--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LPG ialah satu satu bahan bakar yang sangat penting dalam penghidupan seharian kini, ianya di gunakan oleh semua penduduk yang ada untuk tujuan memasak di daerah Tawau. Dengan pertukaran tanaman utama iaitu Koko ke kelapa sawit dan kawasan hutan yang kian berkurangan yang dulu menjadi bahan bakar pilihan menyebabkan hampir semua penduduk bergantung kepada gas LPG untuk di gunakan sebagai bahan bakar utama dalam penghudupan seharian.
Bermula dari tarikh 15/1/2016 segala pembelian yang melibatkan
gas LPG, pembeli hendaklah menunjukkan kad pengenalan ataupun surat pengenalan diri tak kira samada penduduk Malaysia ataupun sebaliknya untuk mendapatkan nya di pasaran runcit. Yang menariknya ianya hanya di kuatkuasakan di daerah Tawau sahaja. Ini kerana Daerah Tawau iaitu Pulau Sebatik bersempadan dengan Nunukan, Sungai Nyamuk dan pulau-pulau yang di bawah pemerintahan Indonesia. Ini adalah senario yang konon nya menyumbang kepada kes-kes penyeludupan yang sangat tinggi gas LPG kenegara seberang.
Jika kita berbincang akan ketirisan sebegini sudah pastinya rakyat
akan terus menyalahkan akan pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab dan kerja-kerja penguatkuasan mereka. Mana tidaknya di anggarkan hampir 1500 tong sebulan di gunakan oleh penduduk Pulau Sebatik ( Sumber; Berita Harian) . Jika dilihat daripada angka ini sudah pastinya ada ketirisan berlaku kerana penduduk pulau Sebatik tidaklah sebanyak mana sedangkan penggunaan LPG sangat tinggi.
(Gambar Hiasan) |
Berbalik kepada pembelian yang memerlukan pembeli menunjukkan kad pengenalan dan merekodkan nya di buku yang di sediakan oleh pihak peruncit. Pada saya agak lucu dan sedikit pelik, teringat saya suatu masa dahulu yang memerlukan seseorang menunjukkan kad pengenalan semasa membeli gula. Ianya hanya bersifat sementara dan seakan tiada yang dapat membantu untuk mengurangkan penyeludupan berlaku.
Cubalah pihak berkuasa memikirkan sesuatu yang lebih realistik untuk mencegah penyeludupan dan jangan hanya seperti "asal ada" saja kerja yang dilakukan untuk menutup mata rakyat. Di Amerika pun berlaku penyeludupan walaupun negara berkenaan mempunyai teknologi yang tinggi jika di bandingkan dengan negara kita,, di Eropah pun berlaku penyeludupan bukan saja barangan tetapi peyeludupan dan pemerdagangan manusia di negara yang di anggap canggih dalam segala hal dan di Tawau [un berlaku penyeludupan bukan saja gas LPG tapi semua jenis barangan yang di perlukan oleh penduduk Tawau dan negara Seberang.
Yang pastinya penyeludupan masih gagal di benteras apalagi dengan LPG yang sudah sekian lama di bangkitkan dek permintaan yang sangat tinggi berlaku di Tawau.
Sampai bila kah keadaan ini berlaku dan sampai bilakah kita menyalahkan penguatkuasa dan sampai bilakah kita menyalahkan penyeludup yang menjalankan kerja yang mendapatkan permintaan yang tinggi di negara seberang dan sampai bilakah akan berlaku ketirisan bahan subsidi yang kerajaan sediakan untuk membantu rakyat. Sama-samalah kita renungkan dan fikirkan jalan penyelesaian..
Salam dari bumi Balung..
Semuanya ada di balung ada di balung.
No comments:
Post a Comment