8 Sept 2016

Institusi Perbankan Islam Perlu Lebih Inovatif Perkenal Produk Pembiayaan





KUALA LUMPUR, 8 Sept – Institusi perbankan Islam di negara ini perlu lebih inovatif dalam memperkenalkan produk pembiayaan terutamanya pinjaman perumahan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata inovasi itu perlu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan semua pihak serta menangani masalah pinjaman bagi projek perumahan terbengkalai.
“Inovasi produk yang ada hari ini seperti produk berkonsepkan perkongsian untung rugi iaitu ‘Musyarakah Mutanafisah’, bank dan pelanggan harus bersedia menanggung keuntungan dan risiko kerugian.
“Berbanding pembiayaan dahulu iaitu konvensional, kita hanya tahu hutang atau pinjaman antara bank dan pelanggan. Apa yang berlaku pada rumah itu, bank tidak pernah ambil tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan mengenai Projek Perumahan Terbengkalai di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Seminar selama dua hari yang berakhir hari ini bertujuan menyediakan landasan kepada pihak berkepentingan berhubung isu projek perumahan
terbengkalai.

No comments: