KUALA LUMPUR, 1 Sept – “Jangan sesekali ikut perasaan geram… semua orang buat silap.. semua orang buat salah tetapi kesalahan dan kesilapan ini perlu kita perbetulkan bersama. Kita kena faham… jangan hanya dengar cakap orang. Sebagai contoh 1MDB tidak sepatutnya menjadi masalah…
“Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan bukan kerana saya Menteri Besar dan ini pandangan saya. Ini cerita kat atas-atas dan biarlah mereka yang jernihkan. kita di bawah sampai nak bergelumang di dalam lumpur kenapa?”, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hasan.
Menjelaskan lagi, beliau seterusnya menegaskan 1MDB merupakan satu daripada cara untuk untuk pastikan pemilikan oleh negara.
“Kita ambil semula… ingat tak dahulu semasa mesyuarat tiap perwakilan pada perhimpunan agung kita mengecam kerajaan kerana kita bagi IPP kepada sayarikat tertentu dengan syarat yang paling menarik sekali sehinggakan Petronas pun menggesa supaya kerajaan membatalkan semula perjanjian IPP ini dan ini yang dibuat oleh kerajaan dengan mengambil alih semula IPP ini melalui syarikat Edra.
“Bila kerajaan tidak buat apa-apa kita marah tetapi apabila kerajaan memiliknegarakan melalui 1MDB dan menjadi milik negara orang kita pula marah. Itu pun kadang-kadang saya tidak faham,“ katanya.
Katanya lagi isu 1MDB hari ini umpama kisah George Soros yang popular pada tahun 1997 dan 1998.
“Macam dulu zaman 1997 dan 1998 Tun Dr Mahathir kata George Soros bantai kita dan kita pun cakap George Soros macam kita kenal beliau. Sikit-sikit George Soros dan satu hari lima enam kali cakap George Soros.
“Entah-entah jika George Soros lalu depan mata pun belum tentu kenal. Kita tidak tahu hujung pangkal… biarlah pemimpin kita yang selesaikan. Keruh di hulu, di hululah kita jernihkan…kita kat hilir macam mana nak jernihkan… Insya Allah tidak ada keruh yang tidak akan jernih. Tidak ada simpul yang tidak boleh dileraikan. Tidak ada masalah yang kita tidak boleh selesaikan,” ujarnya.
Tambah beliau lagi tohmahan sesetengah pihak kononnya kepimpinan yang ada hari ini tidak pandai menerajui negara adalah satu perkara yang jauh tersasar.
“Kita tidak ada masalah struktur. Umpamanya kalau bangunan masalahnya bumbung sahaja yang bocor sebab kena ribut dan itu boleh diganti. Masalah kita sekarang ini sebab apa… sebab pangkal serambi tercabut sekeping. Kita boleh tambah…kita boleh ganti atap baharu.
“Kita tidak ada masalah tiang tengah dah reput makan dek anai-anai. Kita tidak ada masalah umpama bangunan tinggi dia punya struktur utama dah patah dan bangunan nak rebah….bukan…kita tidak ada masalah.
“Kalau daripada sudut ekonomi negara kita sebuah negara yang kukuh. Kalau sentuh akaun semasa ada lebihan. Yang mereka cakap pemimpin tidak pandai tadbir negara sebab bajet kita defisit tidak betul.
“Kalau pendapatan kita satu tahun 300 bilion kalau nak jadi ‘champion’ Datuk Najib buatlah 300 bilion perbelanjaan…jadi ‘balance’ la…300 bilion pendapatan dan 300 bilion perbelanjaaan..apa ada masalah.
“Kalau nak dipuji oleh orang lagi…pendapatan 300 bilion belanja 280 bilion sudah tentu ada lebihan 20 bilion… tidak ada masalah. Mengapa kita dapat 300 bilion dan kita nak belanja 350 bilion…defisit 50 bilion sebab kita nak buat sekolah, jalan raya dan sebagainya untuk rakyat. Ini yang kita buat. Sebab apa kita berani untuk buat bajet yang defisit sebab kita yakin dan kita tahu boleh uruskan negara,” katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment