27 Jan 2016

KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA DIRUJUK PPO AMALAN BIASA



Merujuk kenyataan media SPRM hari ini yang memutuskan untuk membentangkan keputusan 
Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), saya ingin menjelaskan bahawa 
keputusan merujuk kepada PPO ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus 
kes sebelum mana-mana kes ditutup.

Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada panel ini adalah satu proses biasa dan 
tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara.

Selain itu, SPRM turut menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana 
individu bukanlah pandangan rasmi SPRM.

DATO’ ROHAIZAD YAAKOB
PENGARAH KOMUNIKASI STRATEGIK
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 
PUTRAJAYA
27 JANUARI 2016

No comments: