakan oleh Saudara Jufazli ? Jika ada sila berikan bukti kepada pihak berkuasa agar mereka senang menjalankan siasatan. Sebagai seorang yang berpendidikan, seharusnya setiap kenyataan yang di keluarkan hendaklah di sertakan dengan bukti yang nyata dan sahih dan bukannya sekadar membuat kenyataan dan membinggungkan pembaca.


Tidak salah untuk berpolitik dan tidak salah untuk menjadi ahli politik tetapi ia seharusnya dilakukan dengan tujuan yang baik dan membina masyarakat setempat bukan  mengadudomba serta mengelirukan rakyat dengan kenyataan- kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga melibatkan nama baik Ketua Menteri sabah dan beberapa Adun Kawasan Tawau. Ada baiknya jika saudara mengumpulkan bantuan dengan segera seperti yang di lakukan oleh kerajaan yang ada kini.

Menurut satu laporan dari  harian metro yang disiarkan hari ini , kejadian berlaku adalah  dilakukan oleh penduduk setempat dan ianya tiada kena mengena dengan ketua Menteri sabah dan ADUN-ADUN serta ahli Parlimen Tawau seperti yang di nyatakan oleh Saudara Jufazli.

Fikir-fikirlah jenis macam mana Pemimpin yang kita harapkan dan fikir-fikirlah siapa yang sering cakap yang bukan-bukan dan siapa yang sentiasa membantu bilamana di perlukan.

Kami dari Balungkini  mengucapkan salam takziah kepada seluruh mangsa kebakaran dan di harapkan tabah menghadapi ujian allah.

Salam dari Bumi Balung ..

Semuanya ada di Balung ada di balung.






23 Aug 2017

RM 470 juta untuk Empangan air Tawau

Siapa bilang Ketua Menteri Sabah tidak buat kerja , siapa cakap ketua menteri Sabah tidak menyelami denyut nadi rakyat dan tidak tidak peka dengan keperluan rakyat jelata. 

Tidak dapat di nafikan ada perkara yang terlepas pandang oleh pihak kerajaan menyebabkan sesuatu kawasan ketinggalan dari segi kemudahan dan sebagainya.  Tidak dapat di nafikan juga ada daerah yang tidak mendapat peruntukan secepat yang mungkin kerana sesuatu projek yang besar dan memerlukan peruntukan berjuta ringgit dan memerlukan perancangan yang rapi agar ianya dapat dijalankan dengan sempurna serta memberikan  manafaat yang sepenuhnya kepada penduduk setempat.

Tidak dapat di nafikan akan gangguan bekalan air yang sering  terganggu terutama musim kemarau yang musim hujan yang selalu berlakunya banjir menyebabkan bekalan air terganggu kerana pada masa ini loji air Tawau hanyalah menggunakan sungai sebagai sumber bekalan air dan hasil dari inisiatif kerajaan negeri Sabah satu empangan yang dapat menampung keperluan air penduduk Tawau walaupun dalam keadaan kemarau dan musim hujan ianya dapat membekalkan air kepada seluruh penduduk Tawau.

Projek yang membabitkan kos RM 470 juta ini di jangka siapa dan dapat digunakan sepenuhnya  menjelang tahun 2021. Jika siap kelak ianya dapat membekalkan air kepada seluruh penduduk dan sudah pastinya ianya dapat meningkatkan taraf hidup dan kemudahan asas penduduk Tawau khas nya.

Sesunggunya kerajaan Negeri sentiasa memikirkan akan permasalahan yang di hadapi dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk rakyat. Tahniah juga kepada pemimpin Negeri Sabah walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu Sabah sentiasa mendapat keutamaan dalam segala aspek ekonomi sosial dan sebagai nya.

Tahniah teruskan usaha dalam menyelami denyut nadi rakyat.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

#kamigengcmsabah


22 Aug 2017

Kesetiaan rakyat menjadi pendorong untuk terus bekerja-Musa Aman

Barisan Nasional Sabah masih lagi parti yang terbaik untuk penduduk Sabah dan Umno Sabah sudah semestinya lah menjadi pilihan utama kepada segenap lapisan masyarakat yang berada di kampung-kampung maupun yang ada di bandar- bandar pantai barat dan pantai timur dan seluruh Sabah.

Di bawah kepemimpinan YAB Datuk Sri Panglima Musa Aman,
Sabah bertambah maju  dari segi sosial, ekonomi dan sebagainya. Walaupun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang tetapi itu bukanlah alasan untuk YAB Ketua Menteri sabah untuk terus bekerja keras bersama barisan kabinet, pemimpin tertinggi maupun pemimpin akar umbi untuk dan pada masa yang sama golongan yang memerlukan mendapat pembelaan yang  sepatutnya.

Jangan berhenti , teruskan usaha membantu dan mendekati rakyat kerana itulah senjata utama Barisan Nasional dan  kekuatan Umno Sabah di dalam memastikan rakyat ter bela dan Sabah menikmati limpahan ekonomi seperti yang kita lihat pada ketika ini bermacam-macam projek mega seperti PAN Borneo yang akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan sebagainya di dalam memastikan Sabah turut sama menikmati kemewahan seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

Teruskan kan mengalas amanah yang rakyat sudah berikan kepada Pasukan Kabinet negeri Sabah kerana sesungguhnya rakyat akan memilih kerajaan yang perihatin, yang mengambil berat dan sentiasa mendampingi rakyat dan tidak sesekali memilih mereka-mereka yang boleh di ibaratkan pemimpin bermusim,  kerana hanya datang bila musim pilihan raya dan menaburkan segala janji tetapi hilang bila mana musim pemilihan sudah berakhir .

Kami tatap akan bersama dan menyokong pemimpin yang ada kini dan memastikan Sabah Tatap milik Barisan Nasional.

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

#kamigengcmsabah.

11 Aug 2017

Sabah miliki syarikat carigali minyak hasil usaha Ketua Menteri Sabah



Ramai yang sering mempersoalkan akan royalty minyak yang di berikan kepada kerajaan Sabah dan semua negeri-negeri yang ada di Malaysia oleh Syarikat Petronas dan Kerajaan Malaysia sangat sedikit dan tidak kurang ada permintaan dari kerajaan negeri agar ianya di naikkan kepada tahap yang maximum.
Atas dasar itu kerajaan Negeri Sabah di bawah kepemimpinan YAB DSP Musa Hj Aman telah mencipta peluang agar Kerajaan Negeri sabah sendiri menubuhkan  Sayarikat carigali dan pengeluaran minyak (E&P) di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut  di samping menggunakan anak-anak tempatan sabah sebagai  pekerja dan sebagainya.

Akhirnya pada awal tahun 2016 maka tertubuhlah Sabah Internasional Petrolium Sdn Bhd (SIP) yang dulunya di kenali sebagai M3nergy Sdn Bhd sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Sabah dengan nilai pengangan sebanyak 100 peratus (100 %)  dan ianya juga menjadi sejarah kerana menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki syarikat  E&P nya sendiri.

Pada awal tahun 2016 ini, SIP telah pun mempunyai aset-aset utama (yang cukup produktif) seperti Floating Production Storage Offloading (FPSO). FPSO adalah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau berpindah dari satu telaga minyak di laut, ke satu telaga minyak di lokasi yang lain.
Kini, SIP telah menjadi antara PEMAIN UTAMA dalam industri Petroleum di rantau ini, bersaing bersama nama-nama besar seperti Shell, Exxon, SapuraKencana, Petronas Carigali, dan lain-lain. Tahniah dan Syabas kepada Kerajaan Negeri Sabah! MOVING FORWARD & BEYOND!
Jadi siapa cakap pemimpin kerajaan Sabah di bawah kepemimpinan YAB Musa Hj Aman tidak mengutamakan negeri Sabah, tidak memikirkan akan hal-hal Sabah, dalam diam beliau telah merencanakan perancangan yang rapi agar kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada royalty minyak sebaliknya membuat sendiri aktiviti berkenaan seterusnya memberikan pulangan 100 % serta memberikan peluang kepada warga Sabah dalam bidang pekerjaan dan perniagaan dengan terwujud nya syarikat cari gali ini dan sudah pasti kerajaan negeri Sabah akan mendapat keuntungan yang maksimum dan seterusnya keuntungan tersebut akan di gunakan untuk pembangunan dan benatuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Tahniah CM dan barisan pemimpin-pemimpin negeri Sabah.
#kamigengcmsabah.


