Tidak semua dapat di selesaikan dan tidak semua permasalahan yang ada di Kawasan dapat di atasi dengan segera kerana ada sesetengah perkara boleh di selesaikan segara dan ada yang memerlukan masa untuk mengatasinya.
Semua ini adalah asam garam dalam politik dan permasalahan yang mesti di hadapi oleh setiap ADUN dalam memastikan Kawasan sentiasa terjaga dan memuaskan hati semua penduduk yang ada .
Saya adalah pengundi di Kawasan Parlimen P190 Tawau, kawasan yang di menangi oleh Barisan Nasional pada pemilihan yang lalu. Di Parlimen Tawau terdapat tiga DUN iaitu Apas, Sri Tanjung dan Balung.
Walaupun dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang di berikan oleh Parti pembangkang yang cuba mengambil peluang ianya tidak sedikitpun menggugat kesetian dan kesatuan ahli-ahli Umno Tawau. Natizen masih memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin yang ada sekarang untuk terus memimpin dalam memajukan ekonomi sosial dan segala keperluan masyarakat di daerah Tawau.
Dalam mengekalkan sokongan daripada ahli dan masyarakat khasnya orang Tawau, perbagai langkah telah di ambil dalam memastikan permasahan yang ada dapat di atasi dengan segera, keluhan-keluhan didengar dan permasalahan di selesaikan.
Tidak di nafikan ada yang terlepas pandang dan ada juga yang tidak di selesaikan dengan segera tetapi segala langka positif sedang dan akan di jalankan dalam memastikan rakyat sentiasa terbela dan selesa.
Apapun di dalam memastikan segala perancangan dapat di jalankan dengan rapi dan teratur, maklumbalas dari semua penduduk sangat-sangat di perlukan kerana ianya sudah pasti dapat melancarkan dan memudahkan apa juga rancangan samada yang keci atau pun yang besar.
Semuanya ada di Balung ada di Balung..
No comments:
Post a Comment