Sudah hampir 5 tahun balungkini@blogspot.com di tubuhkan dan sudah hampir 5 tahun juga saya berkarya mengutarakan permasalahan yang di alami terutama penduduk Balung dan Tawau am nya. Semua ini saya lakukan tanpa arahan dan tanpa bayaran dari sesiapa untuk melahirkan semua tulisan dan nukilan yang saya sudah terbitkan ataupun pos kan ke media masa terutama sekali blog, tweeter dan facebbbok.
Terlalu banyak rintangan, cabaran dan cemuhan yang saya terima kerana sering mengutarakan permasalahn yang rakyat hadapi dan tidak kurang juga yang cuba mengugut dan melemparkan saya dengan kata-kata yang agak kesat sehinggakan kadang-kadang saya terasa sunggu tercabar dan teringin mengundurkan diri dari aktiviti yang saya lakukan sekarang. Akan tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan saya teruskan jua usaha untuk mengetengahkan segala keburukan , kebaikan , kemajuan , kemunduran yang telah di buat oleh pihak kerajaan maupun dari parti pembangkang dengan tujuan supaya pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera dan juga rakyat jelata tahu apa pembangunan yang kerajaan sudah bawa dan akan buat terutama di Kawasan DUN Balung dan daerah Tawau.
Pada saya dengan kudrat yang saya ada dan dengan kemampuan yang saya ada, saya tetap akan meneruskan tulisan-tulisan walaupun terkadang ianya tidaklah popular di mata pihak yang berkenaan tetapi atas rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap sesama insan dan sasama penduduk terutama nya orang Tawau saya teruskan jua walaupun berat hati untuk melaksanakan nya.
Doa dan harapan saya pohon kepada pembaca sekalian yang tidak serik-serik memberikan kata-kata semangat agar saya dapat mengutarakan segala tulisan yang benar dan tidak berat sebelah agar dapat menyumbang kepada kemajuan dari segi ekonomi, dan sosial kepada daerah dan orang-oran Tawau.
Selamat berhari Sabtu..
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung.....
No comments:
Post a Comment