18 Sept 2016

Siapa selepas Datuk Syed Abas Syed Ali di DUN Balung pada PRU 14?

DUN Balung (Dewan Undangan Negeri) terletak di Parlimen P190 Tawau. Parlimen Tawau mempunyai tiga Kawasan DUN di antaranya ialah DUN N55 Balung , DUN N56 Apas dan DUN N 57 Sri Tanjung.

Seperti yang kita ketahui dengan apa yang tersebar di media masa dan media sosial DUN Balung yang di Wakili oleh Datuk Syed Abas Syed Ali selama dua penggal iaitu dari PRU 12 dan PRU 13 yang baru berlalu. Dalam pilihanraya DUN ke 13 beliau mendapat tentangan dari tiga parti pembangkang diantaranya ialah  SAPP, PKR dan calon dari Bebas. Dalam pilihanraya berkenaan  BN yang di wakili oleh UMNO telah memenangi kerusi DUN Balung dengan mejoriti yang sangat besar iaitu 5569 undian.

Atas rasa tanggungjawab yang tinggi dan keinginan untuk memberi peluang kepada calon-calon yang layak untuk menggantikan beliau, baru-baru ini beliau telah mengambil keputusan yang begitu menggemparkan iaitu beliau dengan rela hati untuk memberikan peluang kepada muka baru untuk menggantikan beliau sebagai ADUN pada PRU 14 jika tidak terpilih.(Baca rujukan disini).

Jika keadaan ini benar-benar terjadi siapakah yang layak untuk mengantikan beliau dari kalangan mereka-mereka yang berada di barisan tertinggi UMNO P190 Tawau. Menurut beberapa orang ahli UMNO yang saya temui mereka mengharapkan agar penggantinya nanti adalah mereka yang benar-benar mengutamakan pengundi dan sentiasa mendekati rakyat dalam apa juga keadaan. 

Dari tinjauan saya dari ahli-ahli Umno di akar umbi , ada dua nama yang menjadi sebutan dan mereka sangat-sangat menginginkan agar dua nama ini di berikan peluang untuk menggantikan ADUN Balung jika tidak terpilih lagi di PRU 14.

Nama pertama yang sentiasa menjadi sebutan ialah seorang yang berjawatan kanan dalam  Umno P190 Tawau. Sentiasa turun padang, membantu rakyat mengenal pasti apa jua yang dihadapi oleh Pengundi P190 Tawau kahsnya Pengundi Balung. Masih muda dan bertenaga untuk di beri pelung untuk menggalas  Jawatan ADUN Balung dan dekat dengan Ketua Menteri Sabah.

Penama Kedua yang begitu popular di kalangan Orang Balung ialah, beliau seorang lelaki dan pernah memegang jawatan kanan di DUN Balung dan telah berkhidmat dari zaman Usno dan baru-baru ini telah melepaskan jawatan berkenaan dan memberikannya kepada yang lebih muda.

Mungkin tidak payah saya sebutkan penama kedua-dua mereka kerana nama-nama mereka sememangnya menjadi sebutan dan bualan oleh pengundi Balung samada di kedai kopi, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.

Sama-samalah kita tunggu dan nantikan siapakah yang bakal terpilih dan menjadi ADUN Balung di PRU 14 kelak. Kita cuma mengharapkan agar pilihan nanti dapatlah menepati citarasa akar umbi dan sekalian pengundi yang ada di DUN Balung. Di harap dengan pemilihan yang tepat nanti dapat menguatkan barisan dan Kepimpinan UMNO Tawau khas nya DUN Balung di dalam memastikan Umno sentiasa dekat dihati rakyat dan sentiasa relevan dengan masyarakat yang ada kini.

Salam dari Bumi Balung....

Semuanya ada di balung ada di Balung..



No comments: