30 Sept 2016

Umno P190 Tawau sentiasa dekati rakyat



Tidak semua dapat  di selesaikan dan tidak semua permasalahan yang ada di Kawasan dapat di atasi dengan segera kerana ada sesetengah perkara boleh di selesaikan segara dan ada yang memerlukan masa untuk mengatasinya.

Semua ini adalah asam garam dalam politik dan permasalahan yang mesti di hadapi oleh setiap ADUN dalam memastikan Kawasan sentiasa terjaga dan memuaskan hati semua penduduk yang ada . 

Saya adalah pengundi di Kawasan Parlimen P190 Tawau, kawasan yang di menangi oleh Barisan Nasional pada pemilihan yang lalu. Di Parlimen Tawau terdapat tiga DUN iaitu Apas, Sri Tanjung dan Balung.

Walaupun dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang di berikan oleh Parti pembangkang yang cuba mengambil peluang ianya tidak sedikitpun menggugat kesetian dan kesatuan ahli-ahli Umno Tawau. Natizen masih memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin yang ada sekarang untuk terus memimpin dalam memajukan ekonomi sosial dan segala keperluan masyarakat di daerah Tawau.

Dalam mengekalkan sokongan daripada ahli dan masyarakat khasnya orang Tawau, perbagai langkah telah di ambil dalam memastikan permasahan yang ada dapat di atasi dengan segera, keluhan-keluhan didengar dan permasalahan di  selesaikan.

Tidak di nafikan ada yang terlepas pandang dan ada juga yang tidak di selesaikan dengan segera tetapi segala langka positif sedang dan akan di jalankan dalam memastikan rakyat sentiasa terbela  dan selesa.

Apapun di dalam memastikan segala perancangan dapat di jalankan dengan rapi dan teratur, maklumbalas dari semua penduduk sangat-sangat di perlukan  kerana ianya sudah pasti dapat melancarkan dan memudahkan apa juga rancangan samada yang keci atau pun yang besar.

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

24 Sept 2016

30 tahun menabur bakti, sentiasa setia walaupun terpinggir,,!



Gambar Hiasan dan
bukan gambar sebenar
Memulakan kerjaya politik Bersama Parti Usno yang pada ketika itu di ketuai oleh Pangiran Hashim, di ikuti dengan Hj Ahmad Awang untuk DUN Balung yang di kuasai oleh Parti berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh dan kemudiannya Usno kalah sekali pada pilihanraya seterusnya.

Setelah Umno masuk ke Sabah yang pada ketika itu di gerakkan oleh YAB Tan Sri Sakaran Dandai maka bermulalah episod baru politik Negeri Sabah.

Pernah menjadi penaja semasa penubuhan Umno Semporna yang pada ketika itu Balung termasuk dalam Parlimen Semporna dan DUN N 47 Balung. Kalau saya tidak silap Tan Sri Sakaran pernah datang kerumah kongsi yang kami diami untuk berkempen dan Datuk Shafie Apdal yang dulunya menjadi ketua pemuda Umno Parlimen Semporna.

Sikap yang sentiasa setia terhadap kepemimpinan parti membuatkan dia sentiasa akur dan mengikuti apa saja yang di kehendaki oleh Parti pada ketika itu. Tak pernah meminta apa jua bantuan samada dari segi kewangan walaupun ada ketika nya dalam keadaan kritikal. itulah kesetiannya kepada parti dari dulu sehingga kini.

Seringkali di nafikan haknya bukannya dari Parti tetapi dari rakan-rakan yang sentiasa merebut apa saja jawatan dan apa jua peruntukan yang diturunkan untuk membantu orang-orang yang susah sepertinya tetapi ia tetap akur dalam mengatur langkah dalam politik tanah air ketika itu. Harapannya hanya satu, jika dia tak dapat terima bantuan cukuplah jika anak-anaka yang bakal terimanya kelak.

Sepanjang penglibatannya dalam politik hampir 30 tahun sejak zaman Usno dan dan Umno kini tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Umno hatta tangki biru yang sering membanggakan orang-orang kampung yang menerimanya. Itulah sebahagian kisah seseorang dalam gelombang politik tanah air khasnya di DUN Balung yang penuh dengan cerita ghaib dan misteri.

Pengajaran yang saya dapat di atas cerita di atas, dalam politik kena pandai mengipas, kena pandai membodek dan kena pandai mengambil yang bukan hak kita. Kroni sentiasa di utamakan dan di kaya kan tanpa menghiraukan yang hak..Keluarga sentiasa di utamakan  dalam apa jua jenis bantuan dan sebagainya. Kalau ada lebih, baru bagi yang lain

Kena pandai berbohong walaupun ianya di haramkan oleh islam tapi demi kelangsungan hidup dan demi servival dalam parti semua itu di ketepikan demi memuaskan hawa nafsu yang sedang membuak-buak.

Kronisma ada di mana-mana dari peringkat cawangan hinggalah di peringkat tertinggi parti menyebabkan orang luar semangkin bosan untuk menyertai mana-mana parti terutama nya golongan muda.

Kini beliau telah melahirkan empat orang anak dan empat orang menantu lagi untuk menjadi pengundi setia Parti, melahirkan  empat orang lagi yang bakal menjadi pak sanggup dalam segala hal demi menguatkan Parti tetapi itulah erti kesetiaan dan nilai kesetiaan yang di terima.

Apa pun inilah hakikat di dalam kepemimpinan parti, yang di bawah akan tetap di bawah selamanya dan tak mungkin akan berubah dan apa yang saya perhatikan kebanyakkan ahli yang ada di akar umbi menunjukkan kesetiaan yang sangat tinggi, walaupun tiada habuan dan tawaran ekonomi yang menguntungkan mereka tatap setia dan tatap mengundi sesiapa jua yang di pilih oleh parti.

Kesetiaan sangat penting tapi kerana setia juga diri sendiri yang terbiar oleh keadaan semasa dan kerakusan sesetengah pemimpin yang ada kini..

Selamat membaca,

Salam dari Bumi Balung.

Semuanya ada di balung ada di Balung.

19 Sept 2016

Keadaan Jalan sukarkan Penduduk & Pengunjung masuk dan keluar dari Taman Sawit Balung

kepada pengunjung dan penduduk Taman Sawit Balung Tawau adalah dinasihatkan untuk berhati-hati semasa masuk dan keluar dari Taman Sawit Balung Tawau.

Keadaan jalan masuk yang agak tinggi memungkinkan kereta yang masuk dan keluar akan tersangkut dan akan membuatkan kenderaan anda rosak.

Terdapat juga besi yang tak dapat dilihat oleh pemandu dan jika terlangar ianya mungkin akan membuatkan tayar kereta "pancit".

Jalan masuk yang tinggi , boleh sebabkan kereta  tersangkut

Jalan keluar dari Taman yang sangat tinggi, tidak sesuai untuk kereta yang keluar dan masuk

Besi yang boleh sebabkan tayar pancit di Jalan keluar Taman Sawit

Kereta kecil akan sangkut semasa masuk dan keluar dari Taman Sawit

Semuanya ada di balung ada di Balung......

DUN N55 Balung bertukar ke N67 Balung pada PRU 14 ?


Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N55 Balung yang berada di Kawasan Parlimen  P190 Tawau bakal bertukar nama ke N67 Balung  pada PRU 14 Negeri yang bakal menjelang tiba.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya DUN Kawasan Sabah telah pun diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Undangan negeri Sabah baru-baru ini. Kawasan DUN Balung yang dahulunya di kenali sebagai DUN N55 Balung kini bakal Bertukar Ke DUN N67 Balung sekiranya tiada bantahan dari mana mana pihak akan persempadanan semula Kawasan pilihanraya yang baru di cadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Di antara Pusat Daearah mengundi (PDM) yang ada dan yang baru di DUN Balung adalah;

  1. Kinabutan                       2,791 pengundi
  2. Andrassy                         1,632 pengundi
  3. Balung                            3,113 pengundi
  4. Kinabutan Besar             3,113 pendundi
  5. Bukit Quoin                     911 pengundi
  6. Ranggu                            1,337 pengundi
Jumlah terkini pengundi yang ada di DUN Balung adalah  13,119 pengundi.

Selamat membaca..

Semuanya ada di Balung ada di balung..







18 Sept 2016

Siapa selepas Datuk Syed Abas Syed Ali di DUN Balung pada PRU 14?

DUN Balung (Dewan Undangan Negeri) terletak di Parlimen P190 Tawau. Parlimen Tawau mempunyai tiga Kawasan DUN di antaranya ialah DUN N55 Balung , DUN N56 Apas dan DUN N 57 Sri Tanjung.

Seperti yang kita ketahui dengan apa yang tersebar di media masa dan media sosial DUN Balung yang di Wakili oleh Datuk Syed Abas Syed Ali selama dua penggal iaitu dari PRU 12 dan PRU 13 yang baru berlalu. Dalam pilihanraya DUN ke 13 beliau mendapat tentangan dari tiga parti pembangkang diantaranya ialah  SAPP, PKR dan calon dari Bebas. Dalam pilihanraya berkenaan  BN yang di wakili oleh UMNO telah memenangi kerusi DUN Balung dengan mejoriti yang sangat besar iaitu 5569 undian.

Atas rasa tanggungjawab yang tinggi dan keinginan untuk memberi peluang kepada calon-calon yang layak untuk menggantikan beliau, baru-baru ini beliau telah mengambil keputusan yang begitu menggemparkan iaitu beliau dengan rela hati untuk memberikan peluang kepada muka baru untuk menggantikan beliau sebagai ADUN pada PRU 14 jika tidak terpilih.(Baca rujukan disini).

Jika keadaan ini benar-benar terjadi siapakah yang layak untuk mengantikan beliau dari kalangan mereka-mereka yang berada di barisan tertinggi UMNO P190 Tawau. Menurut beberapa orang ahli UMNO yang saya temui mereka mengharapkan agar penggantinya nanti adalah mereka yang benar-benar mengutamakan pengundi dan sentiasa mendekati rakyat dalam apa juga keadaan. 

Dari tinjauan saya dari ahli-ahli Umno di akar umbi , ada dua nama yang menjadi sebutan dan mereka sangat-sangat menginginkan agar dua nama ini di berikan peluang untuk menggantikan ADUN Balung jika tidak terpilih lagi di PRU 14.

Nama pertama yang sentiasa menjadi sebutan ialah seorang yang berjawatan kanan dalam  Umno P190 Tawau. Sentiasa turun padang, membantu rakyat mengenal pasti apa jua yang dihadapi oleh Pengundi P190 Tawau kahsnya Pengundi Balung. Masih muda dan bertenaga untuk di beri pelung untuk menggalas  Jawatan ADUN Balung dan dekat dengan Ketua Menteri Sabah.

Penama Kedua yang begitu popular di kalangan Orang Balung ialah, beliau seorang lelaki dan pernah memegang jawatan kanan di DUN Balung dan telah berkhidmat dari zaman Usno dan baru-baru ini telah melepaskan jawatan berkenaan dan memberikannya kepada yang lebih muda.

Mungkin tidak payah saya sebutkan penama kedua-dua mereka kerana nama-nama mereka sememangnya menjadi sebutan dan bualan oleh pengundi Balung samada di kedai kopi, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.

Sama-samalah kita tunggu dan nantikan siapakah yang bakal terpilih dan menjadi ADUN Balung di PRU 14 kelak. Kita cuma mengharapkan agar pilihan nanti dapatlah menepati citarasa akar umbi dan sekalian pengundi yang ada di DUN Balung. Di harap dengan pemilihan yang tepat nanti dapat menguatkan barisan dan Kepimpinan UMNO Tawau khas nya DUN Balung di dalam memastikan Umno sentiasa dekat dihati rakyat dan sentiasa relevan dengan masyarakat yang ada kini.

Salam dari Bumi Balung....

Semuanya ada di balung ada di Balung..



11 Sept 2016

Pengorbanan Ahli Kuatkan Semangat Pemimpin Umno-H2O





masyuarat Agung Umno Parlimen P 190 Tawau telahpun berjalan dengan rasminya pagi tadi. Istimewanya masyuarat kali ini telah di rasmikan sendiri oleh YAB Datuk Hishamuddin  Hussein Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Naib Presiden Umno.

Didalam ucapannya beliau menekankan akan perlunya semangat setiakawan yang tinggi di samping kerjasama diantara ahli dan pemimpin tertinggi Parti  dalam memastikan Parti keramat ini terus  di beri kepercayaan oleh rakyat dan terus memerintah negara ini. Beliau juga meluahkan rasa terharu diatas pengorbanan yang telah di beri terutama dari ahli akar umbi kerana terus memberi kepercayaan kepada pemimpin yang sedia ada dalam menangkis segala tohmahan yang pembangkang  sengaja di ada-adakan.

 Sebelum itu ucapan alu-aluan di mulakan dengan  oleh Ketua Umno Bahagian P190 Tawau Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan seperti biasa beliau sentiasa menekan kan akan perlunya mengetahui fakta sebenar pembentukan Malaysia dan Sabah di dalam Malaysia. Sabah for Sabahan adalah satu cogankata yang begitu sangat tidak sesuai untuk rakyat Malaysia yang ada kini. Bayangkan jika semua negeri melaungkan kata-kata sedemikian ianya sudah pasti akan menyebabkan ketidakstabilan dan penghidupan masyarakat seharian seterusnya  akan mengganggu sistem politik di Malaysia.

Sudah pastinya Umno pusat akan sentiasa memberikan keutamaan kepada Negeri Sabah dalam menjamin Umno sentiasa kukuh dan terus mentadbir Malaysia yang tercinta dan seterusnya menjalankan segala perancangan jangka panjang yang telah di rancang...

Salam dari bumi Balung..

8 Sept 2016

Institusi Perbankan Islam Perlu Lebih Inovatif Perkenal Produk Pembiayaan





KUALA LUMPUR, 8 Sept – Institusi perbankan Islam di negara ini perlu lebih inovatif dalam memperkenalkan produk pembiayaan terutamanya pinjaman perumahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata inovasi itu perlu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan semua pihak serta menangani masalah pinjaman bagi projek perumahan terbengkalai.
“Inovasi produk yang ada hari ini seperti produk berkonsepkan perkongsian untung rugi iaitu ‘Musyarakah Mutanafisah’, bank dan pelanggan harus bersedia menanggung keuntungan dan risiko kerugian.
“Berbanding pembiayaan dahulu iaitu konvensional, kita hanya tahu hutang atau pinjaman antara bank dan pelanggan. Apa yang berlaku pada rumah itu, bank tidak pernah ambil tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan mengenai Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Seminar selama dua hari yang berakhir hari ini bertujuan menyediakan landasan kepada pihak berkepentingan berhubung isu projek perumahan
terbengkalai.

Usah Sabatoj Ekonomi Negara Dengan Sebarkan Maklumat Yang Salah



Baru-baru ini, terdapat satu siri mesej mengelirukan tersebar di Whatsapp mengenai ekonomi kita yang menyebabkan kebimbangan di kalangan sesetengah rakyat Malaysia.
2. Kebanyakan mesej ini berpusat pada Hutang Kerajaan semasa kita, yang mana pada nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 53.4% pada 30 Jun 2016. Nisbah ini mengukur berapa banyak hutang kerajaan kita ada berbanding dengan saiz KDNK kita.
Kebanyakan daripada kebimbangan dan tuduhan ini adalah bahawa nisbah kita terletak dekat dengan had 55% yang dikuatkuasakan sendiri yang ditetapkan oleh kerajaan BN dan jika kita melanggar had ini, Malaysia akan berada dalam bahaya.
Beberapa mesej tertentu yang lebih tidak bertanggungjawab malah mendakwa Malaysia akan bankrap jika kita melanggar tahap 55% ini.
3. KDNK adalah ukuran nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam satu tempoh. Dalam erti kata lain, ia boleh ditafsirkan sebagai saiz ekonomi kita.
4. Oleh kerana bertahun-tahun pertumbuhan ekonomi yang baik – terutama sejak tahun 2009 – KDNK tahunan semasa kita ketika ini dianggarkan bernilai RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016, ini adalah kira-kira 17 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 1986 dan kira-kira 3 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 2003.
Ia hanyalah logik bahawa jika pendapatan negara kita telah meningkat maka kita, dengan selesa, mampu untuk berhutang dengan lebih banyak dengan terma mutlak berbanding masa lalu apabila pendapatan kita tidak begitu tinggi.
5. Nisbah semasa Hutang kepada KDNK kita adalah sebanyak 53.4%, walaupun lebih tinggi daripada tahun 2007 pada 40.1%, masih dalam tahap yang boleh dikawal.
6. Tahap ini masih tidak tinggi jika dibandingkan dengan tahap yang bersejarah seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang kepada KDNK kita meningkat daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di atas paras 55% sehingga tahun 1994.
7. Oleh itu, adalah tidak logik bahawa jika Malaysia melanggar tahap 55% Hutang kepada KDNK, maka Malaysia akan “bankrap” atau ekonomi kita akan menghadapi masalah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Jika kita tidak muflis pada 103.4% pada tahun 1985, jadinya bagaimana kita akan menjadi muflis pada 55%?
8. Tahap hutang kita mesti dilihat berdasarkan pendapatan kita dan bukan hanya berdasarkan nilai mutlak.
Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya bernilai RM120,000 boleh meminjam RM60,000 dengan selesa untuk membeli kereta berbanding seorang lagi yang pendapatannya hanya RM6,000 setiap tahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.
Contoh ini secara kasar menunjukkan keadaan saiz ekonomi dan tahap hutang kita pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.
9. Pada peringkat semasa kita iaitu 53.4%, kita disenaraikan di tangga ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Tujuh puluh negara mempunyai nisbah yang lebih tinggi daripada kita termasuk negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, UK dan Singapura.
Seperti yang telah saya nyatakan, nisbah Hutang kepada KDNK semasa kita boleh dikawal dan ekonomi kita masih menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik sebanyak 5% bagi tahun 2015 dan 4.1% untuk separuh pertama 2016.
10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global keseluruhan yang tidak menentu, kerajaan kita tiada niat untuk melanggar had 55% ini dan akan terus menguruskan kewangan kita dengan penuh tanggungjawab.
11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakutkan yang akhirnya akan merosakkan keyakinan kedua-dua pelabur dan pengguna dalam ekonomi kita. Ini adalah serupa dengan mensabotaj ekonomi kita sendiri.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga tidak patut berkongsi atau menyebarkan maklumat yang salah dan propaganda tersebut.
12. Menurut maklumat yang diterima, pelan transformasi kerajaan kita terbukti berjaya dengan dasar-dasar yang baik yang kini menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kejayaan tersebut, sepanjang kita menempuh keadaan global yang tidak menentu ketika ini.
13. Saya tidak meragui bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat kita dan terus membangunkan Malaysia sepanjang kita menuju ke status negara berpendapatan tinggi.
Dato’ Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

satu

satu

7 Sept 2016

Kerajaan luluskan peruntukkan RM 33 juta bagi atasi masalah bekalan air di DUN Balung




TAWAU, 5 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Datuk Syed Abas Syed Ali bersedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata sekiranya tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon kawasan itu pada PRU14 nanti, beliau akan akur dan akan membantu individu yang dipilih sebagai calon.

"Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti ... kita perlu akur dan sekiranya saya tidak dipilih, saya tetap akan membantu mana-mana individu yang dicalonkan oleh parti," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Syed Abas yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata pemimpin silih berganti merupakan perkara biasa di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berpolitik dan yang penting adalah kesetiaan kepada parti.

"Pada zaman pemerintahan parti Berjaya, walaupun saya memenangi DUN Balung sebelum itu, saya tidak dicalonkan semula, tetapi saya tetap memberi sokongan kepada pengganti saya," katanya.

Syed Abas dipilih sebagai ADUN Balung pada 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga sekarang mewakili Barisan Nasional (BN) daripada UMNO.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan RM33 juta bagi menangani masalah bekalan air di beberapa kawasan di DUN Balung termasuk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu.

"Kami akan menyalurkan air dari loji Balung melalui Ranggu dan ke kawasan lain yang sering menghadapi masalah bekalan air" katanya.

Ketika ini, penduduk di Kampung Kongsi 8, Kongsi 10 dan Ranggu menerima bekalan air dari loji Utara, Tawau.

-- BERNAMA (Rujukan)

3 Sept 2016

Datuk Mary Yap MP P190 Tawau,bantulah selesaikan lah isu "U turn Balung"





Sabtu menjelma lagi di Pekan Balung yang menjanjikan  kitaran ekonomi bagi penjaja-penjaja kecil yang menjalankan perniagaan juga di takrifkan haram oleh pihak berkuasa tempatan yang di pertanggungjawab kan untuk memantau serta menyelia segala aktiviti yang di jalankan. Tapi atas keperluan untuk mengisi perut dan keperluan untuk menyekolahkan anak-anak segalanya di "langgar"  walau apa jua risiko yang menanti di hadapan.

Walaupun jalan dua hala yang di bina hampir siap dan sudah memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya khas nya orang Balung timbul satu permasalahan yang agak besar yang mungkin terlepas pandang semasa pembinaan nya.  

"U-Turn" Balung yang jaraknya 4 km dari yang asal, ini bermakna penduduk terpaksa menempuh 8 km perjalanan tambahan jika ingin ke Taman Sawit dan pesakit terpaksa melalui 8 km tambahan perjalanan  jika ingin mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan balung, dan pengusaha bas sekolah terpaksa menanggung kos minyak dengan jarak perjalanan yang bertambah.

Sejak pembinaan U turn yang jaraknya 4 km dari pekan Balung beberapa peniaga kecil yang berniaga di pekan tersebut sudah gulung tikar dan terpaksa balik kampung kerana pelanggan tak singgah , u turn yang jauh dan buang masa dan kos jika ingin singgah di pekan Balung. Keluhan Peniaga baca disini.

Tebaru tambang bas sekolah akan di naikkan sebanyak RM 10, ini bermakna tambang bas sekolah yang dulu nya RM 40 kini sudah jadi RM 50.  Menurut seorang suri rumah yang mempunyai tiga anak yang bersekolah dan menggunakan perkhidmatan Bas sekolah berkata " makcik ada tiga anak sekolah, sekarang tambang naik RM 10, bermakna kos tambang makcik naik RM 30, kalau dulu RM 30 saya boleh beli beras sebanyak 15 kilo untuk anak makan sekarang terpaksa bayar bas sekolah, tambah lagi belanja"

Saya juga sempat menemui seorang pengusaha Bas sekolah dan dia menyatakan bahawa jarak perjalanan sudah bertambah sebanyak 8 Km setiap perjalanan dan bermakna mereka menambah 8 km X 2=16 km tambahan perjalanan sejak U turn baru di bina.

Apa yang di harapkan disini ialah situasi menang-menang di antara peniaga kecil, pengguna , pengusaha bas sekolah dan murid-murid sekolah yang menggunakan jalan tersebut. Puncanya hanya lah satu iaitu U turn yang ada sekarang sangat jauh dan ianya betul-betul menyusahkan semua penguna dan penduduk yang ada di Balung.

Oleh yang demikian orang Balung mengharapkan agar Ahli Parlimen P190 Tawau dapat turun padang dan menyelami permasalahan yang penduduk hadapi .

Ini lah masanya jika ahli Parlimen yang orang Balung sudah pilih datang membantu dan membina segera U turn yang memudahkan semua pihak menggunakan nya.

Harapan dari kami , YB  Mary Yap Kain Ching datang dan menyelesaikan permasalahan yang penduduk Balung alami iaitu segerakan U turn baru untuk memudahkan penduduk dan pengguna jalan Balung.

Semuanya ada di balung ada di Balung..




‘Duit Kopi’ Beli Rumah : Tindakan Dap Enggan Buat Siasatan Amat Menghairankan




NIBONG TEBAL, 2 Sept – UMNO Pulau Pinang melahirkan rasa amat kehairanan dengan sikap Dap selaku kerajaan negeri yang tidak mahu menjalankan siasatan dalaman apabila kes perlakuan rasuah melibatkan bapa kepada seorang Adun Dap berikutan tersebar video mengenainya di media sosial didedahkan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, walaupun Dap dan Kerajaan Negeri tidak menafikan perkara ini berlaku dan ia jelas melibatkan bapa kepada seorang Adun dari Dap namun sikap kepimpinan negeri yang enggan menyiasat perkara ini seperti ada yang mahu disembunyikan.
“UMNO Pulau Pinang menggesa Dap untuk tidak bersikap ‘double standard’ bila ada pendedahan yang dibuat berkaitan perlakuan rasuah yang melibatkan anggota parti itu dan juga ahli keluarga terdekat pemimpin atau wakil rakyat Dap.
“Kita juga mengalu-ngalukan tindakan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlakunya kutipan ‘duit kopi’ daripada pemohon-pemohon perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang diagihkan Kerajaan Negeri yang melibatkan bapa kepada seorang Adun Dap ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini.
Tambah beliau, kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang belum pun mula dibicarakan di Mahkahmah dan kini rakyat negeri ini dikejutkan pula dengan dakwaan perlakuan rasuah oleh bapa kepada seorang Adun Dap.
Pendedahan ini katanya lagi membuktikan bahawa perlakuan rasuah masih berlaku secara berleluasa walaupun Dap mendakwa mereka bersih dan telus menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang.
“UMNO Pulau Pinang difahamkan banyak kes serupa dilakukan oleh pihak-pihak lain tetapi pihak pembeli ataupun pemohon perumahan Kerajaan Negeri terlibat enggan tampil untuk membuat laporan polis atau SPRM kerana mereka masih menaruh harapan akan ditawarkan rumah oleh Kerajaan Negeri pada masa hadapan.
“Sehubungan itu UMNO Pulau Pinang turut menggesa SPRM untuk menyiasat secara menyeluruh dakwaan-dakwaan lain yang melibatkan pemberian wang kopi untuk mendapatkan tawaran rumah daripada Kerajaan Negeri,” katanya.
Justeru itu beliau menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang telah memberikan sokongan kepada Dap sebelum ini agar memikirkan semula sokongan mereka kepada parti itu yang telah terbukti sebenarnya tidak sebersih, sejujur dan seamanah yang mereka lagukan. – MediaUMNO

2 Sept 2016

Kerajaan Sabah Terus Komited Tingkat Pendidikan Tinggi Negara – Musa





KOTA KINABALU, 1 Sept – Kerajaan negeri akan terus komited dan sentiasa memberi kerjasama dalam membantu segala usaha ke arah kemajuan dan peningkatan tahap pendidikan tinggi negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata sejak Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwujudkan, pembangunan dan kemajuan negeri ini telah bergerak seiring terutama dalam menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar.
“Implikasi positifnya juga telah memberi nilai tambah dan peningkatan taraf hidup serta ekonomi masyarakat sekitarnya.
“Pendek kata, UMS telah menjana satu transformasi pembangunan pesat dalam tempoh yang sangat pantas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji seramai 4,579 mahasiswa baharu UMS bagi sesi 2016/2017 di Dewan Canselor universiti itu di sini hari ini.
Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa, Musa yang juga Pro Canselor UMS berpesan supaya mereka bersedia dengan keadaan baharu yang lebih mencabar.
“Paling penting adalah harus berdikari dalam mendapatkan ilmu kerana para pensyarah hanya membimbing dan membuka jalan. Apabila berada di menara gading, semua harus disiapsiagakan dan sentiasa bergerak pantas,” tambahnya.
Sementara itu, bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, Ketua Menteri mengajak mahasiswa bersama-sama memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama ini.
“Syukuri nikmat ini sepenuhnya kerana siswa dan siswi yang ada ini merupakan generasi yang akan mewarisi dan meneruskan kesinambungan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang kita cintai,” katanya.
Musa berkata kesejahteraan dan kejayaan negara tidak datang dengan mudah kerana ia merupakan hasil pelaksanaan dasar dan program pembangunan kerajaan, penglibatan sektor swasta dan sokongan padu rakyat.

Faham Isu Sebenar, Jangan Ikut Perasaan Geram Kerana Khabar Angin

KUALA LUMPUR, 1 Sept – “Jangan sesekali ikut perasaan geram… semua orang buat silap.. semua orang buat salah tetapi kesalahan dan kesilapan ini perlu kita perbetulkan bersama. Kita kena faham… jangan hanya dengar cakap orang. Sebagai contoh 1MDB tidak sepatutnya menjadi masalah…
“Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan bukan kerana saya Menteri Besar dan ini pandangan saya. Ini cerita kat atas-atas dan biarlah mereka yang jernihkan. kita di bawah sampai nak bergelumang di dalam lumpur kenapa?”, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hasan.
Menjelaskan lagi, beliau seterusnya menegaskan 1MDB merupakan satu daripada cara untuk untuk pastikan pemilikan oleh negara.
“Kita ambil semula… ingat tak dahulu semasa mesyuarat tiap perwakilan pada perhimpunan agung kita mengecam kerajaan kerana kita bagi IPP kepada sayarikat tertentu dengan syarat yang paling menarik sekali sehinggakan Petronas pun menggesa supaya kerajaan membatalkan semula perjanjian IPP ini dan ini yang dibuat oleh kerajaan dengan mengambil alih semula IPP ini melalui syarikat Edra.
“Bila kerajaan tidak buat apa-apa kita marah tetapi apabila kerajaan memiliknegarakan melalui 1MDB dan menjadi milik negara orang kita pula marah. Itu pun kadang-kadang saya tidak faham,“ katanya.
Katanya lagi isu 1MDB hari ini umpama kisah George Soros yang popular pada tahun 1997 dan 1998.
“Macam dulu zaman 1997 dan 1998 Tun Dr Mahathir kata George Soros bantai kita dan kita pun cakap George Soros macam kita kenal beliau. Sikit-sikit George Soros dan satu hari lima enam kali cakap George Soros.
“Entah-entah jika George Soros lalu depan mata pun belum tentu kenal. Kita tidak tahu hujung pangkal… biarlah pemimpin kita yang selesaikan. Keruh di hulu, di hululah kita jernihkan…kita kat hilir macam mana nak jernihkan… Insya Allah tidak ada keruh yang tidak akan jernih. Tidak ada simpul yang tidak boleh dileraikan. Tidak ada masalah yang kita tidak boleh selesaikan,” ujarnya.
Tambah beliau lagi tohmahan sesetengah pihak kononnya kepimpinan yang ada hari ini tidak pandai menerajui negara adalah satu perkara yang jauh tersasar.
“Kita tidak ada masalah struktur. Umpamanya kalau bangunan masalahnya bumbung sahaja yang bocor sebab kena ribut dan itu boleh diganti. Masalah kita sekarang ini sebab apa… sebab pangkal serambi tercabut sekeping. Kita boleh tambah…kita boleh ganti atap baharu.
“Kita tidak ada masalah tiang tengah dah reput makan dek anai-anai. Kita tidak ada masalah umpama bangunan tinggi dia punya struktur utama dah patah dan bangunan nak rebah….bukan…kita tidak ada masalah.
“Kalau daripada sudut ekonomi negara kita sebuah negara yang kukuh. Kalau sentuh akaun semasa ada lebihan. Yang mereka cakap pemimpin tidak pandai tadbir negara sebab bajet kita defisit tidak betul.
“Kalau pendapatan kita satu tahun 300 bilion kalau nak jadi ‘champion’ Datuk Najib buatlah 300 bilion perbelanjaan…jadi ‘balance’ la…300 bilion pendapatan dan 300 bilion perbelanjaaan..apa ada masalah.
“Kalau nak dipuji oleh orang lagi…pendapatan 300 bilion belanja 280 bilion sudah tentu ada lebihan 20 bilion… tidak ada masalah. Mengapa kita dapat 300 bilion dan kita nak belanja 350 bilion…defisit 50 bilion sebab kita nak buat sekolah, jalan raya dan sebagainya untuk rakyat. Ini yang kita buat. Sebab apa kita berani untuk buat bajet yang defisit sebab kita yakin dan kita tahu boleh uruskan negara,” katanya. -MediaUMNO