11 May 2016

Persediaan PRU14 Diguna Hadapi PRK Kuala Kangsar





KUALA KANGSAR, 10 Mei – Persediaan rapi Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar sejak dua tahun lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diguna untuk berdepan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar tidak lama lagi.
Naib Ketuanya Rahayu Abd Rajak berkata berikutan itu pihaknya yakin tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menghadapi tentangan daripada pihak lawan semasa PRK itu.
Beliau diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengadakan mesyuarat khas pada 13 Mei ini bagi membincangkan PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.
PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing iaitu Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Komoditi serta Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Kedua-dua Anggota Parlimen itu antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lepas.

No comments: