1 Feb 2016

Mangsa kebakaran Airport Lama Tawau mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan Sabah

Walaupun sangat sibuk dengan tugas seharian beliau sempat juga meluangkan masa untuk melawat mangsa kebakaran Kampung airport lama yang berlaku baru-baru ini.  Kebakaran tersebut telah menyebabkan  kehilangan beberapa buah rumah  dan tiada kemalangan jiwa di laporkan.

Atas semangat sesama warga Tawau  beliau telah turun sendiri ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti dan melihat sendiri akan kejadian yang telah berlaku. Sedikit sumbangan juga telah di berikan bagi meringankan beban mangsa . Sumbangan telah di salurkan melalui PPM kawasan Sebatik iaitu Saudara Suriansyah kasau.

Adalah diharapkan kerjasama dan keperihatinan sebegini akan sentiasa terjalin diantara sesama orang Tawau walaupun dalam Parlimen yang berbeza dan ianya bukanlah penghalang untuk membantu dan meringankan beban kepada mereka yang di timpa bencana.

Datuk Tawfiq Titingan yang juga ADUN Kawasan Apas merangkap Menteri belia Dan Sukan Sabah di iringi oleh PPM Kawasan Apas Saudara Sarman Amat Sumito dan beberapa kakitangan DUN Apas ke lokasi kejadian.

Salam dari Bumi Balung,, Semuanya ada di Balung, ada di balung..

No comments: