30 Dec 2015

Bijak Tapis Maklumat Di Media Sosial Sebelum Terima Atau Sebar – Kiandee

TELUPID, 29 Dis – Masyarakat perlu bijak menapis maklumat di media sosial dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai sebelum menerima atau dipanjangkan kepada pihak lain, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Beliau berkata perkembangan teknologi dan komunikasi maklumat menyebabkan masyarakat terdedah kepada pelbagai maklumat yang disalur tanpa tapisan serta tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Sehubungan itu, katanya, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan maklumat tidak betul menerusi media sosial.
“Masyarakat perlu bijak melakukan tapisan antaranya merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai sebelum mempercayainya atau membuat sebarang rumusan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Gelanggang Futsal 1Malaysia Kampung Buis di sini, hari ini.
Beliau senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang meminta pembaca lebih berhati-hati serta bijak memilih setiap maklumat di media sosial.
Dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.com pada Ahad lepas, Salleh berkata pembaca juga harus melakukan `tapisan sendiri’.
Menurutnya pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya.
Dalam pada itu, Kiandee yang juga anggota Parlimen Beluran berkata sudah menjadi trend masyarakat masa kini menjadikan bahan berita tidak sahih di laman sosial atau aplikasi mudah dalam telefon bimbit sebagai pilihan bacaan umum.
Katanya apa yang merisaukan, maklumat tidak betul yang disebarkan itu akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat termasuk keselamatan dan ketenteraman awam.
“Lebih membimbangkan anak muda juga terdedah kepada maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan minda generasi akan datang,” katanya.
Kiandee berkata masyarakat memainkan peranan penting membuat penilaian bijak jika ada maklumat disebarkan dari sumber tidak sahih yang menyentuh polisi atau dasar kerajaan.

29 Dec 2015

Fahami Dasar Politik Sebelum Kecam Khairy, Bidas Pemuda P.Pinang Terhadap Dap

NIBONG TEBAL, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak, Chong Zemin yang menyifatkan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan sekatan Pasukan Luncur Angin Israel dalam Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015)  di Langkawi sebagai sentimen politik dan peribadi.
Ketuanya Rafizal Rahim menegaskan kenyataan tersebut sangat radikal kerana penarikan diri pasukan itu adalah disebabkan polisi diplomatik antara Malaysia-Israel.
Sekat Luncur Angin IsraelJelas beliau lagi dasar politik antarabangsa di antara Malaysia-Israel haruslah difahami terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak membuat sebarang kenyataan.
“Sesungguhnya penarikan diri pasukan Israel tidak langsung disebabkan oleh tindakan atau hasrat Khairy untuk merumitkan proses penyertaan Israel ke kejohanan tersebut.
“Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menasihati Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan lebih memahami dan patuh kepada Dasar Luar Negara khususnya Malaysia-Israel”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Justeru tambahnya Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan teguh menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia dan Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia berkaitan isu ini.
“Isu ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik murahan Dap kerana ini. Janganlah semua perkara hendak dijadikan bahan mereka menyemai rasa benci di hati rakyat kepada kerajaan,” ujarnya. -MediaUMNO

Syarikat Telco Akan Beri Rebat Kepada Pelanggan Prabayar Malaysia Bermula 1 Jan – 31 Dis 2016

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Selaras dengan pengumuman Kerajaan semasa Belanjawan 2016 pada bulan Oktober, syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberikan rebat kepada pelanggan prabayar individu yang merupakan warganegara Malaysia, selama satu tahun sepanjang 2016.
Rebat yang bersamaan dengan jumlah GST akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuatkuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.
Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar oleh pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras dengan Undang-Undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan.
Syarikat-syarikat telekomunikasi telah berusaha untuk memastikan proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuat tambah nilai. Syarikat-syarikat telekomunikasi juga telah dan akan terus melabur secara berterusan dalam menaik taraf rangkaian negara untuk memastikan pelanggan memperoleh pengalaman yang berkualiti.

27 Dec 2015

Naik Taraf Pintu Gerbang RM9.8 Juta : Mana Perincian, Kenapa Tiba-tiba Timbul Penderma?

SEPANG, 23 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Datuk Mohd Sharif mendesak agar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjawab dua persoalan penting berkaitan kos naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang mencecah RM9.8 juta.
Tegasnya pertama, Kerajaan Negeri perlu mendedahkan secara terperinci bagaimana kos naik taraf boleh menjadi begitu tinggi dan kelihatan agak tidak realistik.
Keduanya, tambah beliau mengapa baru sekarang timbul jawapan kos tersebut ditanggung oleh penderma. “Jika benar ada penderma maka dedahkan… Saya agak hairan mengapa jawapan ditanggung oleh penderma tiba-tiba muncul.
SONY DSC
“Bagi saya apapun pihak Kerajaan Negeri Selangor perlu menerangkan kepada rakyat apa yang menyebabkan kos naik taraf mencecah sehingga RM9.8 juta. Rakyat berhak untuk mengetahui,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Shahrum, sekiranya kos tersebut hanyalah untuk mengecat dan membaik pulih mengapa ia menjadi begitu mahal dan seakan tidak logik.
Jika benar tiada berlaku sebarang ketirisan kata beliau lagi maka Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu bimbang untuk memberi penjelasan dan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard.
“Jawapan kos tersebut sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bukanlah satu jawapan yang bijak kerana tiada perincian yang didedahkan. Kalau jumlahnya kecil mungkin tidak menjadi isu tetapi ini melibatkan jumlah wang yang banyak.
“Tapi saya berharap jangan pula kerajaan negeri menyalahkan UMNO bila soal ini dibangkitkan. Perkara ini tidak ada kena mengena dengan UMNO. Kita cuma mahu tahu…,” sindir Shahrum.
Sejak terbongkarnya kos naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan, ramai yang beranggapan bahawa ia satu pembaziran kerana adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat. – MediaUMNO

24 Dec 2015

KEMPEN BEBAS ANWAR: TIDAK PERLU KE UN DAN EU, KERAJAAN BOLEH MEMOHON PENGAMPUNAN DIRAJA JIKA !

Wajah DS Anwar Ibrahim Beberapa Bulan Yang Lalu, Kelihatan Agak Kurus
USIA DS Anwar Ibrahim sekarang sudah mencecah 65 tahun. Menjelang tahun 2018, usia Anwar akan mencapai 67 tahun. Manakala, menjelang PRU15 pada tahun 2023, usia Anwar akan mencecah 72 tahun. Sahabat karib beliau di Indonesia, Jusuf Kallamenjadi Naib Presiden Indonesia kali kedua pada usia 72 tahun (2014). Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri ketika berusia 78 tahun (2003). 

Di Malaysia, pemimpin utama kerajaan dan parti utama UMNO tidak mempunyai isu peribadi dengan Anwar. Bukan DS Najib, bukan DS Zahid Hamidi, bukan DS Hishammuddin yang membuang Anwar dari UMNO dan Kerajaan. Mereka semua adalah pemimpin seangkatan dan satu regu ketika Anwar berada di dalam UMNO (1995/1996).

Sehingga ke hari ini, parti PKR masih dengan perjuangan bersifat peribadi iaitu membebaskan Anwar dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kelihatan DS Azmin Ali, mantan guru matematik (sarjana) sudah keluar daripada pemikiran Anwarisme.

Sebenarnya Nurul Izzah dan PKR tidak perlu mengunakan elemen United Nation (UN) atau Europen Union (EU) untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan Anwar atas alasan human right,isu tahanan politik dan sebagainya. Kita hendaklah mengingati semula bahawa Anwar diwakili oleh peguam-peguam terhandal dan termahal di Malaysia, yang mana orang lain tidak akan mampu membayar perkhidmatan peguam-peguam ini. 

Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah selepas perbicaraan yang sangat-sangat panjang, tidak boleh diubah sesuka hati oleh Eksekutif. Perdana Menteri tidak boleh mempengaruhi Hakim. Ianya dua bidang kuasa yang berbeza.

Namun begitu, keluarga Anwar dan PKR boleh memohon kepada Kerajaan untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Anwar. Biasanya, kerajaan mempunyai mekanisme dan pengalaman kes lama yang boleh digunakan. Kebiasaannya pula, permohonan kerajaan akan diberi pertimbangan atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, perubatan, kemanusiaan dan sebagainya.

Saya percaya, DS Zahid Hamidi yang kini menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mempunyai elemen dan political will yang sesuai untuk memikirkan idea ini. DS Zahid adalah TPM yang bijak mengurus isu Anwar dengan mengiakan kebenaran Anwar untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Sebaliknya pula, saya percaya, mereka yang menulis '50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" dahulu dan kini menyokong Anwar semula ada sokongan berbentuk kepura-puraan hanya kerana kegilaan untuk menjatuhkan DS Najib sahaja.

Mesej Najib semasa Perhimpunan Agong UMNO sangat jelas bahawa Najib bukan jenis pemimpin  yang suka berkonfrontasi, bukan jenis pemimpin yang memusuhi sebaliknya Najib adalah pemimpin berjiwa besar yang menghulurkan salam kerahmatan, salam perpaduan dan salam ukhuwah. 

Kepada Najib, Anwar itu bukanlah musuh politiknya, bukanlah musuh peribadinya. Mereka hanya dipisahkan oleh sistem politik sahaja. Jika Najib boleh berlapang dada kepada Hj Hadi, adakah Najib tidak boleh berlapang dada kepada Anwar?

Pada November 6, 1865, kapten Henry Wirz telah menulis surat kepada Presiden Andrew Johnson semasa dia dipenjara di Old Capitol Prison, Washington DC. 

Katanya, "Mr. President, with a trembling hand, with a heart filled with the most conflicting emotions, and with a spirit hopeful one moment and despairing the next, i have taken the liberty of addressing you. When i consider  your exalted position; when i think for a moment that in your hands rest the weal and woe of millions-yea, the peace of the world-well may I pause to call to my aid courage enough to lay before you my humble position..."


Untuk kisah-kisah Anwar dari penjara, anda boleh membacanya disini


Prinsip Perpaduan Perlu Terus Jadi Teras Kekuatan, Ketinggian Martabat Ummah Islam

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prinsip perpaduan perlu terus dijadikan teras kekuatan dan ketinggian martabat masyarakat Islam.
Beliau berkata kehidupan yang harmoni dan bersatu-padu menjadi paksi kepada kewujudan sesuatu ummah.
Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan ukhuwah Islamiah manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan kemuliaan umat ini, katanya.
PWTC, 12 Disember -- Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan ucapan penggulungan di hadapan ribuan perwakilan sebelum menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini petang tadi. Foto:MediaUMNO
Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1437H esok, yang dimuatkan di laman blog najibrazak.com.
“Justeru, amatlah penting kita hayati perpaduan ini dan terjemahkannya dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan praktikal, bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan malah ke peringkat negara dan antarabangsa,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata membina perpaduan merupakan antara Sunnah terpenting yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.
Najib menegaskan atas asas itu, kerajaan akan terus berusaha memakmurkan negara untuk muncul sebagai negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu, beliau menarik perhatian bahawa Maulidur Rasul disambut dua kali pada 2015, yang pertama pada Januari lepas.
“Pada 3 Jan lepas, kita menyambut Maulidur Rasul bagi 1436H dan esok 24 Dis kita meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1437H. Alhamdulillah,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW begitu besar kepada umat Islam kerana baginda bersama para sahabat telah menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan dalam memartabatkan syiar dan syariat Islam serta membina ummah.

23 Dec 2015

Kami anak-anak Koko

Setelah hampir tiga puluh tahun berlalu akhirnya sebahagian dari kami "Anak-anak Koko" akhirnya dapat berkumpul di bawah satu bumbung buat seketika. Walaupun ianya dihadiri oleh sebahagian daripada kami  ianya sudah cukup menggamit akan kenangan kami sewaktu di zaman persekolahan dan zaman kanak-kanak.

Jika di perhatikan dari segi fizikal di antara kami memang sudah banyak perubahan yang berlaku. Jika dahulu kami dapat melihat semut  yang jauhnya 10 meter dengan tanpa memggunakan apa-apa bantuan tapi kini ada diantara kami yang terpakasa menggunakan kaca mata untuk melihat  walaupun dalam jarak yang dekat, jika dahulu rambut yang kami ada agak hitam dak ikal mayang tapi kini ianya seakan terdapat sedikit kilatan yang berwarna putih dan jika duhulu kami hanya bercerita akan keadaan diri sendiri tapi kini kami sembangkan akan keluarga masing-masing dengan penuh minat yang sangat tinggi.

Tapi itu semuanya hanyalah keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan yang bergelar manusia kerana memang fitrah manusia yang akan tua dimakan usia .



Apa yang saya ingin utarakan disini ialah nilai persahabatan dan nilai "kawan" yang sama-sama menempuh zaman sukar semasa  kecil dan zaman persekolahan yang kami tempuh semasa sama-sama tinggal dan tempat orang tua kami mencari penghidupan yang begitu terpahat di setiap hati sanubari kami di tempat yang bernama "Quoin Cocoa Estate". Ianya menggamit seribu kenangan yang tak mungkin dapat di beli denagn wang ringgit. Ada yang begitu melucukan dan ada yang yang sangat menyedihkan.

Bersambung......

22 Dec 2015

Undang-undang Majlis Keselamatan Negara Amat Relevan- Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kewujudan undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) tepat pada masanya dan amat relevan dalam keadaan negara semakin terdedah dengan pelbagai ancaman asimetrik melibatkan ketenteraman dan keselamatan rakyat.
Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Negara hari ini.
“Ancaman asimetrik yang sedang dihadapi sejak kebelakangan ini merangkumi ancaman seperti kumpulan militan Daesh (IS), permerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan,” katanya yang merupakan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia.
mknJusteru, negara memerlukan satu mekanisme ataupun undang-undang yang lebih berkesan dan efektif untuk membendung serta membanteras keselamatan sebelum ia tidak boleh dikawal akan membawa kepada darurat, katanya.
Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang itu jika diluluskan kelak, perlu diperhalusi supaya tidak berlaku sebarang salahguna kuasa.
Mohd Anwar berkata aspek penguatkuasaan perlu diterangkan dan diperjelas dengan lebih terperinci, baik kepada pengamal undang-undang mahupun masyarakat.
“Saya hendak cadangkan eloklah dikaji masa membuat peraturan-peraturan sebelum kita kuatkuasakan MKN ini dengan memperhalusi dengan lebih terperinci satu persatu penguatkuasaannya.
“Ini supaya mereka yang diberi kuasa tidak menyalahgunakan kuasa tetapi mengikut peraturan ditetapkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sementara itu, Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg mahu MKN turut dianggotai wakil dari Sabah dan Sarawak memandangkan ancaman masa kini lebih bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut situasi semasa yang memerlukan semua pihak turut serta dan bekerjasama dalam MKN.
Mencadangkan Sabah dan Sarawak diwakili ketua menteri negeri masing-masing, Dayang Madinah berkata ia membolehkan rakyat negeri berkenaan tidak ketinggalan memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara.
“Tambahan pula Sabah dan Sarawak negeri yang kaya dengar sumber asli seperti balak, gas serta petroleum dan mungkin menjadi tarikan kepada pihak-pihak luar. Maka ia perlu disertai wakil Sabah dan Sarawak untuk sama-sama menjaga keamanan negara,” katanya.
Senada dengannya, Senator Datuk Boon Som Inong yang menyifatkan penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak itu satu petunjuk bahawa kerajaan serius dalam memastikan keselamatan dan keamanan kedua-dua negeri berkenaan.
Dalam pada itu, Senator Datuk Jaspal Singh Gurbakhes Singh menegaskan rang undang-undang itu membolehkan tindakan segera diambil tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Dilaporkan rang undang-undang itu memperuntukkan bidang kuasa khas kepada pasukan keselamatan merangkumi penahanan masuk dan pemindahan orang; perintah berkurung; kuasa mengawal pergerakan jalan; kuasa menangkap; kuasa memeriksa dan menyita; kuasa menggeledah premis bagi benda berbahaya; kuasa memeriksa orang bagi benda berbahaya dan kuasa menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau
pengangkut.
Pasukan keselamatan pula terdiri daripada Polis Diraja Malaysia; Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan; Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Sumber

21 Dec 2015

Semua Jentera Kerajaan Diharap Fahami Dan Terap Prinsip Maqasid Syariah


KOTA KINABALU, 21 Dis – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berharap semua jentera kerajaan negeri dapat memahami prinsip-prinsip Maqasid Syariah dan sedaya upaya menerapkannya dalam apa juga dasar dan program kerajaan.
Beliau berkata usaha penerapan Maqasid Syariah adalah selaras dengan tuntutan ajaran Islam yang amat menitikberatkan aspek ‘itqam’ (kesempurnaan) dan ketelusan dalam apa jua lapangan kehidupan termasuk soal pengurusan pentadbiran dan kepimpinan.
Katanya penerapan berkenaan juga adalah sesuai dengan hala tuju Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Feb lalu iaitu untuk menilai keseriusan kerajaan dalam melaksanakan Maqasid Syariah dalam pentadbiran.
Melalui Indeks Syariah Malaysia, lebih banyak manfaat hasil penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam dapat diterima oleh rakyat tanpa mengira agama, katanya pada Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Rujukan utama Indeks Syariah Malaysia adalah berdasarkan penyempurnaan lima aspek dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Berdasarkan lima aspek ini, ukuran dan penilaian akan dapat dibuat bagi memastikan dasar dan program yang dibuat kerajaan selari atau tidak dengan apa yang terkandung dalam Maqasid Syariah,” kata Ketua Menteri.
Menurut Musa, sejak mencapai kemerdekaan pelbagai usaha dan strategi dibuat oleh Malaysia dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara sama ada dalam politik, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sosial dan sudah tiba masanya untuk mengukur secara saintifik usaha tersebut mengikut acuan Malaysia.
Bagaimanapun, katanya usaha kerajaan untuk menjayakan pendekatan Indeks Syariah Malaysia berkenaan belum memadai tanpa sokongan dan dukungan semua pihak di semua peringkat terutamanya pemimpin organisasi, jabatan, daerah mahupun kampung.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Arifin berkata pihaknya amat mengalu-alukan program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia dan berharap peserta yang terdiri daripada pemimpin badan bukan kerajaan dan ketua-ketua jabatan dapat menyebarkan maklumat mengenai Indeks Syariah Malaysia kepada semua lapisan masyarakat.
“Yang sangat penting ialah tujuan kita adalah untuk kebaikan semua tanpa mengira agama, bangsa dan sebagainya kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” katanya.

12 Dec 2015

Saranan Perwakilan Agar Kepimpinan Dirapatkan Adalah Teguran Ikhlas – Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Saranan para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 agar kepimpinan tertinggi parti kini dan terdahulu dirapatkan harus dianggap sebagai teguran ikhlas anggota yang sayangkan UMNO dan mahu parti itu terus di landasan yang benar.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata saranan itu lahir dari suara hati perwakilan yang melihat kepimpinan tertinggi parti sebagai panduan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata adalah penting bagi ‘kepimpinan lama menyayangi kepimpinan baharu dan kepimpinan baharu menghormati kepimpinan lama’.
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Kombinasi ini penting kerana ahli-ahli UMNO keseluruhannya mahu supaya tidak ada sebarang permasalahan berlaku di kalangan kepimpinan sama ada yang telahpun memberikan sumbangan dalam kerajaan mahupun sekarang,” kata beliau kepada pemberita pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.
“Daripada perbahasan itu, ada yang memperlihatkan dengan cara berkias, ada yang berterus terang, tetapi pada hemat saya, itu semua kaedah bagaimana saranan dibuat, tetapi semuanya ikhlas.
“Kami meneliti semua saranan yang dilihat sebagai suara hati perwakilan yang memberi pandangan mereka,” kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ditanya mengenai perwakilan yang mahu kepimpinan tertinggi dahulu dan kini dirapatkan selain adanya teguran keras daripada perwakilan berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid berkata perbahasan hari ini turut berkisar sekitar pemerkasaan institusi presiden dan menterjemahkan dasar UMNO kepada dasar kerajaan untuk kebajikan rakyat.
Beliau berkata institusi itu perlu dipastikan kekal sebagai nakhoda yang mengemudi bahtera politik dengan lancar menuju pelabuhan matlamat yang telah ditentukan oleh dasar parti.
Ahmad Zahid berkata perwakilan turut meminta agar pemimpin sering turun padang bertemu rakyat untuk mengetahui sendiri jerih perih rakyat dalam usaha memastikan keseimbangan sosial di kalangan rakyat tercapai dalam usaha negara mencapai status negara maju pada 2020.
Sementara itu, Hishamuddin turut mengingatkan para perwakilan akan tanggungjawab mereka untuk menyampaikan maklumat yang diterima semasa perhimpunan kepada pemimpin akar umbi di negeri masing-masing.
“Tanggungjawab untuk merapatkan barisan bukan setakat di bahu pemimpin sahaja, perwakilan juga memimpin bahagian masing-masing. Bawa apa yang dibincangkan di perhimpunan ini untuk sampai ke peringkat akar umbi.
“Kalau mereka tidak memikul tanggungjawab untuk membantu kita merapatkan barisan itu bermakna mereka sendiri mengabaikan amanah yang mereka pikul,” kata beliau.

11 Dec 2015

Berdamailah demi kekuatan UMNO

Hari ke dua PAU 2015 berlansung  dengan hangatnya di PWTC Kuala Lumpur. Persidangan kali ini agak hangat dengan pelbagai kemelut serta peristiwa yang umum warga Malaysia sudah mengetahuinya. Bermula dengan pemecatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno  ianya menjadi tanda tanya kepada setiap perwakilan dan pemerhati yang ada di dalam dewan maupun di luar dewan.

Banyak harapan , keinginan dan ucapan dari para pembahas yang mahukan agar pemimpin tertinggi parti mengambil pendekatan yang memberikan kelebihan kepada parti UMNO yang begitu keramat kepada orang-orang melayu. Biarlah segalanya di lakukan dalam keadaan yang ertutuk tanpa terus "menggaru" ataupun mengupas kudis-kudis yang sudah menampakkan kesembuhan. Memang sudah suratan hidup manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, sebagai contoh Nabi Adam pun telah diturunkan dari syurga ke Bumi kerana melangga perintah allah.

Perwakilan Kelantan dengan lantangnya  menyuarakan kebimbangan akan perkembangan yang terjadi kini. Datuk Mohd Alwi Che Wan secara tearng-terang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berdamai demi kepentingan UMNO dan orang Melayu. Muhyiddin dan Shafie perluh bermuhasabah diri demi perjuangan parti Melayu itu.

Beliau menambah " Saya nak kata kepada timbalan presiden dan Naib Presiden, berdamailah, insyaallah kita selamat."

"Mari kita damaikan pemimpin kita, orang luar tengok kita, tak apa lah salah sikit-sikit biasalah,"katanya ketikan membahas Ucapan Dasar Presiden pada perhimpunan Agung 2015 di sini.

Ahli akar umbi sentiasa mengharapkan agar UMNO sentiasa kuat dan sentiasa boleh membantu anak-anank dan orang-orang melayu agar boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain yang ada di Malaysia.

Apapun jika ada ruang simpati untuk kami rakyat di akar umbi yang masih merangkak untuk memperbaiki ekonomi, di harapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memberikan kemaafan ataupun berlapang dada dan memberikan keutamaan kepada perpaduan Parti . Buangkan lah yang keruh dan ambil lah yang jernih,, kerana apa yang terjadi adalah takdir allah dan tentunya ada hikmah di sebalik nya.

Bilang orang Sabah Kalau jodoh ianya tidak kemana dan kalau sudah di takdirkan Tan Sri akan menjadi PM Malaysia  ianya juga tidak akan kemana walaupun dengan perbagai kemelut yang melanda kini.

Salam dari Bumi Sabah...

" Semuanya ada di Balung"

Ada Ubi Ada Batas,Ada Budi Sabah Tatap Balas- Tawfiq Titingan-Pau 2015



DRAF UCAPAN
MEMBAHAS UCAPAN DASAR PRESIDEN
Oleh:
YB DATUK HJ. TAWFIQ DSP ABU BAKAR TITINGAN
KETUA UMNO BAHAGIAN TAWAU
MEWAKILI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SABAH
SEMASA
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2015

Assalamualaikum w.r.t  dan salam sejahtera

Dato’ Pengerusi Tetap Persidangan,

A. MUKADDIMAH

01. Parti UMNO telah melepasi usia 68 tahun, telah banyak ranjau yang kita lalui dalam pelbagai keadaan, pelbagai cabaran dalam pelbagai zaman. Walaupun parti kita diasak dan diterjah dari luar mahupun dari dalam, Allah s.w.t masih mentakdirkan UMNO memikul amanah tunggak kuasa pemerintahan di bumi bertuah Malaysia.

02.  Namun barang perlu kita ingat, kejayaan dan kuasa pemerintahan bukan hak mutlak parti tanpa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.

03. Pokok pangkal kejayaan parti melepasi segala halangan, ujian, cabaran silih berganti selama ini adalah kerana permuafakatan, kesatuan, perpaduan, solidariti majoriti ahli-ahli UMNO dalam menjunjung matlamat perjuangan parti keramat walau terpaksa menelan sesuatu yang pahit serta tidak memenuhi selera masing-masing.

04. Tradisi ini yang perlu kita kekalkan, suara majoriti dalam parti adalah suara keramat. Semua pihak harus menghormati dan akur keputusan yang dibuat.

05. Kalau kita kekal bersatu padu, meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi, kita bersolidariti dengan kasih sayang, Insya Allah perjuangan kita akan terus diiringi berkat dan rahmat dari sisi Allah s.w.t kerana Allah s.w.t sangat suka kepada pejuang dan jamaah yang mempunyai kesungguhan dan kesepakatan seperti sebuah bangunan yang tersusun rapi, mantap dan solid. Seperti Fiman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 yang maksudnya:

“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dalam barisan yang teratur, seakan mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.
Begitu juga dengan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jalinan kerja antara orang-orang yang beriman adalah seperti bahan binaan yang saling menguatkan dan mengukuh antara satu dengan yang lain”

Dato’ Pengerusi Tetap dan Sidang Perwakilan.

B. MENGAPA UMNO SABAH BERDIRI TEGUH MENYOKONG KEPIMPINAN NAJIB ?

06. Ada yang bertanya kepada kami mengenai pendirian UMNO Sabah  bersolidariti dengan UMNO Bahagian Bahagian seluruh negara dalam menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti.

07. Pertama, ingin kami jelaskan di sini bahawa apa jua keputusan yang kami ambil bukanlah keputusan peribadi atau keputusan dua atau tiga orang Ketua Bahagian, tetapi pendirian kami adalah pendirian majoriti 24 daripada 25 bahagian suara akar umbi semasa Persidangan Perwakilan Bahagian-Bahagian di Sabah baru-baru ini.

08. Kedua, seperti kata-kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, orang Sabah amat mengenang budi umpama Peribahasa “ ada ubi ada batas, ada budi pasti Sabah akan membalas”.

09. Kalau sesiapa baik hati kepada Sabah, maka Sabah juga akan baik kepada mereka. Sebaliknya, sesiapa yang berniat jahat atau melakukan kejahatan kepada Sabah, maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Sebagai bukti ketegasan tersebut, apabila Nurul Izzah dan Tian Chua, naib-naib Presiden PKR semasa di Manila didapati bersekongkol dan bertemu dengan Jacel Kiram, anak kepada Sultan Sulu yang mencetuskan serangan keganasan ke bumi Sabah, maka Sabah tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk mengharamkan kedua-dua mereka daripada menjejakkan kaki ke bumi Sabah.
Berbalik kepada sokongan UMNO Sabah kepada YAB Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, ingin kami nyatakan di sini bahawa:

i. UMNO Sabah sokong Najib bukan semata-mata kerana beliau seorang Perdana Menteri yang paling kerap berkunjung ke merata tempat di seluruh Sabah untuk mendengar dan menyelami denyut nadi rakyat Sabah serta menyelesaikan kebanyakan permasalahan yang kami hadapi.

ii. UMNO Sabah sokong Najib bukan semata-mata kerana beliau satu-satunya Perdana Menteri (PM) yang menghargai kebolehan pemimpin-pemimpin Sabah dengan memberi kepercayaan melantik  enam jemaah menteri dalam barisan kabinet persekutuan

kepada pemimpin dari Sabah yang sebelum ini hanya dibataskan kepada dua jawatan menteri penuh, itu pun hanya Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
iii. UMNO Sabah sokong Najib bukan semata-mata kerana beliau prihatin dan bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa mengkaji isu-isu yang dekat di hati rakyat Sabah, khususnya isu mengenai hak-hak Sabah yang dipersetujui bersama semasa membentuk Malaysia pada tahun 1963.

12. UMNO Sabah sokong Najib bukan juga semata-mata kerana peruntukan berbilion  untuk pembangunan negeri Sabah dan kebajikan rakyat Sabah.
Sebenarnya, UMNO Sabah sokong Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah kerana beliau merupakan Presiden UMNO yang dipilih oleh seramai 150 ribu orang secara demokratik oleh ahli-ahli UMNO yang hadir sebagai perwakilan pada tahun 2013.
Jawatan Presiden UMNO adalah amanah yang digalas hasil pilihan lebih 3 juta ahli UMNO seluruh negara. Oleh itu, institusi presiden ini merupakan amanah, mandat dan maruah ahli-ahli UMNO keseluruhannya harus terus dipertahankan sampai bila-bila dan kalaupun UMNO mahu membuat sebarang perubahan, ia mestilah dilakukan mengikut peraturan dan perlembagaan yang kita dukung
bersama.

UMNO Sabah juga menyokong Najib kerana kita berpegang kepada prinsip syariah berdasarkan dalil yang terdapat dalam al-Quran:

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu”
Kalau kita ambil solat sebagai contoh, makmum wajib mengikuti imam, tidak ada sesiapa pun makmum boleh menyingkirkan imam selagi tidak ada dalil sorih (nyata) yang menunjukan imam telah melakukan sesuatu yang menyebabkan solatnya batal. Setakat ini, dari sudut pandangan kami,

Dato’ Presiden selaku imam dalam kepimpinan UMNO, tidak terdapat dalil jelas secara mutlak melainkan hanya dalil Zanni (sangkaan), andaian semata-mata. Lantaran itu, penyingkiran PM dan Presiden secara tidak mengikut perlembagaan, apatah lagi berdasarkan sangkaan dan fitnah sama sekali tidak boleh diterima.

UMNO Sabah juga menyeru dan merayu kepada semua ahli UMNO, tanpa mengira sama ada yang berjawatan tinggi dalam hirarki parti atau sekadar ahli biasa yang masih aktif dengan jawatan atau yang sudah pencen, agar berhenti
menjadi lidah pembangkang menyerang Presiden parti sendiri yang kesannya akan memecahbelahkan parti dan melemahkan kita semua.

UMNO Sabah turut hairan terhadap sikap segelintir pemimpin-pemimpin ini yang suatu ketika dahulu mengajar kami di Sabah untuk setia dan patuh kepada keputusan kepimpinan parti. Semasa sistem penggiliran Ketua Menteri berkuatkuasa di Sabah (1994-2003), yakni jawatan Ketua Menteri digilir-gilirkan setiap tahun di kalangan UMNO, parti komponen bumiputera bukan Islam dan parti Cina. Kami diarah untuk patuh dan akur kepada keputusan untuk ber Ketua Menteri kan pemimpin dari parti komponen yang partinya hanya mempunyai satu atau dua kerusi berbanding UMNO Sabah yang memiliki jauh lebih banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Sememangnya amat pahit untuk kami telan, namun kami tetap akur dan patuh kepada arahan kepimpinan kerana kami diajar oleh PM dan Presiden parti ketika itu bahawa apabila kita menjadi ahli UMNO, maka nilai tunggak dalam parti adalah setia dan taat kepada kepimpinan parti.
Amat menakjubkan, pemimpin veteran yang mengajar kami untuk setia kepada kepimpinan demi kesinambungan serta kekuatan parti, kini adalah pemimpin yang sama mengadakan “Road Show” menjelajah di merata tempat termasuklah di Sabah untuk menghasut ahli-ahli UMNO akar umbi untuk bangkit mengingkari kepimpinan parti serta menghasut untuk menggulingkan PM secara demontrasi jalanan. Maka benarlah kata-kata “Melayu Mudah Lupa”.

UMNO Sabah dengan ini menyatakan pendirian  agar Jawatankuasa Disiplin parti dan Majlis Kerja Tertinggi parti (MKT) mengkaji serta memulakan siasatan terperinci kepada pihak-pihak yang melanggar perlembagaan parti, disiplin dan tatatertib etika berorganisasi dan sekiranya terdapat kesalahan, kami UMNO Sabah menyokong sebarang tindakan diambil demi mengelan
kan virus jahat dari menular di kalangan ahli-ahli UMNO. UMNO Sabah bertegas agar presiden parti bersama MKT tidak terlalu bertolak ansur kepada golongan serpihan ini, kerana jika tidak, kita semua akan ditolak secara beransur-ansur oleh ahli parti dan rakyat keseluruhannya.

C. ISU KESELAMATAN PANTAI TIMUR SABAH / MILITAN IS

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 merupakan satu “wake up call” agar kita sentiasa berwaspada dan meletakkan agenda keselamatan sebagai keutamaan dalam pembangunan negara.
Sekumpulan militan seramai 235 orang yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III (yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu) untuk menceroboh Kampung Tanduo Lahad Datu, kononnya untuk menuntut kembali kawasan pantai Timur Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka.
Insiden keganasan tersebut bukan sahaja mengorbankan 10 orang anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan di Semporna, bahkan menyebabkan  kemusnahan harta benda, mengganggu gugat ekonomi Sabah selain mengganggu suasana aman serta harmoni yang dikecapi  penduduk Sabah sebelum itu.
Saya sendiri menyaksikan secara langsung kezaliman dan keganasan yang diperlakukan kepada anggota keselamatan kita dan ada di antara mereka dikorek kedua belah biji mata, dikerat batang leher mereka, dikikis isi dan kulit muka mereka sehingga yang tinggal hanyalah tulang tengkorak dan  banyak lagi kezaliman mereka yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Saya amat sebak melihat isteri-isteri para syuhada pejuang kita yang menjadi balu, anak-anak mereka menjadi yatim, ibu bapa di kampung yang sering merindui anak-anak kesayangan mereka yang bertugas menjaga kedaulatan negara, tapi yang kembali hanyalah jenazah bersalut jalur gemilang. Saya melihat jenazah wira-wira kita kaku seakan-akan tidur di kamar mayat. Bezanya, mereka tidur untuk selama-lamanya dan tidak akan bangun lagi. Kenapa? Dan untuk apa ? Untuk kita semua, agar kita boleh tidur dengan selesa dan bangun semula melaksanakan rutin harian dalam keadaan aman agar setiap inci tanah tumpah Malaysia akan terus dipertahankan kedaulatan dan kesuciannya. Mari bersama kita doakan mereka :

UMNO Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas segala inisiatif yang telah dilaksanakan serta dirancang untuk mengelakkan tragedi / insiden pencerobohan militan yang menjadi lipatan hitam sejarah negara itu kembali berulang.
Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada YAB Dato’ PM, YAB TPM dan YB Menteri Pertahanan yang meluluskan bajet besar untuk memantapkan serta memperkukuhkan benteng Keselamatan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). Tidak dilupakan UMNO Sabah amat menghargai jasa pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan negara yang terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta banyak lagi agensi lain yang terlibat, khasnya dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Terima kasih kerana meningkatkan aset-aset keselamatan, antaranya menggunakan pelantar minyak yang dikitar semula untuk menjadi sebuah Pengkalan Hadapan menguatkuasakan pertahanan Pantai Timur Sabah yang lokasinya betul-betul di tengah lautan berhampiran sempadan laut Filipina. Pengkalan ini yang dikenali sebagai “Sea Basing” sempat saya lawati mengiringi YB Menteri Pertahanan turun padang beberapa bulan yang lalu.
Di samping itu, Pengkalan Udara Labuan dan Lahad Datu telah dinaiktaraf, 12 buah AV8 Gempita juga ditempatkan di Kem Kukusan Tawau, pengoperasian bot laju yang boleh bergerak di laut dalam dan cetek, Detachment Hawk di Labuan dan Projek Pasang Pulih (REFIT) kapal selam Scorpion juga turut diwujudkan. Selain itu, dua batalion diwujudkan melibatkan satu batalion tentera darat di Lahad Datu dan satu batalion Pasukan Gerak Am (PGA) di Beluran dengan jumlah 1280 anggota juga diluluskan.

Dato’ Pengerusi Tetap dan Sidang Perwakilan Sekalian.

Walaupun sejak kewujudan ESSCOM insiden menceroboh perairan Sabah oleh kumpulan militan tidak berulang lagi, namun Pantai Timur Sabah masih lagi terdedah kepada penjenayah rentas sempadan termasuk insiden penculikan di sebuah restoran di Sandakan. Malah, saya difahamkan penduduk di sekitar kampung Tanduo dan berdekatan dengannya seolah-olah trauma, apabila melihat atau mendengar bunyi bot di lautan dan mereka yang berpakaian ala tentera, khasnya pada sebelah malam. Sampai bilakah kerisauan dan kegusaran ini bakal berakhir ? Justeru, UMNO Sabah berharap lebih banyak lagi usaha dilakukan untuk mengatasi masalah masalah ini termasuklah membersihkan negeri Sabah daripada dalang-dalang Kumpulan Militan dan penjenayah rentas sempadan dengan mengadakan operasi bersepadu memeriksa setiap rumah di kawasan berisiko secara berterusan.
 Ancaman IS, (Islamic State), sudah dimaklumi seluruh dunia. Gerakan pemisah yang bercita-cita menubuhkan negara Islam melalui kaedah kekerasan ini, bukan sahaja melanggar prinsip dan kesucian Islam, tetapi juga melahirkan kebencian masyarakat lain terhadap Islam. Melaluibaiah Kumpulan Abu Sayyaf, MNLF, Pejuang Kebebasan Islam Bangsa Moro (BIFF) dan Rajah Solaiman Movement di negara jiran kita Filipina kepada Abu Bakar Al Baghdadi iaitu pemimpin IS membuktikan ancaman IS semakin dekat dengan kita. Oleh yang demikian, UMNO Sabah meminta kerajaan segera mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan lebih awal, seperti ungkapan orang bijak pandai:

