20 Feb 2016

Sekolah Agama Negeri Balung Tawau Dapat Bangunan baru, tiga bilik darjah.

Akhirnya apa yang di impikan oleh penduduk Balung Tawau  akan terlaksana dalam masa yang terdekat ini.  Jika selama ini para ibubapa dan pelajar begitu mengharapkan agar ada tambahan bilik darjah untuk kemudahan murid-murid Sekolah Agama Negeri
Balung bagi menampung pertambahan murid-murid saban tahun telah mendapat perhatian dari menteri yang berkenaan.

Selama ini penduduk hanya menyuarakan keperluan yang kian mendesak ini melalui mediamasa dan pemimpin setempat yang ada dan telah diambil tindakan segera sebaik saja Pemimpin berkenaan mengetahui akan kegawatan dan keperluan yang di hadapi oleh
sekolah ini.

Menurut seorang ibubapa penjaga yang mempunyai seorang cucu yang bersekolah di sekolah berkenaan " syukur lah akhirnya cucuku boleh belajar dengan selesa, endak lagi sempit-sempit, dulu satu kelas sampai 70 orang murid, kalau siap nanti boleh lah sudah 30-35 orang murid dalam satu kelas".

"Ada tiga bilik bilang di tambah, bangunan baru berkongkrik,, syukurlah kerana kerajaan memang mengambil berat akan masalah rakyat cuma kadang-kadang masalah sebegini tidak sampai ke pengetahuan atasan menyebabkan ianya berlaku", katanya lagi.

Menurut seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan ada di antara guru-guru telah pun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di Open Universityu Malaysia yang terletak di Kampus Tawau dan ini juga satu satu inisiatif pihak berkenaan agar murid-murid mendapat pendidikan yang terbaik dalam menjamin pelajar yang keluar nanti adalah yang terbaik dan bakal menyumbang kepada kemajuan  negara kelak.

Dengan kesedaran yang tinggi terutama dari pada ibubapa akan kepentingan pengajian agama di peringkat awal menyebabkan sekolah ini tidak dapat menampung dengan bilik darjah yang terhad.

Dengan siapnya bagunan baru ini nanti di harap guru-guru dapat memanafaatkan  sepenuhnya  kegunaan bilik darjah ini untuk kepentingan murid dan kemantapan ilmu agama setiap pelajar SAR Balung.

Apa yang ibu bapa lakukan bukan lah semata-mata untuk
kepentingan peribadi  tetapi ianya lahir dari hati yang ikhlas untuk memartabatkan pendidikan agama di daerah ini. Mungkin ada yang menganggap apa yang kami buat semata-mata ingin mecari salah pihak lain, tapi diharap pembaca dapat menilai apa yang selama ini saya lakukan adalah untuk kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan peribadi.  Saya akan sentiasa berlaku jujur dalam menyuarakan apa jua permasalan yang ada di Kawasan balung. Yang buruk saya akan war-warkan dan yang baik insyaallah akan di khabarkan pada setiap pembaca yang selama ini sentiasa mengikuti tulisan saya.

Terimakasih dari kami ibubapa pelajar Sekolah Agama Negeri Balung Tawau dengan pembinaan blok bangunan baru untuk kegunaan pelajar.

Semuanya ada di Balung ada di balung.



No comments: