Satu perjumpaan telah di adakan di antara Pemaju Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Masyarakat dan NGO Mukim Balung telah di adakan di Taman Sawit Balung. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memohon agar di buat satu "U' turn" yang dekat dan memudahkan semua penduduk Balung berurusan pada setiap hari.
Dari hasil pemerhatian setelah jalan dua hala ini siap sepenuhnya, jika seseorang dari Kampung Balung Cocos yang hendak ke Klinik kesihatan Balung mereka terpaksa melalui kira-kira 10 km perjalanan yang sebelum ini hanya 3 km jarak yang di gunakan kerana jarak U"turn yang disediakan sangat jauh dan ini menyulitkan serta menambahkan kos untuk penduduk Balung.
Lebih mendukacitakan ada ura-ura ada pengusaha pengangkutan terpaksa menaikkan kos tambang kerana kos operasi mereka meningkat dengan pembinaan u'turn yang sangat jauh dan menyulitkan penduduk Balung dalam urusan seharian.
Hasil dari perjumpaan ini satu ketetapan telah di capai dari semua ketua-ketua yang ada di Mukim Balung dan petisyen telah di tanda tangani untuk merayu kepada JKR supaya masalah penduduk Balung di ambil perhatian yang sewajarnya.
Setakat hari ini hampir ratusan penduduk Balung telah bersetuju dan menandatangani petisyen tersebut dan diharapkan lebih ramai lagi penduduk tampil untuk menyokong akan permohonan ini.
Kepada yang belum menandatangani dan belum mengetahui akan hal ini adalah di nasihat untuk berjumpa dengan ketua kampung ataupun pengerusi JKKK Kampung masing-masing seterusnya menyokong dan menanda tangani petisyen berkenaan.
Semuanya ada di Balung, ada di Balung.
No comments:
Post a Comment