15 Jan 2016

Dap Lawan Pas, Pas Lawan Dap… Perkara Pelik Dan Lawak Di Awal Tahun 2016



KUALA LUMPUR, 14 Jan – Jika ada benda yang paling pelik dan lawak di dunia pada ketika ini maka benda tersebut adalah perang terbuka antara Pas dan Dap.
Ini kerana kedua-dua parti terbabit telah mengiystiharkan mereka adalah musuh utama antara satu sama lain namun masih lagi duduk sebumbung dalam pentadbiran negeri Selangor.
Mengulas perkara tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang,YB Budiman Mohd Zohdi berkata kedua-dua parti baik Pas mahu pun Dap sebenarnya hanya cuba menonjolkan diri mereka sebagai hero kepada penyokong serta pendokong parti terbabit.
Pas Lawan DapJelas beliau garangnya Dap mengisytiharkan Pas sebagai musuh pada pilihan raya umum akan datang dan Pas pula melihat Dap sebagai seteru utama pada pilihan raya umum kelak adalah satu realiti lawak politik yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Selangor hari ini.
“Bayangkan masing-masing dengan pendirian parti bahawa mereka akan bertembung sebagai seteru malah difahamkan akan berlaku perebutan kerusi di beberapa kawasan tertentu.
“Namun hingga ke hari ini mereka masih duduk dalam satu kerajaan negeri… duduk dalam satu mesyuarat. Wayang apakah yang mereka cuba tontonkan kepada masyarakat umum ini. Mungkin boleh masuk dalam kategori antara salah satu benda ajaib lawak di dunia,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Naib Pengerusi Dap Selangor, Datuk Teng Chang Khim, dilapor mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan Pas sebagai musuh utama.
Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap Dap sebagai musuh parti berkenaan. “Dia (Pas) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.
“Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon Pas bagi kerusi ditandingi Pas,” katanya.
Bercakap lebih lanjut Budiman seterusnya percaya itulah sebenarnya budaya pembangkang yang hanya boleh berubah dalam sekelip mata demi pangkat dan kuasa.
“Itulah politik yang mereka amalkan dan sebenarnya slogan demi rakyat hanya retorik palsu semata-mata. Mereka berlawan satu sama lain tapi disebabkan kuasa mereka sanggup berpura-pura duduk sebumbung”, ujarnya. -MediaUMNO

No comments: