Gambar Hiasan dan bukan gambar sebenar |
Memulakan kerjaya politik Bersama Parti Usno yang pada ketika itu di ketuai oleh Pangiran Hashim, di ikuti dengan Hj Ahmad Awang untuk DUN Balung yang di kuasai oleh Parti berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh dan kemudiannya Usno kalah sekali pada pilihanraya seterusnya.
Setelah Umno masuk ke Sabah yang pada ketika itu di gerakkan oleh YAB Tan Sri Sakaran Dandai maka bermulalah episod baru politik Negeri Sabah.
Pernah menjadi penaja semasa penubuhan Umno Semporna yang pada ketika itu Balung termasuk dalam Parlimen Semporna dan DUN N 47 Balung. Kalau saya tidak silap Tan Sri Sakaran pernah datang kerumah kongsi yang kami diami untuk berkempen dan Datuk Shafie Apdal yang dulunya menjadi ketua pemuda Umno Parlimen Semporna.
Sikap yang sentiasa setia terhadap kepemimpinan parti membuatkan dia sentiasa akur dan mengikuti apa saja yang di kehendaki oleh Parti pada ketika itu. Tak pernah meminta apa jua bantuan samada dari segi kewangan walaupun ada ketika nya dalam keadaan kritikal. itulah kesetiannya kepada parti dari dulu sehingga kini.
Seringkali di nafikan haknya bukannya dari Parti tetapi dari rakan-rakan yang sentiasa merebut apa saja jawatan dan apa jua peruntukan yang diturunkan untuk membantu orang-orang yang susah sepertinya tetapi ia tetap akur dalam mengatur langkah dalam politik tanah air ketika itu. Harapannya hanya satu, jika dia tak dapat terima bantuan cukuplah jika anak-anaka yang bakal terimanya kelak.
Sepanjang penglibatannya dalam politik hampir 30 tahun sejak zaman Usno dan dan Umno kini tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Umno hatta tangki biru yang sering membanggakan orang-orang kampung yang menerimanya. Itulah sebahagian kisah seseorang dalam gelombang politik tanah air khasnya di DUN Balung yang penuh dengan cerita ghaib dan misteri.
Pengajaran yang saya dapat di atas cerita di atas, dalam politik kena pandai mengipas, kena pandai membodek dan kena pandai mengambil yang bukan hak kita. Kroni sentiasa di utamakan dan di kaya kan tanpa menghiraukan yang hak..Keluarga sentiasa di utamakan dalam apa jua jenis bantuan dan sebagainya. Kalau ada lebih, baru bagi yang lain
Kena pandai berbohong walaupun ianya di haramkan oleh islam tapi demi kelangsungan hidup dan demi servival dalam parti semua itu di ketepikan demi memuaskan hawa nafsu yang sedang membuak-buak.
Kronisma ada di mana-mana dari peringkat cawangan hinggalah di peringkat tertinggi parti menyebabkan orang luar semangkin bosan untuk menyertai mana-mana parti terutama nya golongan muda.
Kini beliau telah melahirkan empat orang anak dan empat orang menantu lagi untuk menjadi pengundi setia Parti, melahirkan empat orang lagi yang bakal menjadi pak sanggup dalam segala hal demi menguatkan Parti tetapi itulah erti kesetiaan dan nilai kesetiaan yang di terima.
Apa pun inilah hakikat di dalam kepemimpinan parti, yang di bawah akan tetap di bawah selamanya dan tak mungkin akan berubah dan apa yang saya perhatikan kebanyakkan ahli yang ada di akar umbi menunjukkan kesetiaan yang sangat tinggi, walaupun tiada habuan dan tawaran ekonomi yang menguntungkan mereka tatap setia dan tatap mengundi sesiapa jua yang di pilih oleh parti.
Kesetiaan sangat penting tapi kerana setia juga diri sendiri yang terbiar oleh keadaan semasa dan kerakusan sesetengah pemimpin yang ada kini..
Selamat membaca,
Salam dari Bumi Balung.
Semuanya ada di balung ada di Balung.
No comments:
Post a Comment