27 Feb 2017

Datuk Nizam bersama Kelab Penyokong M.Utd Tawau saksikan perlawanan bola



Jaringan awal pada minit ke 19' oleh penyerang terbaik pasukan Manchester United mengamatkan suasana apabila laungan daripada penyokong bergema walaupun ianya hanya di tonton melalui skrin TV. Bertempat di salah sebuah restoran terletak di Batu 3 Jalan Apas tawau sememangnya menjadi port utama kepada penyokong setia pasukan bola sepak manchester United  untuk sama-sama berkumpul bilamana setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka bermain.

Dengan segala dekorasi dan kelengkapan yang ada di dalam kedai
tersebut adalah berwarna merah dan bertemakan pasukan kesayangan mereja menjadikan tempat tersebut menjadi tempat yang sesuai untuk menonton apabila pasukan bola sepak Manchester United bermain. Turut hadir pada malam itu ialah tidak lain dan tidak bukan peminat nombor 1 pasukan Manchester United iaitu Datuk Nizam Abu Bakar titingan yang merupakan penaung kepada Kelab peminat Manchester United daerah Tawau.

Aktiviti sebegini sangat baik, di samping merapatkan silaturrahim diantara sesama peminat , ianya juga dapat mengelakkan gejala-gejala yang kurang sihat seperti penggunaan dadah dan sebagainya. 

Di akhir perlawanan pada malam tadi, pasukan Manchester United telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3 berbalas 2  mengalahkan pasukan  Southamton. Yang paling menarik Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 87' dan yang paling menariknya Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan gol pada setiap perlawanan yang dia bermain untuk pasukan nya.


Salam dari Bumi Balung..


Semuanya ada di Balung ada di Balung.....


26 Feb 2017

DSP Musa Aman, Ketua Menteri terbaik buat Sabah dan Sabahan





Siapa bilang pemimpin tertinggi kami di negeri Sabah tidak hebat dan siapa cakap beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri Sabah dengan baik dan berkesan.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan di dalam memastikan Sabah  terus berdaya saing dan terus  dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada warganya ianya bukan halangan untuk ketua menteri Sabah untuk terus mencurahkan tenaga, untuk terus menabur bakti seterusnya memakmurkan negeri Sabah dan sekalian penduduk negeri Sabah.

Tidak nafikan sememangnya ada bahagian yang terlepas pandang menyebabkan ianya tidak dapat di atasi atau di selesaikan tetapi ianya bukanlah alasan  untuk tidak buat kerja, tetapi itu adalah cabaran kepada YAB Ketua Menteri sendiri untuk terus memastikan segala agenda dan rancangan kerajaan dapat di jalankan dengan sempurna dan berkesan.

Maklumbalas, samada yang positif  maupun yang negatif sangat-sangat di perlukan dari penduduk sekalian di dalam membantu JKM(Jabatan ketua menteri) untuk terus memastikan tiada yang ketinggalan di dalam menikmati segala kemudahan yang kerajaan sudah dan akan sediakan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat terutama penduduk-penduduk Sabah.

Sesungguhnya Ketua Menteri yang ada kini iaitu DSP Musa Hj Aman, masih di perlukan kepakaran nya, masih di dahagakan nasihatnya nya dan sangat di perlukan kebolehan nya dalam mengurus tadbir negeri Sabah yang sememangnya di iktiraf di peringkat Nasiaonal di dalam pengurusan sumber dan simpanan tunai  sehinggakan Sabah salah sebuah negeri yang mempunyai simpanan tunai yang terbanyak jika di bandingkan dengan negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung , ada di Balung....

25 Feb 2017

Aku menulis bukan kerana nama.(Undingkoko)




Sudah hampir 5 tahun balungkini@blogspot.com di tubuhkan dan sudah hampir 5 tahun juga saya berkarya mengutarakan permasalahan yang di alami terutama penduduk Balung dan Tawau am nya. Semua ini saya lakukan tanpa arahan dan tanpa bayaran dari sesiapa untuk melahirkan semua tulisan dan nukilan yang saya sudah terbitkan ataupun pos kan ke media masa terutama sekali blog, tweeter dan facebbbok.

Terlalu banyak rintangan, cabaran dan cemuhan yang saya terima kerana sering mengutarakan permasalahn yang rakyat hadapi dan tidak kurang juga yang cuba mengugut  dan melemparkan saya dengan kata-kata yang agak kesat sehinggakan kadang-kadang saya terasa sunggu tercabar dan teringin mengundurkan diri dari aktiviti yang saya lakukan sekarang. Akan tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan saya teruskan jua usaha untuk mengetengahkan segala keburukan , kebaikan , kemajuan , kemunduran yang telah di buat oleh pihak kerajaan maupun dari parti pembangkang dengan tujuan supaya pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera dan juga rakyat jelata tahu apa pembangunan yang kerajaan sudah bawa dan akan buat terutama di Kawasan DUN Balung dan daerah Tawau.

Pada saya dengan kudrat yang saya ada dan dengan kemampuan yang saya ada, saya tetap akan meneruskan tulisan-tulisan walaupun terkadang ianya tidaklah popular di mata pihak yang berkenaan tetapi atas rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap sesama insan dan sasama penduduk terutama nya orang Tawau saya teruskan jua walaupun berat hati untuk melaksanakan nya.

Doa dan harapan saya pohon kepada pembaca sekalian yang tidak serik-serik memberikan kata-kata semangat agar saya dapat mengutarakan segala tulisan yang benar dan tidak berat sebelah agar dapat menyumbang kepada kemajuan dari segi ekonomi, dan sosial  kepada daerah dan orang-oran Tawau.

Selamat berhari Sabtu..

Salam  dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung.....

( Restoran Hameed Firdaus , 4.30 pm)



Aktiviti Datuk Tawfiq di hari Sabtu



Kelmarin saya tengok beliau seakan masih di Kota Kinabalu dan hari ini pula sudah sampai di Kampung Bukit Quoin Tawau , sebuah Kampung yang agak jauh jaraknya dari bandar Tawau. Kalau menaiki kereta sendiri ianya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai dan kalau naik pengankutan awam ianya mengambil masa 1 jam ke 1 jam 15 minit untu sampai ke kampung ini. Dengan jaringan jalanraya yang sudah berturap dapatlah menjimatkan masa, kos kerusakan kenderaan dan dapat mengurangkan risiko kemalangan dari berlaku.

Kampung Bukit Quoin mempunyai satu sekolah yang di panggil
SK Bukit Quoin Tawau dan sekolah ini mula beroperasi sekitar tahun 70 an dan pada permulaan nya hanya memiliki 6 bilik darjah yang di perbuat dari papan yang di ambil dari hutan yang berdekatan. Kini SK Bukit Quin telah mendap[at bangunan konkrik  dan dapat menempatkan pelajar dalam keadaan yang selesa. walaupun sekolah ini berada di awasan yang di kategorikan luar bandar tetapi ianya bukanlah halangan untuk para pelajar dan sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan dalam akedemik dan terbukti Sekolah ini telah mendapat keputusan yang sangat baik pada peperiksaan UPSR 2016 dan tersenarai sekolah terbaik di daerah Tawau dan Negeri Sabah.

Didalam mengekalkan pencapaian sekolah ini di dalam bidang akedemik satu program telah di jalankan bagi memastikan pelajar dapat mencapai apa yang di inginkan oleh setiap ibu bapa, sekolah dan pelajar itu sendiri. Dengan kesedaran yang tinggi dan komitmen dari Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah ini, satu program motivasi telah di adakan bagi mencapai matlamat tersebut. program ini di namakan Program Motivasi Ibu Baba. Program kali ini telah di rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah dan di harap dengan kehadiran Menteri itu sendiri ianya dapat membakar semangat ibu bapa serta pelajar agar mengutamakan pendidikan dan mengutamakan pelajaran dan peperiksaan yang bakal dihadapi tidak lama lagi. "Hanya pendidikan dan ilmu yang dapat merubah status ekonomi sesebuah keluarga dan hanya kerjasama murid, ibubapa dan guru saja yang boleh memastikan pencapaian akedemik akan di capai dengan tahap yang sangat maksima, jangan terlalu di fikir dan mendegar  pengaruh-pengaruh anasir luar yang hanya pandai cakap dan lansung tiada membantu penduduk-prnduduk kampung" kata Datuk Tawfiq semasa merasmikan acara tersebut.

Adalah lah di harapkan kerjasama dua hala di antara guru dan ibubapa, ibubapa dan pemimpin setempat dapat terus terjalin di dalam memastikan pelajar mendapat keputusan yang terbaik  dan menjadi insan yang cemerlang kelak seterusnya mendari tenaga sumber manusia yang berpendidikan, berpengetahuan di dalam mencapai negara maju dan penduduk yang berilmu pengetahuan.


Salam dari Bumi Balung...


Semuanya ada di Balung ada di Balung...


Aktiviti harian ADUN N56 Apas




Inilah rutin mingguan bagi seorang yang bergelar "Yang Berhormat" dan Menteri Belia Dan Sukan Sabah. Masa yang ada di
gunakan sepenuhnya untuk menjalankan tugas yang rakyat telah amanahkan kepadanya di dalam memastikan rakyat selesa, terbela dan mendapat kemudahan serta kemajuan seperti di tempat-tempat yang lain.

Walaupun masa yang ada sangat mencemburui tetapi dengan pengaturan masa yang sebaiknya beliau dapat mengatur dan menghadiri segala program yang sudah di atur samada di peringkat Negeri, daerah dan kawasan yang mana beliau telah diamanahkan oleh rakyat iaitu Kawasan DUN N 56 Apas.

Adalah di harapkan pemimpin sebegini yang rajin turun padang ,
selalu berjumpa rakyat dan sentiasa komited dengan tugas yang di amanahkan di kekalkan dan sentiasa di bantu dalam memastikan segala agenda-agenda Kerajaan dapat di jalankan dengan jaya nya agar rakyat selesa dan terbela di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada kini.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

24 Feb 2017

1200 anak muda di Jelajah Tranformasi Nasional 2050(TN50) UMS Sabah

Sesi dialog Jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi merupakan siri jelajah pertama bagi TN50 peringkat negeri Sabah dan ianya merupakan satu sesi yang sangat berjaya, dihadiri oleh 1200 anak muda dari seluruh negeri Sabah.


Diantara aspirasi yang mahu dilihat 30 tahun akan datang ialah dari sudut pembangunan yang lebih seimbang bagi memastikan pelan perancangan peringkat negeri dan TN50 berjalan dengan seiring.

Juga menyentuh kemudahan asas pengangkutan dan
lebih memberi penekanan pembangunan bistari. Sebagai contoh Jurang antara bandar dan luar bandar di Sabah diseimbangkan terutamanya daripada segi infrastruktur. 

Siri jelajah seterusnya juga ingin mendengar
aspirasi orang muda di negeri Terengganu dan berharap rakan-rakan belia dapat hadir bersama pada 27 Feb bertempat di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun.

Siaran secara live siri jelajah dialog #TN50 peringkat negeri Terengganu juga boleh ditonton melalui facebook.com/mytn50 pada hari tersebut.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku #TN50

#KhairyJamaluddin
#MusaAman

Pemimpin baru harapan orang Balung



Walaupun sibuk dengan tugas-tugas seharian sebagai ketua Setiausaha kepada YAB ketua Menteri Sabah ianya bukan lah halangan buat Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan merangkap Naib ketua Umno Bahagian P190 Tawau untuk menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Zon Apas.
Kebetulan sekolah yang di jadikan lokasi berlansungnya acara pada kali ini iaitu SK Kinabutan Tawau adalah merupakan Sekolah angkat kepada Datuk
Nizam sendiri  sejak kira-kira sepuluh tahun yang lalu sehinggalah kehari ini.

Ramai pemimpin tak kira dari Pemimpin kerajaan maupun pemimpin dari pihak Pembangkang hanya turun menemui rakyat dan merasmikan majlis-majlis rasmi samada di sekolah-sekolah dan sebagainya hanya turun ke padang bila ada pilihanraya dan pengumuman penting yang
hendak di sampaikan kepada rakyat tetapi berlainan dengan Datuk Nizam. Beliau bukan lah “Yang Berhormat Kawasan” bukan juga wakil rakyat, bukan juga melobi untuk dipilih untuk menjadi wakil rakyat di kawasan Balung, tetapi dari pemerhatian kasar saya sejak PRU 13 yang sudah berlalu beliau tidak jemu-jemu untuk berjumpa rakyat, tidak jemu-jemu untuk mengetahui permasalahan yang rakyat hadapi, sehinggalah kini usaha itu tetap beliau buat dengan harapan rakyat akan sentiasa selesa dan terbela sebagai warga Sabah.

Jika anda mempunyai rakan-rakan guru yang berada di DUN Balung dan sekolah-sekolah yang ada di sekitar daerah TAwau, cuba Tanya , apakah
sumbangan yang Datuk Nizan pernah berikan untuk sekolah berkenaan? Sudah pastinya sumbangan yang di berikan tidaklah sebanyak mana, tapi atas kapasitinya  sebagai NAib Ketua Umno Bahagian Tawau setidak-tidaknya sumbangan yang beliau lakukan dapat meringankan dan memudahkan para pelajar dan sekolah yang pernah mendapat sumbangan dari beliau.
Adalah di harapkan insan sebegini seperti Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan di berikan ruang dan peluang untuk menjadi Pemimpin dan ADUN  Balung, untuk meneruskan kesinambungan ADUN yang sudah sedia ada dan sememangnya pembangunan yang di bawa oleh ADUN sekarang tidak dapat di nafikan tetapi dengan nafas baru serta tenaga baru memungkinkan akan lebih banyak lagi pembangunan yang di bawa ke kawasan Balung seterusnya menjadikan Balung satu Pekan yang membangun dari segi pasarana setaraf dengan tempat-tempat lain yang  sudah maju dan mempunyai kemudahan yang sangat lengkap.

Salam dari Bumi Balung ..


Semuanya ada di Balung aa di Balung..

21 Feb 2017

UMNO Tawau sedia sepenuhnya hadapi PRU 14



Umno Tawau sememangnya sudah cukup bersedia untuk mengharungi PRU 14 yang sedikit masa lagi akan menjelma. Di bawah kepemimpinan Datuk Tawfiq DSP Abu BAkar Titingan sebagai ketua Umno Bahagian Tawau, DSP Syed Abas Syed Ali sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan semua barisan tertinggi kepemimpinan Umno Tawau sememangnya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan Pembangkang di PRU kali ini.

Uniknya Umno Tawau sudah mula berkempen dan menemui rakyat jelata yang berada di kawasan sejak memenangi Kerusi pada PRU 13 yang lalu. Mandat yang rakyat berikan pada Pilihanraya 13 yang lalu bukanlah di gunakan untuk menikmati kejayaan sebaliknya di gunakan untuk berjumpa rakyat serta menyelesaikan apa saja masalah yang di hadapi agar rakyat selesa dan terbela di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Jadi kepada calon yang ingin mencuba nasib di DUN Apas adalah di alu-alukan kerana ini adalah Negara demokerasi dan tiada halangan kepada sesiapa yang igin mencuba nasib di DUN Apas. 

Umno P190 tawau sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya 14 pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

Datuk Nizam, pilihan orang Balung di PRU 14.





Assalamualaikum dan Salam sejahtera, selamat pagi salam ceria untuk pembaca setia blog Balungkini yang tidak jemu-jemu untuk berkunjung ke laman web saya tanpa rasa jemu. terimakasih juga di ucapkan kepada pembaca yang selalu memberikan saranan dan komen-komen yang positif dalam memastikan blig ini sentiasa menghidangkan berita dan cerita-carita yang menarik dalam memastikasn pekan Balung sentiasa terkedepan dalam apa jua situasi terutamanya pasaranah dan sebagainya.

Semalam saya hanya melihat dan membaca entry di FB dan memberikan sedikit komen serta pandangan terhadapp beberapa entry yang menarik dan ianya berkaitan dengan kawasan yang berada di sekitar Tawau dan Balung khasnya. Ada yang positif dan tidak kurang yang negatif, tapi apa yang di inginkan ialah komen-komen ikhlas dari semua di dalam memastikan tiada isu yang  dapat diselesaikan hanya kerana terlepas pandang.

Saya sangat tertarik dengan satu entry di facebook dengan ekaun yang bernama Mohd Ahmad Masran . Dengan rasa yang begitu bersemangat dan penuh keyakinan dan beliau memaparkan gambar Datuk  Nizam DSP Abu BAkar titingan dengan catitan yang berbunyi;

Datuk Nizam dsp Abubakar titingan.
Umno mampu untuk menang PRU14 akan datang. 
tidak akan gentar hadapi saingan parti lawan. 
Strategi yang tersusun akan dipastikan setiap rancangan menepati sasaran.

#Salamsehatisejiwa."

Nada nya begitu besemangat, harapan nya begitu tinggi agar Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan di berikan ruang dan peluang  untuk menjadi Calon pada PRU 14 yang sudah kedengaran bakal muncul dalam masa yang terdekat. 

Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan adalah Ketua Setiausaha  kepada ketua menteri Sabah dan merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Tawau dan Kini adalah Naib Ketua Umno Bahagian P190 Tawau. Kalau di lihat pengalaman beliau di dalam arena politik tempatan kita tidak boleh menafikan  kerana telah berkecimpung lebih kurang 25 tahun semenjak Umno masuk ke Sabah.

Bila sebut saja nama Datuk Nizam terutamanya di DUN Balung seperti di Balung, Quoin Hill, Ranggu, Andrasy, Kg Blok 31, Kg Kinabutan dan semua kawasan yang berada di DUN Balung sudah pastinya penduduk dapat mengenali bukan saja raut wajahnya tetapi melalui sumbangan yang telah di berikan olehnya di setiap kawasan yang ada di DUN Balung. Walaupun beliau bukanlah ADUN bagi Kawasan Balung tetapi beliau akan turun ke lapangan pada setiap hujung minggu dan sudah pastinya bagi memastikan permasalahan yang penduduk hadapi dapat di selesaikan.

Saya ada bertemu dengan seorang guru di salah sebuah sekolah yang berada di DUN Balung dan bertanya tentang DAtuk dan cikgu ituberkata " baik Datukni, apa-apa juga keperluan sekolah ni dia bantu termasuk tambang budak-budak sukan, makan minum dewan, pentas sekolah dan banyak lagi lah< belum dia jadi ADUN dia selalu datang kesini, apalagi kalau sudah jadi ADUN tetaplah di selalu datang ke sini. Harap dia   di berikan peluang ni kali sebab banyak sudah bantuan nya di sekolah kami".



 Rata-rata yang berkomen di entry ini memberikan komen yang sangat positif dan mengharapkan dia di berikan ruang dan peluang untuk menabur bakti dan memberikan seluruh tenaganya untuk memastikan Balung sentiasa terkedepan dalam semua aspek termasuk pendidikan dan sosial .

Dengan perwatakan nya begitu merendah mudah di dekati dan sentiasa mendekati orang balung kuat bekerja sudah pastinya Balung akan bertambah maju, aman makmur seperti yang ada kini dan meneruskan visi serta misi ADUN yang ada kini yang sememangnya tidak dapat di nafikan pencapaian nya.


"Salam dari Bumi Balung"





"semuanya ada di Balung ada di Balung"

14 Feb 2017

Adakah pemimpin sebegini ?



"Ramai yang ingin jadi pemimpin tetapi adakah bakal pemimpin itu boleh  dan mampu melakukan perkara seperti di bawah" :-

1). Tidak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.

2). Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (mengambil tindakan mengikut situasi semasa).

3). Mampu membantu melahirkan Generasi modal insan pelapis.

4). Boleh "menyerang" pihak lawan sambil tetap memberi kebahagiaan dan kenikmatan.

5). Walau terjadi pergeseran antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.

6). Setelah mencapai kejayaan, kembali bersikap menunduk, tidak berbesar kepala serta mengecilkan @ merendah diri. Tidak membangga dengan kejayaan.

Sudah pasti kita akan sentiasa dikenang oleh lawan sebagai pemimpin yg super power.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung..

11 Feb 2017

YDP sarankan murid SK Balung Tawau pakai lampin pakai buang semasa ke sekolah!!!



Pelajar-pelajar SK Balung Kokos adalah di galakkan untuk memakai lampin pakai buang semasa datang ke sekolah, demikian inti pati ucapan yang di Dertua  Persatuan Ibu bpa dan guru SK Balung Tawau. Ini kerana hanya satu buah tandas sahaja yang ada di sekolah ini dan ianya di gunakan oleh hamper 800 orang murid.

Setelah saya memerhati sendiri apa yang di ucapkan oleh YDP Sk Balung Tawau dan mendapati ianya adalah benar seperti yang diucapkan. Keadaan nya sangat teruk, sangat usang dan sangat busuk. Ianya juga seakan tidak sesuai digunakan di zaman yang serba canggih dan sereba moden pada masa ini.
Tandas lelaki yang ada

Menurut seorang guru yang saya temui berkata, keadaan tandas memang sangat daif, sangat kotor dan ramai murid yang sanggup menahan kencing dan berak semata-mata takut dan tidak mau menggunakan tandas yang begitu menyeramkan kepada murid dan pelajar sekolah berkenaan.

Seorang bekas pelajar SK Balung yang saya temui berkata, tandas itu sudah wujud hampir 20 tahun dahulu dan hampir sama dengan keadaan nya seperti sedia kala cuma yang membezakan, dahulu ada 4 buah yang boleh di gunakan dan kini hanya tinggal satu saja dan di kongsikan oleh hamper 800 orang murid.

Justeru itu adalah diharapkan pihak yang berwajib mengambil berat serta mengambil tidakan serta-merta dalam mengatasi permasalahan yang sekolah ini hadapi. Di khabarkan juga ramai murid yang membuang air kecil bukan di tempat yang di sediakan kerana takut dan ngeri untuk masuk dan menggunakan tandas yang pihak sekolah sediakan.

PIBG sekolah seharusnya memainkan peranan dalam mengatasi permasalahan yang sekolah ini hadapi di dalam memastikan murid selesa semasa berada di persekitaran sekolah. Mungkin beberapa kaedah yang boleh di buat diantaranya mengutip “bantuan kewangan dari ibu bapa, dari sector perladangan yang berada di sekitar sekolah dan orang-orang perseorangan yang sudi untuk membantu dalam mengatasi permasalahan ini.

Tringat kata-kata orang dulu, tandas bersih bermakna orang punya rumah adalah orang yang mengutamakan kebersihan, itu kalau rumah. Kalau sekolah tak ada tandas yang sesuai untuk di gunakan untuk pelajar sekolah apa pula?

Selamat membaca,,

Salam dari bumi Balung..


Semuanya ada di balung ada di Balung..



8 Feb 2017

Kemasukan ke IPTA/ ILKA/ POLITEKNIK Sesi 2017/2018



Kepada lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf, kemasukan ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) / ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) / Matrikulasi dan Politeknik bagi Sesi Akademik 2017/2018 perlulah melalui permohonan Secara Online yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum itu, para pemohon mesti memahami prosedur permohonan serta perlu sentiasa peka dengan setiap maklumat dan informasi terkini yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Panduan Penting

Berikut adalah 5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahui dan dilakukan tindakan untuk membuat permohonan Kemasukan IPTA secara Online (atas talian) 2017


1. Persediaan Awal
Pastikan pemohon memilih bidang dan kursus yang betul serta pilihan pusat pengajian yang bertepatan dengan kelayakan dan minat. Ini berikutan terdapatnya lebih dari 1000 program yang ditawarkan dipelbagai pust pengajian.

2. Kenal Pasti Tarikh Penting.
Pemohon mestilah sentiasa peka dan ingat akan tarik-tarikh penting disepanjang proses permohonan kerana tindakan mesti diambil segera dan tanpa tertinggal.
3. Semak Syarat-Syarat Kemasukan
Penting bagi pemohon memahami dan menepati setiap kriteria atau garis panduan yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kemasukan kerana kesilapan tidak mematuhinya akan membuatkan permohonan anda gagal.
4. Mengisi Borang Secara Online
Permohonan ke pusat pengajian tinggi hanya dibuka secara atas talian atau online.
5. Dapatkan maklumat terkini dan semasa yang tepat dan sahih. 
  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline:  (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)

6 Feb 2017

Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2017/2018 untuk Pelajar SPM & STPM



*Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2017/2018*

*06 February* 
Perrmohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA

*30 March* 
Jualan unik ID BSN DITUTUP

 *31 March*  
Permohonan UPUOnline DITUTUP

*09 Apr ~ 15 Apr*
Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

*21 May ~ 27 May*
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

 *21 May ~ 27 May*
Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

 *21 May ~ 27 May*
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

*28 May ~ 31 May* 
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

*11 Jun ~ 17 Jun*
Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf

*28 May -31 May*
Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf

 *18 Jun -24 Jun*  
Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

  *12 June*
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA

 *22 June* 
Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

*06 Aug-12 Aug*
Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf

*06 Aug-12 Aug*
Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

*13 Aug-19 Aug*
Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

 *27 Aug -31 Aug* 
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

*17 Sep - 23 Sep* 
Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf

Rujuk di sini

4 Feb 2017

50 tahun berlalu, persahabatan tetap kekal dan abadi..




Perkenalan mereka bermula kira-kira  50 tahun dahulu bertempat di sebuah kem kayu balak yang  bernama kalabakan. Pada ketika itu kebanyakan pendatang dari Indonesia termasuk ayah saya datang ke Tawau semata-mata untuk mencari kelebihan dari segi ekonomi dan rata-rata  dari mereka berhajat untuk berkerja dan mengumpul duit di Tawau dan balik semula ke Indonesia untuk meneruskan penghidupan.

