Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Isnin bersamaan dengan 11/1/2016 saya berkesempatan duduk minum di salah sebuah restoran yang sangat terkenal pada masa dahulu . Restoran itu terletak betul-betul di depan Station Bas lama Bandar Tawau.
Saya memesan roti kosong dan teh tarik sama dengan apa yang saya order semasa 20 tahun dahulu bila mana saya ada duit lebih.
Saya memesan roti kosong dan teh tarik sama dengan apa yang saya order semasa 20 tahun dahulu bila mana saya ada duit lebih.
Dalam pada saya duduk menikmati akan roti kosong dan teh tarik yang rasanya sudah jauh berbeza dengan 20 tahun dahulu saya seronok mendengar akan perbualan "beliau-beliau " yang duduk bersebelahan dengan meja saya. Dari pemerhatian kasar saya umur mereka dalam lingkungan 60 ke 70 tahun kerana apa yang dapat saya lihat rambut sudah kelihatan agak terang warna putihnya dan muka mereka sudah kelihatan 'kerucut" yang agak ketara.
Dengan tangan yang "berasap" dan mulut yang mengeluarkan asap, tiba-tiba aku terdengar " herang aku sekarang kenapa polis sukak turung kasik bukulah apalah sama kita di steseng ini, kalau dulu-dulu kitak jumpa polis kalau mau kitak di samang, sekarang laing, !
"Ia ba,, aku sangka bas ku mau kenak cek, pasal memang botak ba tayarku, tambah seorang beliau yang sama-sama lepak sambil di depan mereka terhidang rokok suria, Premium dan ada satu beliau yang menggunakan Vape.!!!
" Kalau dulu jangangkang bosnya, paling-paling Sarsan Jimmy yang selalu datang di sini pasal memang banyak kawang nya di steseng. Mula ini tahung macang tuang OCPD ada tureung disini basekeng sama dareba, sempak lagi aku begambar". "Ini baru lah, endak tamberang jadi kitak tidak takuk sama polis , kalau ada apa-apa senang kitak kompeleng". " Dulu jangankan kita boleh basekeng sama ketua Polis, tengok kareta polispung macang lain perasaang". Tiba-tiba ada suara " Pakcik penuh sudah" dan ini telah menamatkan perbualan dan perbincangan mereka.
Begitulah sebahagian topik yang di bualkan yang saya rasa mereka adalah dari golongan pemandu-pemandu bas kerana semua mereka mengenakan pakaian berwarna biru dan agak seragan cuma perbezaan nya ada yang sudah kelihatan lusuh .
Mungkin ini adalah kejutan baru yang di bawa oleh tuan OCPD baru daerah Tawau dengan mendekatkan Pasukan polis dengan masyarakat setempat dalam mengubah persepsi masyarakat kepada pasukan Polis. Adalah di harapkan penhubungan di antara passukan Polis dan Masyarakat setempat akan sentiasa terjalin dengan arkabnya dalam memastikan jenayah dapat di benteras dan dapat di kurangkan dalam memastikan penduduk Tawau akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tenteram .
Salam dari Bumi Balung..
"Semuanya ada di Balung, Ada di Balung"..
No comments:
Post a Comment