Salam dari Bumi Balung..

7 Aug 2017

Anggota UMNO, BN Sabah Perlu Berani Jelaskan Sumbangan Kerajaan - Salleh




KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) --  Anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah perlu berani menjelaskan sumbangan dan kejayaan kerajaan yang diterajui UMNO dan BN dalam membangunkan negeri itu kepada rakyat, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata ini kerana terlalu banyak sumbangan UMNO dan BN yang kini dinikmati rakyat Sabah namun kurang diketahui.

"Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, jelas bahawa kita telah maju ke depan dan ini adalah fakta yang kita boleh terangkan kepada masyarakat termasuk di Penampang ini.

"Kalau kita lihat dari segi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah,  pada 2010 ialah RM58.1 bilion, 2011  sebanyak RM59.3 bilion;   RM66.3 bilion  pada 2015 dan RM70.4 bilion pada 2016," katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu, dari segi pendapatan perkapita rakyat pula,  pada 2010 ialah RM17,831;  RM18,932 (2011) dan RM19,730 (2015).

Dari segi kadar kemiskinan pula kata Salleh,  kadar kemiskinan di Sabah pada 2009 ialah 19.7 peratus; 8.1 peratus (2012); 4.0 peratus (2014) dan 3.4 peratus (2016).

"Ini angka-angka yang sahih. Ini fakta. Ini perlu kita terangkan kepada masyarakat kita di Sabah ini, apatah lagi di kawasan Penampang. Kita tidak boleh takut memberi penjelasan kerana  kita berkata yang benar. Ini fakta.

"Gabenor Bank Negara sendiri mengatakan bahawa di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk (Seri) Musa Aman, ekonomi Sabah bergerak maju. Ini (laporan) Bank Negara. Laporan Ketua Audit Negara pula (menyebut bahawa) tiga tahun berturut-turut Pengurusan Kewangan Sabah 'Amat Baik'," katanya.

Menurut Salleh segala fakta mengenai pencapaian kerajaan BN perlu dijelaskan bagi menangkis segala tohmahan parti-parti pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan fakta seolah-seolah kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Katanya anggota UMNO dan BN juga perlu mendedahkan segala kelemahan parti-parti pembangkang termasuk kegagalan mereka menyumbang kepada rakyat agar rakyat dapat memahami dan membezakan antara pembangkang dan parti pemerintah.

"Di Penampang ini apa yang pembangkang lakukan? Mereka cuma berpindah parti. Dulu dalam Parti Keadilan Rakyat sekarang dalam parti Warisan. Apa sumbangan mereka kepada rakyat? Yang telah memberi sumbangan ialah BN," tegas Salleh.

Salleh juga menolak tanggapan pembangkang kononnya merekalah yang menjuarai perjuangan hak-hak Sabah melalui slogan 'Sabah untuk Orang Sabah'  sedangkan perjuangan untuk tujuan itu sebenarnya telah dilakukan sejak dahulu oleh pemimpin dari Sabah dalam kerajaan BN.

Katanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin dan rakyat Sabah diberi ruang untuk menyuarakan kehendak dan pandangan mereka dan  Najib sedia mendengar serta berunding mengenai perkara berkenaan.

Malah kata Salleh,  tidak pernah dalam sejarah tiga pemimpin daripada kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) dilantik sebagai menteri penuh dalam dalam kabinet persekutuan kecuali pada zaman kepimpinan Najib dan ia merupakan pengiktirafan kepada KDM.

Mengenai kawasan Parlimen Penampang pada pilihan raya umum akan datang, Salleh yakin  BN boleh merampas semula kerusi berkenaan sekiranya semua komponen parti BN bekerja sebagai satu pasukan.

--BERNAMA            

1 Aug 2017

"Tolong Kami Kasian" rayu penjaja Taman Sawit kepada Ahli Majlis dan Presiden MPT



Assalamualaikum w.w


Di kesempatan pagi ini saya ingin membicarakan tentang keresahan dan kerisauan penjaja-penjaja yang beroperasi di Taman Sawit Balung. Saya anggapkan mereka penjaja tidak sah kerana mereka ini tidak mendapat kebenaran dari tuan punya tapak dan pihak berkuasa iaitu Majlis Perbandaran Tawau.

Walaupun mereka di lihat sebagai penjaja-penjaja "yang tidak sah " tetapi apa yang mereka jual serta niagakan ialah bahan-bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya ada lah halal dan sudah semestinya halal dari segi pandangan Islam dan masyarakat Balung khas nya.

DI akhir-akhir ini perniagaan mereka selalu terganggu kerana di serbu oleh pihak berkuasa termpatan iaitu Majlis Perbandaran Tawau.  Mereka juga tidak menyalahkan MPT yang menjalankan tugas untuk membenteras peniaga berkenaan kerana pihak majlis terpaksa menjalankan tanggungjawab  dan menyelasaikan aduan-aduan yang banyak berkenaan dengan peniaga yang berniaga di kawasan Taman Sawit Balung Tawau.

Saya adalah salah seorang penduduk Taman Sawit yang secara hariannya berurusan dan bertemu dengan peniaga-peniaga ini.  Sememangnya kewujudan peniaga ini sedikit sebanyak mengganggu keindahan Taman Sawit dengan  binaan-binaan pondok yang tidak sekata dan sedikit bercelaru jika di lihat dari dekat maupun dari jauh. 

Di samping ketidak indahan yang di pamirkan, kehadiran peniaga-peniaga yang di katakan tidak sah ini juga sangat memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk Taman Sawit dan penduduk Pekan Balung keseluruhan nya. Kami boleh membeli bahan makan harian dengan harga yang berpatutuan, cepat dekat dan sudah semestinya segar dari ladang dan laut berdekatan. Bayangkan jika peniaga ini tiada, penduduk Balung terpaksa mencari bahan-bahan basah di bandar Tawau yang jauhnya kira-kira 24 batu dan ianya mengambil masa selama 2 jam jika menggunakan kenderaan untuk pergi dan balik hanya untuk membeli ikan dan sayuran.

Menurut seorang penjaja yang saya temui yang hanya mau di kenali sebagai "awie" mereka
akur dengan larangan yang di kenakan oleh pihak yang berwajib, "tau jugak kami kasian kami di larang bajualan, tapi kami pandai-pandai lah, kalau kami endak bajualan apalah bikin pambayar flet Balung, apalah bikin pambayal sekolah dan apalah kami makan anak baranak sedangkan bapakku di rumah sakit kasian,  sedangkan ini pun kami cucuk-cukup makan saja ini bajualan, nah kalau lansung endak bajualan makan apalah kami anak baranak'.

" Sekarang saya kalo pigi manjual aku pakek celana panjang dan semua jualanku aku letak atas garobak (kereta sorong) kalau MPT datang aku lari laju laju sambil tolak karoba kasiang, pernah sekali aku lintas jalan sikik aku di langgar karita, tapi alhamdulillah Allah masih sayang saya yang mencari makan untuk keluargaku".

" Saya ni kasian, tauk juga ba, Presiden MPT itu sebenarnya ada hati dan perasaan mesti dalam hatinya ada perasaan untuk bantu kami. Kami juga tau Ahli-ahli majlis yang di lantik adalah orang-orang yang baik-baik serta perihatin sama masalah kami apalagi mereka ini adalah orang yang selalu kami jumpa , jadi tolonglah kasian kalo boleh kami merayu dan kami boleh kami melutut di depan tuan semua supaya kami di benarkan berniaga secara sah. Kami sanggup membayar apa saja bayaran yang di kenakan oleh pihak MPT dan akan mengikuti apa saja syarat  kerana jika tak berniaga dapur kami tak berasap dan kami anak beranak mau makan apa, kata seorang peniaga sambil mengesat airmata yang sudah mengalir sejak mula lagi perbualan kami.

Pada saya Pihak MPT dan Ahli Majlis MPT pada masa ini sedang memikirkan untuk membantu mereka dan sememangnya kita tahu ahli majlis MPT sentiasa perihatin apalagi jika ianya melibatkan permasalahan orang-orang kampung yang memerlukan bantuan. Jadi di kesempatan bulan kemerdekaan ini saya bagi pihak peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan berkenaan memohon simpati dari pihak Ahli Majlis MPT dan preriden MPT  agar peniaga ini di berikan peluang mencari sesuap nasi dengan berniaga di kawasan berkenaan.  Saya juga mengkarapkan jika di luluskan kelak, pihak MPT memberikan peraturan yang ketat seperti aspek kebersihan dan pemilikan gerai itu sendiri agar ianya tidak dijadikan gerai alibaba sahaja.

Keperihatinan dan keambil pedulian tuan-tuan dan puan-puan  didalam memastikan peniaga dapat mencari sesuap nasi melalui aktiviti jualan di kawasan berkenaan dan  di harap, peraturan yang ketat dapat di kenakan agar kawasan pekan Balung berkenaan akan sentiasa bersih indah dan menjadi tumpuan penduduk dan pelancung untuk terus berkunjung ke kawasan ini.

Salam Bulan kemerdekaan

Salam dari Bumi Balung.

Semuanya ada di Balung ada di Balubg


27 Jul 2017

Pengalaman mendewasakan kita

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup. 



1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini. 

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt.. 

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

26 Jul 2017

Siapa bakal calon di Parlimen & DUN anda ?



Pilihanraya yang ke 14 bakal menjelma tidak lama lagi yang sememangnya di tunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat Malaysia yang cintakan sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia sejak  pasca kemerdekaan lagi.

Sememang yang menjadi topik hangat di setiap perjumpaan samada di surau-surau maupun kedai kopi ialah "siapakah wakil kita pada kali ini" atau lebih senang Wakil Rakyat.

Terdapat beberapa jenis Bakal Calon yang saya perhatikan ada dan sedang cuba menarik perhatian pihak-pihak yang  berkenaan dengan kata lain sedang "melobi" untuk dipilih untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang.

Perubahan ketara dapat di perhatikan dari tindak tanduk bakal calon dari segi penampilan dan hubungan dengan masyarakat. Ada yang tiba-tiba rajin ke surau tempat di mana mereka sedang melobi untuk menjadi calon dan ada yang sentiasa mesra dengan rakyat walaupun selepas PRU 13 yang sudah lalu kelibat mereka susah di temui dan apabila di talipon ke talipon bimbit mereka, susah untuk diangakt apalagi menjawab panggilan berkenaan.

Ada juga bakal calon yang tiba-tiba menjadi dermawan dengan memberikan sumbangan dengan badan-badan kerajaan dan sebagainya. Walaupun sumbangan nya tidak seberapa tetapi ianya di berikan liputan yang seluasnya dengan tujuan semua orang tahu yang bakal calon berkenaan benar-benar ikhlas dan perihatin sedangkan selama ini mereka lansung tak ada di kawasan dan sangat susah untuk di hubungi apalagi meminta bantuan darinya.

Di samping ramai yang melobi, dari tak pandai senyum tiba-tiba jadi peramah dan tidak lokek dengan senyuman dan keperihatinan, ada juga yang benar-benar berhidmat untuk rakyat, ada juga yang sentiasa ada bila di perlukan dan ada yang sentiasa "kam 1" bila rakyat di kawasan mereka menghadapi musibah dan sebagainya. Bakal Calon yang sebegini seharusnya di berikan peluang untuk menjadi Calon kepada Parti yang akan bertanding kerana jika yang rajin dan sentiasa mendekati rakyat sudah pastinya menjadi pilihan utama kepada pengundi. Bakal calon itu juga hendak dari mereka yang masih muda tapi matang, masih bertenaga, masih aktif dan sentiasa cergas untuk sentiasa ada di lapangan dan bukannya mereka yang sudah berumur sehinggakan susah untuk bersama rakyat jika terpilih menjadi calon dan menang di DUN  ataupun Parlimen berkenaan.

Adalah di harapkan pucuk pimpinan tertinggi samada dari pembangkang maupun parti memerintah memilih Bakal Calon yang di sukai dan di perlukan oleh rakyat dan jangan lah memilih bakal calon yang hanya ingin mempergunakan kedudukan  dan jawatan yang di sandang kelak untuk kepentingan peribadi sehinggakan ianya menyusahkan rakyat yang telah memilih mereka .

Bersambung...........


Ambil Iktibar Perang Hunain Dalam Berdepan PRU 14 – Ahmad Nazlan



JERANTUT, 27 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Haji Ahmad Nazlan Idris menyifatkan bahawa Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan bila-bila masa sahaja, adalah cabaran yang sangat penting kepada UMNO dan BN.
Ujarnya, ada pihak yang mengatakan bahawa PRU13, ibu segala peperangan namun PRU14 cabarannya jauh lebih besar yang memerlukan komitmen semua ahli-ahli parti dalam menjayakan agenda besar menang dengan lebih bergaya untuk BN kali ini.

“Apakah selepas PRU14 ini, kita mampu mentadbir negara ini, apakah selepas PRU14 nanti, UMNO mampu menjadi wadah yang sentiasa membela agama, bangsa dan negara kita? Ini bergantung kepada sejauh mana kita setia bersungguh-sungguh membela parti.
“Dalam keadaan serba mewah kita hari ini, dalam keadaan ada di kalangan kita kaya dan senang berbanding satu ketika dulu, dalam kemudahan yang pelbagai dalam negara ini, apakah kita mampu memastikan kemenangan (BN),” ujarnya ketika berucap di Persidangan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini.
Tambahnya, ketika merasmikan Perasmian Pergerakan Sayap UMNO Jerantut baru-baru ini, antara intipati ucapan yang ditekankan ialah bagaimana Allah menguji kehebatan kekuatan tentera Islam dalam Perang Hunain di mana umat Islam berada hebat dengan kekuatan dan mengenetepikan pertolongan Allah swt.
“Peperangan Hunain menyedarkan masyarakat Islam ketika itu, kita jangan angkuh dan bongkak serta sombong bahawa kita sudah ada kekuatan.
“Hari ini ahli UMNO ramai, ahli UMNO kuat, apakah kita melihat pembangkang berada di pihak yang lemah dan mungkin kalah?  Apakah keangkuhan kita menguasai pemikiran kita dalam menghadapi serangan dari musuh kita, parti pembangkang.
“Apakah peperangan Hunain telah menyedarkan kita bahawa masyarakat Islam ketika itu hampir-hampir kalah dengan musuh-musuh Islam? Saya harap, kita ambillah ikhtibar, peperangan itu ada kaitan dengan peperangan yang sedang kita hadapi hari ini.
“Kalau nasi sudah menjadi bubur, tidak ada gunanya lagi. Marilah kita melihat diri kita sejauh penolakan, kesungguhan kita, kebersamaan kita dalam mengangkat perjuangan parti, ataupun masih bersikap mementingkan diri sendiri mengatasi segala-galanya.
“Fokus kita menghadapi pihak musuh iaitu pihak pembangkang, yang sentiasa mahu melihat kehancuran bumi Malaysia ini daripada pemerintahan UMNO dan BN,” tambahnya lagi. -MediaUMNO