BK, 30-1-2016 - Bertempat di Dewan SMK Balung Tawau, satu Seminar Keibubapaan dan Majlis Pelancaran Bulan 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) Peringkat SMK Balung 2016 telah diadakan dengan jayanya. DSP Jasmin bin Hussin, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), Encik Madnoor Bin Haji Sima, Pengetua SMK Balung, Encik Matali bin Haji Rasley, YDP PIBG SMK Balung berserta tiga orang pegawai kanan polis IPD Tawau telah hadir bersama-sama dengn lebih kurang 700 orang tetamu terdiri dari para guru, ibu bapa dan pelajar untuk majlis tersebut.
Acara bermula dengan ucapan daripada Pengetua Cemerlang SMK Balung iaitu Encik Madnoor Bin Haji Sima yang sememangnya dikenali dan disukai oleh semua penduduk yang berada di sekitar Balung. Sejak beliau mengemudi SMK Balung banyak pencapaian di luar jangka telah di capai oleh sekolah. Sebagai bukti ujian PT3 2014 SMK Balung berada di tangga 14 dan 2015 SMK Balung berada di tangga ke 6 terbaik dari keseluruhan sekolah yang ada di Daerah Tawau. Ini membuktikan status sekolah yang berada di luar bandar bukan lah alasan untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam akedemik tetapi komitmen dan kerjasama yang tinggi dari ibubapa, murid, guru-guru dan Pentadbir sekolah yang membuatkan kecemerlangan ini.
Saya agak tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh beliau yang berbunyi " bercita-citalah setinggi mungkin walaupun setinggi langit kerana jika gagal mungkin kita akan terjatuh kebulan dan tidak terus ke tanah".
DSP Jasmin telah memberikan ceramah yang bertajuk Tanggungjawab Bersama Ke Arah Melahirkan Generasi Bebas Dadah dan Jenayah sebelum merasmikan majlis tersebut. Aturcara diteruskan dengan serah terima tugas Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Balung di antara ASP Ederian bin Masaat dan ASP Helmi bin Mat Yusoff sebagai PPS yang baru setelah selesai perasmian pelancaran.
Pada mulanya kami sebagai ibubapa terasa agak sedikit kecewa kerana Tuan Ketua Polis Tawau tidak dapat hadir ke majlis tersebut seperti yang di jadual kan. Maklum saja ini adalah kali pertama anak kelahiran Tawau menjadi OCPD untuk daerah Tawau dan ianya menjadi bualan oleh penduduk yang ada di Balung. Oleh kerana kekangan tugas beliau telah mewakilkan salah seorang pegawai Kanan polis untuk mewakili beliau. Yang sangat mengejutkan pegawai yang menjadi wakil kepada OCPD merupakan anak jati Kampung Wakuba dan ini menjadi satu kebanggaan kepada kami sebagai penduduk yang berada di Kawasan Balung.
Beliau telah menyampaikan ceramah yang banyak berkait tentang penyalah gunaan dadah di
kalangan di kalangan murid-murid sekolah. beliau juga menekankan agar para ibu bapa sentiasa memantau akan kegiatan yang anak-anak mereka lakukan. Menurut beliau lagi ketagihan dadah di kalangan murid-murid sekolah sangatlah membimbangkan dan ianya menjadi musuh utama negara dalam melahirkan modal insan yang mampuh untuk membangunkan negara. Menurutnya lagi satu ujian rambang yang telah dilakukan sebelum ini di mana empat belas orang yang telah di uji dan di dapati sebelas orang murid telah di sahkan positif dalam penggunaan dadah. Data ini membuatkan suasana dewan agak gamaat dek kerana kebimbangan dari kalangan ibu bapa yang hadir
Asas dari kebimbangan itu kami sebagai penduduk Balung sangat berharap agar pihak PDRM dapat kiranya menubuhkan satu Balai Polis untuk menjamin keselamatan bukan saja dari Jenayah tapi dari penyalah gunaan dadah yang bagi saya sangat membimbangkan.
Pondok Polis yang ada kini terletak di Balung Kokos mempunyai kekuatan hanya dua orang anggota dan ia nya saya rasa tidak cukup untuk membantu dalam mencegah penyalah gunaan dadah di kalangan murid-muriod sekolah yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku.
Peningkatan penduduk yang ada di sekitar Balung memungkin kan kadar jenayah dan penyalah gunaan dadah akan meningkat.
Diharapkan pihak berwajib agar dapat mengadakan ujian saringan air kencing di kalangan pelajar SMK balung dalam memastikan gejala dadah dapat di kawal di peringkat sekolah.
Apapun diharapkan kerjasama diantara orang awam dan pihak polis akan sentiasa terjalin erat bagi memastikan kadar jenayah dapat di kurangkan dan ianya akan melahirkan masyarakat yang aman makmur dalam kehidupan seharian dan saya sangat tertarik dengan ungkapan dari DSP Jasmin Hussin yang berbunyi " tiada istilah terlewat untuk merubah sesuatu"..
Salam dari Bumi Balung.. Semuanya ada di balung ada di Balung..
Semua gambar telah di muat turun dari FB Polis Daerah Tawau