Pelajar-pelajar
SK Balung Kokos adalah di galakkan untuk memakai lampin pakai buang semasa datang
ke sekolah, demikian inti pati ucapan yang di Dertua
Persatuan Ibu bpa dan guru SK Balung Tawau. Ini kerana hanya satu buah
tandas sahaja yang ada di sekolah ini dan ianya di gunakan oleh hamper 800
orang murid.
Setelah
saya memerhati sendiri apa yang di ucapkan oleh YDP Sk Balung Tawau dan
mendapati ianya adalah benar seperti yang diucapkan. Keadaan nya sangat teruk,
sangat usang dan sangat busuk. Ianya juga seakan tidak sesuai digunakan di
zaman yang serba canggih dan sereba moden pada masa ini.
Tandas lelaki yang ada |
Menurut
seorang guru yang saya temui berkata, keadaan tandas memang sangat daif, sangat
kotor dan ramai murid yang sanggup menahan kencing dan berak semata-mata takut
dan tidak mau menggunakan tandas yang begitu menyeramkan kepada murid dan
pelajar sekolah berkenaan.
Seorang
bekas pelajar SK Balung yang saya temui berkata, tandas itu sudah wujud hampir
20 tahun dahulu dan hampir sama dengan keadaan nya seperti sedia kala cuma yang
membezakan, dahulu ada 4 buah yang boleh di gunakan dan kini hanya tinggal satu
saja dan di kongsikan oleh hamper 800 orang murid.
Justeru
itu adalah diharapkan pihak yang berwajib mengambil berat serta mengambil
tidakan serta-merta dalam mengatasi permasalahan yang sekolah ini hadapi. Di
khabarkan juga ramai murid yang membuang air kecil bukan di tempat yang di
sediakan kerana takut dan ngeri untuk masuk dan menggunakan tandas yang pihak
sekolah sediakan.
PIBG
sekolah seharusnya memainkan peranan dalam mengatasi permasalahan yang sekolah
ini hadapi di dalam memastikan murid selesa semasa berada di persekitaran
sekolah. Mungkin beberapa kaedah yang boleh di buat diantaranya mengutip “bantuan
kewangan dari ibu bapa, dari sector perladangan yang berada di sekitar sekolah
dan orang-orang perseorangan yang sudi untuk membantu dalam mengatasi
permasalahan ini.
Tringat
kata-kata orang dulu, tandas bersih bermakna orang punya rumah adalah orang
yang mengutamakan kebersihan, itu kalau rumah. Kalau sekolah tak ada tandas
yang sesuai untuk di gunakan untuk pelajar sekolah apa pula?
Selamat
membaca,,
Salam
dari bumi Balung..
Semuanya
ada di balung ada di Balung..
No comments:
Post a Comment