22 Feb 2016

Bangsa lain pakai robot petik buah epal, kita masih guna tulang 4 kerat potong buah sawit!!

Isu  'Bangla" yang di katakan bakal datang ke Malaysia untuk di jadikan tenaga kerja menjadi perhatian oleh rata-rata rakyat Malaysia. Ada yang menganggap ianya satu yang positif dan tidak kurang pula yang berpendapat sebaliknya. 


Bagi kami penduduk Sabah mungkin isu ini tidaklah seberapa menarik perhatian kami kerana sudah hampir 45 tahun saya dilahirkan dan di besarkan di Sabah belum pernah sekali lagi saya melihat ada warga Bangladesh yang bekerja dalam bidang 3D iaitu sukar, bahaya dan kotor di Sabah Negeri di Bawah Bayu.

Jika dikatakan Belia malas untuk bekerja dalam bidang yang di nyatakan diatas, sememangnya ia tidak benar dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah industri minyak dan Gas terdapat di Sabah semua kerja-kerja 3D banyak diisi oleh belia-belia warga tempatan Sabah.

Saya sudah berkhidmat dalam bidang perladangan hampir 25 tahun dan serba sedikit saya memahami akan kekurangan belia tempatan yang kurang berminat menceburkan diri dalam bidang perladangan. Beberapa perkara yang menyebabkan golongan belia tidak berminat menceburkan diri dalam bidang perladangan diantaranya ialah:

1)  Gaji yang di Tawarkan kurang menarik dan tidak setimpal, sebagai contoh gaji warga import dan warga tempatan adalah sama dan ini menyebabkan warga tempatan tidak berminat. 

2)   Warga import sanggup kerja sehingga 12 jam sehari maklum saja kedatangan mereka ke bumi Sabah memang semata-mata ingin mencari rezeki untuk menyarah keluarga yang ada di kampung halaman masing-masing menyebabkan ramai majikan memilih untuk menggaji pekerja import.

3)   Dokumen pekerja import di pegang oleh majikan masing-masing dan ini menyukarkan mereka untuk beriadah dan hanya menumpukan pada kerja masing-masing hinggakan ada majikan yang memaksa pekerja import ini untuk bekerja di musim perayaan dan cuti-cuti umum.

kerajaan juga seharusnya mencari idea bagaimana untuk menarik golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perladangan yang sememangnya memerlukan tulang enpat kerat dalam melakukan tugas seharian. kenapa tidak kita memikirkan untuk mencipta alat yang memudahkan pekerja menuai hasil sawit ataupun menoreh getah. Kenapa Jepun boleh mencipta robot  untuk memasang perlatan sekecil-kecil jam tangan  dan sebagai nya secara atomatik dan kenapa Russia dan Amerika boleh melancarkan roket ke orbit dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh?

Bukan juga memperkecilkan jurutera dan mereka yang terbabit dalam bidang ini tapi sudah tiba masanya Warga Malaysia menuju ke negara berteknologi tinggi dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja luar dalam kerja-kerja 3D. Sudah tiba masanya Malaysia mencipta satu alat yang boleh mengurangkan tenaga dalam memotong buah sawit dan sudah sampai waktunya pekerja Malaysia hanya mengunakan komputer riba dalam mengurus dan menuai hasil ladang masing-masing. Tiada uyang mustahil kerana bangsa lain sudah buktikan dan tiada yang boleh menghalang jika kita berusaha tanpa jemu dan fokus kepada masalah yang di hadapi kini.

Orang lain boleh , kenapa warga Malaysia tak boleh...

Semuanya ada di balung ada di Balung..


No comments: