4 May 2016

Dua kapal peronda TLDM sertai operasi menyelamat

kapal
gambar hiasan
Balungkini,KUALA LUMPUR ,4/5/2016– Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan aset termasuk dua buah kapal peronda miliknya iaitu Kapal Diraja (KD) Baung dan KD Jerung bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat empat penumpang di perairan Pulau Balambangan, Kudat.
Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (gambar) berkata, gerakan operasi tersebut dilancarkan selepas menerima laporan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung kehilangan bot berkenaan.
Katanya, operasi tersebut turut melibatkan aset milik swasta dan agensi keselamatan lain seperti Maritim Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat serta Pasukan Polis Marin. – UTUSAN

No comments: