- Sebelum memohon untuk membeli kediaman PR1MA, anda perlu melengkapkan pendaftaran secara online melalui laman web rasmi kami. Pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah yang terkini serta aktif.
- Semua permohonan untuk membeli hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi PR1MA. Pihak PR1MA tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil untuk menjual atau membuat tempahan. PRIMA juga tidak menerima deposit atau bayaran pendahuluan untuk permohonan.
- Pemilik kediaman PRIMA haruslah mendiami kediaman PRIMA mereka dan akan dikenakan morotarium selama 10 tahun. Ini bermaksud pemilik tidak boleh menjual, menyewa atau menukar hak milik kediaman PR1MA selama 10 tahun dari tempoh pemilikan.
- Semua kandungan lukisan projek ini adalah berdasarkan tanggapan artis. Segala maklumat di dalam ini adalah tertakluk pada perubahan tanpa pemberitahuan awal jika sebarang perubahan dikehendaki oleh pihak berkaitan, arkitek pemaju atau ejen dilantik serta tidak boleh digunakan sebagai tawaran.
- Rujukan lanjut disini
29 Feb 2016
Miliki rumah impian di PR1MA @ Ranggu Tawau.
PR1MA @Ranggu Tawau siapa cepat dia dapat
- Buka akaun dan cipta kata laluan
- Isi borang pendaftaran
- Pilih 5 lokasi impian anda
- Muat naik dokumen-dokumen seperti berikut:
- Bekerja
Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata gaji terkini - Bekerja sendiri/perniagaan sendiri
Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata bank terkini
- Bekerja
- Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
- Terima e-mel pengesahan permohonan
- PR1MA akan memaklumkan anda apabila terdapat pembangunan PR1MA yang dibuka untuk permohonan di lokasi pilihan anda
- Rujukan disini
PR1MA @ Ranggu Tawau sediakan rumah untuk yg berpendapatan > RM 2500, jangan lepaskan peluang
Kepada rakan-rakan yang ingin memiliki rumah sendiri adalah di jemput hadir ke PR1MA @ Ranggu yang di khaskan untuk penduduk Tawau
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.
SKIM RENT-TO-OWN
"Rent-to-Own" (RTO) adalah program Sewa Milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam pengundian untuk Kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank panel PR1MA.
Di bawah skim RTO, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.
Pemohon boleh memilih antara skim PR1MA Basic RTO atau PR1MA Zero RTO.
PR1MA Basic RTO
Bayaran bulanan: Sewa + Akaun Simpanan Pembeli (ASP)
Kadar sewa bulanan termasuk caruman simpanan yang dikumpul di dalam Akaun Simpanan Pembeli sebagai dana untuk penyewa membeli kediaman PR1MA tersebut kelak.
Jika penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, jumlah simpanan penyewa akan dipulangkan semula selepas bayaran yang dikenakan oleh PR1MA ditolak.
PR1MA Zero RTO
Bayaran bulanan: Sewa
Bayaran bulanan hanyalah untuk sewa kediaman PR1MA sahaja tanpa sebarang caruman simpanan. Sekiranya penyewa memilih untuk keluar daripada skim RTO tanpa membeli kediaman PR1MA tersebut, tiada bayaran balik akan diberi.
Jika penyewa memilih untuk membeli kediaman PR1MA tersebut, penyewa perlu mendapatkan pembiayaan penuh daripada bank panel PR1MA atau mana-mana institusi kewangan yang lain.
Kadar Sewa RTO
- Kadar sewa bagi kedua-dua skim dikira berdasarkan bayaran ansuran perumahan. Sewa bagi skim PR1MA Zero RTO adalah lebih rendah berbanding dengan PR1MA Basic RTO.
22 Feb 2016
Bangsa lain pakai robot petik buah epal, kita masih guna tulang 4 kerat potong buah sawit!!
Isu 'Bangla" yang di katakan bakal datang ke Malaysia untuk di jadikan tenaga kerja menjadi perhatian oleh rata-rata rakyat Malaysia. Ada yang menganggap ianya satu yang positif dan tidak kurang pula yang berpendapat sebaliknya.
Bagi kami penduduk Sabah mungkin isu ini tidaklah seberapa menarik perhatian kami kerana sudah hampir 45 tahun saya dilahirkan dan di besarkan di Sabah belum pernah sekali lagi saya melihat ada warga Bangladesh yang bekerja dalam bidang 3D iaitu sukar, bahaya dan kotor di Sabah Negeri di Bawah Bayu.
Jika dikatakan Belia malas untuk bekerja dalam bidang yang di nyatakan diatas, sememangnya ia tidak benar dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah industri minyak dan Gas terdapat di Sabah semua kerja-kerja 3D banyak diisi oleh belia-belia warga tempatan Sabah.
Saya sudah berkhidmat dalam bidang perladangan hampir 25 tahun dan serba sedikit saya memahami akan kekurangan belia tempatan yang kurang berminat menceburkan diri dalam bidang perladangan. Beberapa perkara yang menyebabkan golongan belia tidak berminat menceburkan diri dalam bidang perladangan diantaranya ialah:
1) Gaji yang di Tawarkan kurang menarik dan tidak setimpal, sebagai contoh gaji warga import dan warga tempatan adalah sama dan ini menyebabkan warga tempatan tidak berminat.
2) Warga import sanggup kerja sehingga 12 jam sehari maklum saja kedatangan mereka ke bumi Sabah memang semata-mata ingin mencari rezeki untuk menyarah keluarga yang ada di kampung halaman masing-masing menyebabkan ramai majikan memilih untuk menggaji pekerja import.
3) Dokumen pekerja import di pegang oleh majikan masing-masing dan ini menyukarkan mereka untuk beriadah dan hanya menumpukan pada kerja masing-masing hinggakan ada majikan yang memaksa pekerja import ini untuk bekerja di musim perayaan dan cuti-cuti umum.
kerajaan juga seharusnya mencari idea bagaimana untuk menarik golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perladangan yang sememangnya memerlukan tulang enpat kerat dalam melakukan tugas seharian. kenapa tidak kita memikirkan untuk mencipta alat yang memudahkan pekerja menuai hasil sawit ataupun menoreh getah. Kenapa Jepun boleh mencipta robot untuk memasang perlatan sekecil-kecil jam tangan dan sebagai nya secara atomatik dan kenapa Russia dan Amerika boleh melancarkan roket ke orbit dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh?
Bukan juga memperkecilkan jurutera dan mereka yang terbabit dalam bidang ini tapi sudah tiba masanya Warga Malaysia menuju ke negara berteknologi tinggi dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja luar dalam kerja-kerja 3D. Sudah tiba masanya Malaysia mencipta satu alat yang boleh mengurangkan tenaga dalam memotong buah sawit dan sudah sampai waktunya pekerja Malaysia hanya mengunakan komputer riba dalam mengurus dan menuai hasil ladang masing-masing. Tiada uyang mustahil kerana bangsa lain sudah buktikan dan tiada yang boleh menghalang jika kita berusaha tanpa jemu dan fokus kepada masalah yang di hadapi kini.
Orang lain boleh , kenapa warga Malaysia tak boleh...
Semuanya ada di balung ada di Balung..
20 Feb 2016
Sekolah Agama Negeri Balung Tawau Dapat Bangunan baru, tiga bilik darjah.
Akhirnya apa yang di impikan oleh penduduk Balung Tawau akan terlaksana dalam masa yang terdekat ini. Jika selama ini para ibubapa dan pelajar begitu mengharapkan agar ada tambahan bilik darjah untuk kemudahan murid-murid Sekolah Agama Negeri
Balung bagi menampung pertambahan murid-murid saban tahun telah mendapat perhatian dari menteri yang berkenaan.
Selama ini penduduk hanya menyuarakan keperluan yang kian mendesak ini melalui mediamasa dan pemimpin setempat yang ada dan telah diambil tindakan segera sebaik saja Pemimpin berkenaan mengetahui akan kegawatan dan keperluan yang di hadapi oleh
sekolah ini.
Menurut seorang ibubapa penjaga yang mempunyai seorang cucu yang bersekolah di sekolah berkenaan " syukur lah akhirnya cucuku boleh belajar dengan selesa, endak lagi sempit-sempit, dulu satu kelas sampai 70 orang murid, kalau siap nanti boleh lah sudah 30-35 orang murid dalam satu kelas".
"Ada tiga bilik bilang di tambah, bangunan baru berkongkrik,, syukurlah kerana kerajaan memang mengambil berat akan masalah rakyat cuma kadang-kadang masalah sebegini tidak sampai ke pengetahuan atasan menyebabkan ianya berlaku", katanya lagi.
Menurut seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan ada di antara guru-guru telah pun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di Open Universityu Malaysia yang terletak di Kampus Tawau dan ini juga satu satu inisiatif pihak berkenaan agar murid-murid mendapat pendidikan yang terbaik dalam menjamin pelajar yang keluar nanti adalah yang terbaik dan bakal menyumbang kepada kemajuan negara kelak.
Dengan kesedaran yang tinggi terutama dari pada ibubapa akan kepentingan pengajian agama di peringkat awal menyebabkan sekolah ini tidak dapat menampung dengan bilik darjah yang terhad.
Dengan siapnya bagunan baru ini nanti di harap guru-guru dapat memanafaatkan sepenuhnya kegunaan bilik darjah ini untuk kepentingan murid dan kemantapan ilmu agama setiap pelajar SAR Balung.
Apa yang ibu bapa lakukan bukan lah semata-mata untuk
kepentingan peribadi tetapi ianya lahir dari hati yang ikhlas untuk memartabatkan pendidikan agama di daerah ini. Mungkin ada yang menganggap apa yang kami buat semata-mata ingin mecari salah pihak lain, tapi diharap pembaca dapat menilai apa yang selama ini saya lakukan adalah untuk kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan peribadi. Saya akan sentiasa berlaku jujur dalam menyuarakan apa jua permasalan yang ada di Kawasan balung. Yang buruk saya akan war-warkan dan yang baik insyaallah akan di khabarkan pada setiap pembaca yang selama ini sentiasa mengikuti tulisan saya.
Terimakasih dari kami ibubapa pelajar Sekolah Agama Negeri Balung Tawau dengan pembinaan blok bangunan baru untuk kegunaan pelajar.
Semuanya ada di Balung ada di balung.
15 Feb 2016
Ada SPM , takkan lah nak kerja yang kotor !!
Hari ini media masa terutamanya whatapp, telegram dan facebook di penuhi dengan cerita dan gambar-gambar warga Bangladesh yang di khabarkan bakal mengisi kekosongan jawatan yang ada di Malaysia. Jumlah yang di jangka tiba di Malaysia bukan lah sedikit dan ianya hampir mencecah 4 % dari jumlah populasi penduduk Malaysia. Itu belum termasuk yang sudah ada dan sedang bekerja di Malaysia.
Ianya bukanlah hanya sekadar cerita kedai kopi dan ianya di sahkan sendiri oleh Menteri yang berkenaan dengan perkerja asing ini. Perbagai reaksi yang yang di tunjukkan oleh pelbagai lapisan rakyat yang ada di Malaysia. ada yang menyambutnya dengan perasaan yang positif dan tidak kurang pula menganggap sesuatu yang sangat negatif kepada sektor pekerjaan di tambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Umum mengetahui beberapa sektor yang sangat memerlukan tenaga kerja untuk meneruskan ataupun menjalankan operasi mereka seharian. Sektor yang di maksudkan ialah sektor perladangan dan sektor pembinaan. Kalau di lihat secara rambang mungkin agak sukar untuk melihat warga tempatan untuk berkerja di dalam pembinaan dan ianya mungkin tidak ada. Apalagi ianya alah satu dari kerja yang berat dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi dan ianya lansung tidak menarik minat warga tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang ini.
Didalam sektor perladangan pula rata-rata pekerja bawahan nya
adalah dari golongan pekerja import dan jarang sekali dapat di lihat dan di dengar warga tempatan bekerja sebagai buruh di ladang-ladang kelapa sawit terutama sekali yang melibatkan kerja yang berat seperti pemotong buah sawit.
Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan mencari alternatif lain dalam merancakkan industri perladangan dan pembinaan supaya ianya dapat bergerak seiring dalam kerancakkan ekonomi kini.
Diantara faktor yang membuatkan rakyat tempatan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini ialah;
1) Keadaan kerja yang memerlukan tulang empat kerat dan ianya kotor.
2) Pulangan gaji yang sangat kurang jika di bandingkan dengan sektor perkilangan.
3) Rata-rata penduduk Malaysia mempunyai taraf pendidikan serendah SPM dan mereka rasakan tak layak untuk kerja-kerja berat sebegini.
4) Tak mampu bersaing tenaga dan kekuatan dalam kerja sebegini dengan warga asing.
Ini adalah sebahagian keluhan yang selalu saya dengar dari warga tempatan sendiri.
Bersambung....
11.15 pm..
12 Feb 2016
Tikam Sesama Sendiri…! Biarkan Pembangkang Terjun Dengan Labu-labunya
KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua UMNO Bahagian Ampang , Datuk Ismail Kijo berkata semua ahli dan jentera UMNO jangan terpedaya dan terikut rentak tarian pembangkang sebaliknya perlu terus fokus dalam mengatur strategi untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Jelasnya perkara itu mesti diutamakan dalam keadaan parti pembangkang yang terus bertelagah sesama sendiri dalam merebut jawatan dan kawasan pilihan raya.
“Jentera UMNO mesti terus fokus memenangkan parti. Biarkan pembangkang terus bergelut dalam kemelut pertelingkahan sesama mereka. Mereka nak rebut kawasan, nak tikam rakan mereka.. itu sememangnya gaya politik pembengkang. Bagi kita yang penting fokus kita nak persiapkan jentera yang mantap bagi berdepan pilihan raya akan datang”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Parti Amanah yang mahu bertanding di semua kerusi Pas di Selangor atas alasan bimbang kerusi tersebut jatuh ke tangan UMNO.
“Mereka boleh katakan apa sahaja, kaitkan UMNO dalam apa juga keadaan. Itu memang cara mereka tikam orang lain demi kepentingan peribadi tetapi pada akhirnya mereka akan berubah, bergabung bersama semata-mata untuk menjatuhkan UMNO.
“Bagi saya, hasrat Parti Amanah itu hanya satu retorik politik mengelirukan rakyat. Nanti mereka pasti akan membahagikan kerusi sesama mereka. Tetapi jika benar mereka mahu bertanding menentang Pas, sudah pasti ini memberi kelebihan kepada UMNO kerana undi mereka akan berpecah sedangkan UMNO tidak,” ujarnya.
Tambah Ismail, apa yang pasti, Dap tidak akan berdiam diri dan membiarkan Parti Amanah menguasai semua kerusi tersebut memandangkan kini Dap telah mengenalpasti calon-calon dari kalangan bangsa Melayu bagi bertanding atas tiket parti itu.
“Secara peribadi saya sediki tpun tidak kisah jika mereka mahu bertembung sesama sendiri… Ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetapi percayalah, semua ini hanya satu lakonan terhebat pembangkang.
“Lihat sahaja sebagai contoh semasa bantahan TPPA di Padang Merbok baru-baru ini, walaupun Pas tidak sebulu dengan Pakatan Harapan tetapi mereka turut serta dalam demo tersebut. Ini jelas menunjukkan mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.
“Sekarang ini yang penting, biarkan sahaja mereka terjun dengan labu-labunya… Kita pula terus fokus dan menari hanya mengikut rentak yang dipalu oleh panglima kita. Jangan sesekali kita terpesong hanya kerana terpedaya dengan sandiwara pembangkang,” katanya lagi. – MediaUMNO
11 Feb 2016
Kerjasama erat KRT Taman Apas Permai dan PDRM Tawau dalam mencegah jenayah
Tawau, 10 Feb 2016 - Kunjungan hormat dari KRT Taman Apas Permai ke IPD Tawau disambut mesra oleh ACP Fadil bin Haji Marsus #fadilfireblade Ketua Polis Daerah. Rombongan diketuai Ustaz Baharuddin Andi Seni, Presiden KRT Taman Apas, Pn.Suriati bt Bekri, Penolong Setiausaha dan 8 orang AJK KRT Taman Apas Permai.
Perjumpaan ini diadakan untuk merapatkan silaturahim di antara
masyarakat dengan polis selaras dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada". Selain itu, ACP Fadil memberi dorongan kepada penduduk Taman Apas Permai untuk bersatu dalam mencegah jenayah di kawasan perumahan.Usaha sebegini amat penting bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat, berganding bahu dan bekerjasama ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sejahtera.
Adalah di harapkan kerjasama erata diantara orang awam dan pihak berkuasa seperti Polis akan terus terjalin erat dalam memastikan kes-kes seperti jenayah dan sebagainya dapat di cegah bagi memastikan kejiranan aman dan tenteram dan sudah pastinya ianya nanti akan melahirkan masyarakat yang hormat-menghormati dan cintakan keamanan.
Salam dari Bumi Balung...
Semuanya ada di Balung ada di balung...
9 Feb 2016
Kerajaan Perpaduan Umno-Pas bermula di Tawau!
Adakah ianya satu kebetulan untuk Presiden PAS dibenar memberikan ceramah di Masjid-Masjid yang kerajaan Barisan Nasional sediakan di Tawau dan Kunak? Ataupun ianya satu petanda awal akan keterbukaan daripada Umno tawau dan Lahad Datu untuk mengenepikan fahaman politik demi untuk islam dan perpaduan di antara sesama umat islam ?
Kalau di lihat dari amalan kebiasaan nya perkara sebegini tak pernah dan tak akan berlaku di mana-mana daerah ataupun negeri di bawah pemerintahan kerajaan Barisan nasional. Mungkin juga perkara ini terlepasa pandang dari pihak-pihak yang berkenaan. Jika terlepas pandang pula kenapa majlis ini mendapat promosi yang sangat baik dari pemimpin-pemimpin BN yang ada di Tawau?
Teringat saya akan "Kerajaan Perpaduan" yang selalu bermain-main di media arus perdana maupun media sosial yang rata-rata pembaca memberikan komen yang sangat positif akan perkara ini. Jika dilihat dari keakraban diantara Datuk Sri Najib dan Tuan Guru Hj Hadi Awang seakan-akan ada perundingan dalam menyatukan melayu dan penyatuan islam dalam pentadbiran Malaysia di masa akan datang!!!. Ini adalah perkara yang agak asing berlaku dan yang pertama pernah berlaku di abad ini diantara pemimpin tertinggi barisan nasiaonal dan pemimpin tertinggi PAS.
Apapun ini adalah permulaan yang sangat baik, walaupun berlainan ideologi politik tapi atas dasar Agama dan atas dasar ilmu yang ada pada tuan Guru segalanya di ketepihan demi untuk memartabatkan agama islam di daerah Tawau ini
Tahniah dan syabas di
ucapkan kepada barisan pengurusan Masjid Al-Kausar Tawau kerana sudi memanggil dan memberikan peluang kepada Tuan Guru Hj Hadi Awang untuk datang dan berceramah dan ini adalah satu titik permulaan yang sangat baik dan ianya juga menjadi harapan segenap umat islam yang ada di Malaysia agar perpaduan ini dapat di teruskan dan dikekalkan pada masa kini dan di masa akan datang.
Adalah diharapkan ianya tidak berakhir di Bumi Tawau tetapi menjadi langkah permulaan untuk mengujudkan "Kerajaan perpaduan " di Malaysia.
Salam dari Bumi Balung...
"Semuanya ada di balung ada di Balung".
Tuan Amud Syed Ali Pengurus Masjid Al-Kausar mewakili AJK Masjid |
Apapun ini adalah permulaan yang sangat baik, walaupun berlainan ideologi politik tapi atas dasar Agama dan atas dasar ilmu yang ada pada tuan Guru segalanya di ketepihan demi untuk memartabatkan agama islam di daerah Tawau ini
Tahniah dan syabas di
Pengurus Masjid Al-Kausar dan Tuan Guru |
Adalah diharapkan ianya tidak berakhir di Bumi Tawau tetapi menjadi langkah permulaan untuk mengujudkan "Kerajaan perpaduan " di Malaysia.
Salam dari Bumi Balung...
"Semuanya ada di balung ada di Balung".
8 Feb 2016
Pertemuan yg tak di rancang eratkan silaturahim , ADUN APAS dan Presiden PAS
Walaupun berbeza akan pahaman politik ianya tidak menghalang untuk ketua Bahagian Umno Tawau untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan YAB Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah berkunjung ke daerah Tawau.
Pertemuan ini bukan lah di rancang bagi kedua-dua pemimpin ini untuk bersua muka secara dekat akan tetapi ianya terjadi secara kebetulan di bilik VIP Lapangan terbang Tawau.
Sesungguhnya kunjungan Timbalan pengerusi Ulama Sedunia ke Tawau Bumi Peladang merupakan satu penghormatan yang sangat besar kepada umat islam khas nya dan penduduk Tawau am nya dan ianya memberikan gambaran bahawa tiada batasan dalam berpolitik yang diamalkan di bumi Tawau dan ianya memberikan gambaran bumi Tawau sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan dari sesiapa sahaja.
Apa pun sekalung tahniah dan pujian juga harus di beri kepada Menteri belia Dan Sukan Sabah merangkap ADUN Apas kerana sudi dengan rendah hati untuk berjumpa dan mengucapkan selamat datang kepada tuan guru. Ini menunjukkan politik bukanlah penghalang untuk sesama umat islam mengeratkan tali persaudaraan apalagi ianya melibatkan pemimpin tertinggi yang ada di malaysia.
"Semuanya ada di balung, ada di balung".
7 Feb 2016
100 Keluarga Terima Bantuan Sempena Tahun Baharu Cina
IPOH, 6 Feb – Sebanyak 100 keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Ipoh Barat di sini, menerima bantuan makanan sempena perayaan Tahun Baharu Cina Isnin ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan.
“Kami akan membantu sedaya mungkin dan sentiasa melihat perkara ini (bantuan) dari semasa ke semasa supaya lebih ramai golongan kurang bernasib baik menerima bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Pangsapuri Wallercourt di sini hari ini.
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO berkata bantuan makanan berupa beras, tepung gandum, minyak masak, kicap serta bihun disumbangkan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.
Seorang penerima Wong Sau Cheun, 88, berkata beliau merasa gembira dengan bantuan yang diberikan lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap golongan seperti kami,” katanya yang menetap di pangsapuri berkenaan sejak 50 tahun lepas.
Pantai Sabindo, Tumpuan Utama Aktiviti Riadah Untuk Warga Tawau
Bagi mereka yang tinggal di perbandaran Tawau, sudah semestinya tempat ini tidak asing bagi mereka yang menggemarkan aktiviti riadah di pinggiran pantai. Ianya terletak di antara jalan "Highway" bandar Sabindo menuju ke Pusat Komersial Ba Zhong menjadi tumpuan
bagi warga perbandaran Tawau setiap kali ada masa yang terluang terutama sekali di musim cuti umum. Walaupun hanya seluas separuh padang bola sepak ianya tidak menghalang untuk dikunjungi kerana keadaan nya yang begitu menyegarkan minda dan
memberikan ketenangan apabila berada di kawasan tersebut. Dilengkapi dengan sedikit alat-alat permainan untuk kanak ianya menjanjikan keseronokan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak apabila berada di sana.
Menurut seorang pelajar yang berniaga layang-layang di kawasan tersebut, kawasan ini pasti penuh dengan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesegaran udara dan menikmati keindahan pemandangan pantai yang ada di sini.. Katanya lagi, " sehari saya boleh untung lima puluh ringgit jika pengunjung ramai bergantung juga kepada keadaan cuaca".
Menurut seorang pengunjung lagi yang berasal dari Lahad Datu, tempat ini menjadi tempat persinggahan wajib jika dia dan keluarga berkunjung ke Tawau untuk melepaskan penat seketika sambil menikmati keadaan sekeliling yang begitu menyamankan.
Adalah di harapkan kawasan ini dapat dinaik taraf ataupun di perbesarkan lagi bagi menampung pengunjung yang kian ramai saban hari. Kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya harus di sediakan bagi mengekalkan kawasan ini sentiasa bersih bagi menarik lebih ramai lagi pen gunjung. Dengan adanya kawasan untuk membuat aktiviti riadah sebegini setidak-tidaknya ianya menjadi tempat warga Tawau untuk merehatkan minda bersama keluarga dan ianya dapat mengurangkan kos untuk pergi ketempat yang jauh seperti pantai Sahabat yang terletak ldi Bandar Sahabat Lahad Datu.
Selamat bercuti dan selamat "Kong Xi Fa Cai"
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung"..
2 Feb 2016
Sokongan Penyokong pembakar Semangat Pemain "Sabah Rhinos"
Pesta bolasepak telah pun berlalu pergi dan ianya meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada peminat-peminat tegar sukan bola sepak yang berada di daerah Tawau. Bertempat di Komplex sukan Tawau telah diadakan perlawanan persahabatan di antara tiga pasukan utama iaitu Sabah, Brunei dan Felda United.
Selama tiga hari berturut-turut peminat-peminat bola sepak di Tawau tidak jemu-jemu untuk menjejakkan kaki ke stadium bagi menyaksikan perlawanan yang di kira bertaraf nasional dan ianya jarang-jarang di hidangkan di bumi Tawau.
Rata-rata peminat yang hadir adalah semata-mata ingin melihat sendiri barisan pemain yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen sahaja dan kini ianya terhidang di depan mata. Ramai yang hadir juga ingin melihat sendiri barisan pemain "Sabah Rhinos" yang kebanyakkan nya di barisi oleh pemain atau barisan yang baharu. Sudah semestinya juga harapan yang sangat tinggi di harapkan oleh peminat dari pemain Sabah untuk menghidangkan satu permainan yang bermutu dan menghiburkan.
Setelah melihat dan memerhati permainan dan mutu Pasukan Sabah timbul sedikit persoalan yang bermain di benak dan pemikiran para penyokong-penyokong tegar Sabah.
Keserasian diantara pemain masih belum berada di tahap yang baik mungkin saja ini adalah perlawanan persahabatan dan ianya masih mencari dan mengenali corak permainan diantara rakan di dalam pasukan.
Terdapat empat pemain Import di khabarkan tetapi tiada yang dilihat sebagai "pemain import" kerana mutu permainan agak sama dengan pemain tempatan cuma peminat dapat bezakan hanya pada fizikal tubuh badan dan warna kulit sahaja. Hanya pemain pertahan import sahaja yang menampakkan sedikit kelainan dan ianya menarik minat dan seringkali dipuji oleh penonton yang hadir pada setiap perlawanan.
Apapun ini adalah permulaan, di bawah pengurusan yang baru sudah pastinya penyokong mengharapkan satu sentuhan yang ajaib untuk menjadikan pasukan Sabah menjadi empat pasukan yang terbaik dalam liga dengan menggunakan segala sumber dan pemain yang ada. Untuk mencapai matlamat tersebut sokongan padu diantara penyokong tegar Pasukan Sabah adalah sangat diharapkan dalam mencapai misi yang telah ditetapkan. Sesuai dengan slogan yang selalu di terapkan iaitu "Sabah Tatap" ianya pasti akan membakar semangat kepada pemain untuk bermain sebaik yang mungkin dalam mencapai matlamat yang telah di tetapkan dan sudah pasti pengurusan yang baik juga akan memastikan pasukan Sabah akan sentiasa memberikan keputusan yang terbaik dalam setiap perlawanan.
Kami sebagai penyokong tegar pasukan Sabah akan sentiasa memberikan sokongan yang tak berbelah bagi bagi memastikan Sabah akan sebaris dengan pasukan-pasukan terbaik dalam liga Malaysia.
Salam dari Bumi Balung....
"Semuanya ada di Balung ada di Balung"..
1 Feb 2016
Mangsa kebakaran Airport Lama Tawau mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan Sabah
Walaupun sangat sibuk dengan tugas seharian beliau sempat juga meluangkan masa untuk melawat mangsa kebakaran Kampung airport lama yang berlaku baru-baru ini. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kehilangan beberapa buah rumah dan tiada kemalangan jiwa di laporkan.
Atas semangat sesama warga Tawau beliau telah turun sendiri ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti dan melihat sendiri akan kejadian yang telah berlaku. Sedikit sumbangan juga telah di berikan bagi meringankan beban mangsa . Sumbangan telah di salurkan melalui PPM kawasan Sebatik iaitu Saudara Suriansyah kasau.
Adalah diharapkan kerjasama dan keperihatinan sebegini akan sentiasa terjalin diantara sesama orang Tawau walaupun dalam Parlimen yang berbeza dan ianya bukanlah penghalang untuk membantu dan meringankan beban kepada mereka yang di timpa bencana.
Datuk Tawfiq Titingan yang juga ADUN Kawasan Apas merangkap Menteri belia Dan Sukan Sabah di iringi oleh PPM Kawasan Apas Saudara Sarman Amat Sumito dan beberapa kakitangan DUN Apas ke lokasi kejadian.
Salam dari Bumi Balung,, Semuanya ada di Balung, ada di balung..
Subscribe to:
Posts (Atom)