Ketika bekerja di kem kayu balak berkenaan, ayah saya ditempatkan di sebuah 'kongsi' yang baru dibina untuk  penempatan para pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Pada waktu berkenaan keadaan sudah pastinya sangat sukar di tambah lagi baru sampai ke Tawau dan segalanya pasti kekurangan termasuklah bahan makanan dan segala kemudahan yang asas. Tapi itu semuanya bukanlah penghalang untuk para pekerja di kem berkenaan untuk terus meneruskan penghidupan diri serta keluarga masing-masing.

Menurut ayah saya  dia di tempatkan di sebuah kongsi yang
mengandungi sepuluh "kamar" dan di tempat kan  betul-betul di hujung kongsi berkenaan. Di hujung kongsi berkenaan terdapat satu keluarga yang sudah mempunyai isteri serta anak-anak. Menurut bapa saya, keluarga ini sangat baik dan selalu membantu bapa saya dalam apa jua keadaan walaupun di dalam keadaan susah dan senang. Apa yang saja juadah yang keluarga itu hidangkan sudah pasti ayah saya akan merasa hidangan berkenaan. "Tiap-tiap pagi saya di buatkan air dan di sediakan bekal untuk di bawa ke tempat kerja". Menurut ayah saya, isteri dan suami keluarga tersebut sangat baik dan pada ketika di kejauhan di tengah kem kayu balak hanya keluarga berkenaan menjadi tempat mengadu suka dan duka maklum saja berada di perantauan. Dalam keluarga berkenaan juga ada seorang insan yang ayah saya panggil "Sammeng". Dia inilah yang selalu datang atau menghantar makanan kerumah ayah sambil menemani ayah saya jika tidak kerja. Maklum saja di Kem keadaan sangat sunyi dan pada ketika itu mungkin belum ada kemudahan letrik seperti sekarang.

Setelah saya di lahirkan dan membesar, ayah saya selalu menceritakan tentang seorang budak yang bernama "Sammeng" yang sangat bijak pada ketika itu, ayah saya selalu memberikan dia sebagai contoh dalam apa juga yang saya lakukan, tapi di pikiran saya, manalah lah saya kenal orang tu jadi saya mendengar umpama masuk telinga kiri dan keluar di telinga kanan. Sehinggalah pada suatu ketika saya terjumpa nama yang selalu ayah saya sebut di satu group whatapp. Alhamdulillah dia masih mengenali ayah saya  dan sanagt berhajat untuk berjumpa dan bersua muka.

Alhamdulillah akhirnya dengan hajat yang ikhlas dan penuh rasa bersungguh-sungguh perjumpaan ini dapat di realisasikan setelah hampir 50 tahun berlalu.Tuan Hj Saman dan isteri telah berkunjung kerumah saya. Hati saya terasa sangat sebak kerana jurang sudah agak jauh tetapi itu bukan lah alasan untuk mereka berjumpa sambil mengamit segala kenangan yang mereka lalui bersama-sama kira kira 50 tahun dahulu. Sehingga topik" Kacang goreng menjadi topik yang terhangat".Perbualan seperti keadaan sama 50 tahun dulu walaupun terdapat sedikit kekangan di atas faktor kesihatan.

Pada saya , Sahabat bukan mereka yang menghampirimu ketika perlu, namun mereka yg tetap bersamamu ketika seluruh dunia menjauh..
Persahabatan tidak mungkin terjalin secara otomatik tetapi memerlukan proses yang panjang, seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
“Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh.. Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan yang menghapusnya".
Doaku semoga persahabatan dan perjumpan ini menjadi satu titik permulaan untuk meneruskan ikatan di masa kini dan di masa akan datang. Tiada kata-kata yang terindah untuk dapat saya ungkapkan  di coretan ini kecuali...
"Saya sangat terharu tuan dan isteri sudi berjumpa dengan ayah saya dan bertandang ke teratak buruk saya atas nama persahabatan yang sejati, semoga allah sentiasa memberkati"..

Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung..


1 Feb 2017

Musa Aman , Pemimpin kesayangan Warga Sabah








Nunu habal? Balik dari bantuan banjir di Pitas, singgah makan jagung bakar Kampung Mangaris 2. Turun dari kereta, nenek Rumidau Kago terus memeluk dan menyapa penuh gembira. Moga sihat dan panjang umur beliau kita ni.