Maksudnya: “Pencegahan itu lebih baik dari pengubatan”
Untuk elemen-elemen keganasan dan militan ini menerobos masuk ke negara kita, khususnya Sabah yang begitu hampir dengan Wilayah Filipina Selatan, ia memerlukan “Suasana Negativiti” untuk menjadi pemangkin kepada penyusupan ideologi dan seterusnya kemasukan secara fizikal.

Di Timur Tengah “Suasana Negativiti” yang dimaksudkan adalah :
i. Pertembungan antara Syiah dan Sunni
Ii. Pertembungan antara Islam dan Kristian
Iii. Pertembungan politik antara Barat dan Arab
Semua ini melahirkan suasana negatif berbentuk kebencian yang kalau tidak dikawal terbukti boleh menjadi flash point untuk keganasan dan kewujudan kumpulan militan dan eksterimisme bersenjata yang akan tumbuh bagai cendawan.

Melihat situasi di negara kita, suasana negativiti seperti yang dimaksudkan adalah menanamkan kebencian antara Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia seperti Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi seterusnya pertembungan antara agama. Sehubungan itu, UMNO Sabah mencadangkan agar lebih banyak engagement dibuat oleh kementerian-kementerian terbabit, mendekati sekiranya terdapat kumpulan-kumpulan yang dirasakan berisiko dan berpotensi menjadi katalis atau pemangkin kepada suasana negativiti yang dimaksudkan di atas. Sekiranya engagement secara baik termasuk memberi penjelasan dan penerangan tidak berkesan, maka gunakanlah segala perundangan yang ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, Rang Undang-Undang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA)  dan mana-mana perundangan yang difikirkan sesuai sebagai langkah pencegahan di peringkat awal.

UMNO Sabah juga mencadangkan:

i.  Agar satu persidangan kebangsaan mengenai ancaman IS yang melibatkan semua ketua-ketua jabatan dan pengerusi-pengerusi agama negeri serta NGO agama dilaksanakan secepat mungkin.
ii.  Semua tenaga dae’i Jakim, jabatan agama negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yadim dan NGO Islam di peringkat negeri dan daerah diberi taklimat kemudian digerakkan untuk memberi penerangan kepada seluruh masyarakat, khasnya di kawasan terdedah kepada ancaman IS dan masyarakat di peringkat akar umbi melalui program seminar, kelas-kelas takmir dan khutbah jumaat.
Iii. Jakim, Yadim, jabatan agama negeri, majlis agama negeri, Institut Wasatiyah Malaysia serta Yayasan-Yayasan Islam di seluruh negara menggunakan dana yang ada untuk melaksanakan program tersebut.
Iv. Memberi kemahiran pengecaman ahli-ahli IS yang cuba menyamar memasuki negara Malaysia kepada petugas di pintu masuk seluruh negara.

D.  MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN
UMNO

Sabah turut menyarankan agar kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan mesti terus berusaha untuk memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara, yakni merapatkan jurang, kalaupun tidak mensifarkan perbezaan kualiti prasarana serta mutu pembelajaran antara kawasan bandar dan luar bandar, khususnya di Sabah.
UMNO Sabah juga tidak mahu mendengar lagi isu-isu bangunan sekolah usang, dimakan anai-anai, bangunan berisiko tinggi dengan kebakaran, bangunan tidak selamat untuk digunakan dan sebagainya. Semua ini harus ada pemantauan berterusan dan tindakan segera tanpa menunggu aduan-aduan masyarakat atau ibu bapa, apatah lagi menunggu sehingga musibah datang melanda.
Kuantiti dan kualiti guru-guru harus sentiasa ditingkatkan agar ia dapat diterjemahkan kepada pembentukan modal insan aset negara cemerlang yang mampu menggalas cabaran, mewarisi dan mempertingkatkan kejayaan negara pada masa hadapan.

UMNO Sabah juga mengucapkan penghargaan terima kasih atas jaminan Perdana Menteri yang juga Presiden parti untuk memberi peluang 90 peratus guru-guru yang berkhidmat di Sabah dalam tempoh tiga tahun akan datang, adalah terdiri daripada anak-anak tempatan Sabah sendiri. Namun begitu, kami berharap agar mereka ini mesti dilatih secukupnya, agar impian untuk melahirkan lebih ramai pendidik berwibawa di kalangan anak-anak muda tempatan akan dapat direalisasikan, tanpa berkompromi tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah terbabit. Dalam pada itu, kebajikan guru-guru tempatan di Sabah berbanding guru-guru di Semenanjung juga harus diberikan perhatian. Sebagai perbandingan, guru-guru dari Sabah juga menghadapi masalah berhubung elaun perumahan wilayah yang tidak seimbang, khasnya apabila mereka mengajar di Semenanjung, walhal guru-guru Semenanjung yang mengajar di Sabah mendapat elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi.

E.  MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
Dalam pada itu, UMNO Sabah juga berharap kerajaan akan terus memartabatkan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai bahasa pengantar negara, Bahasa Melayu harus terus diangkat sebagai bahasa ilmu dan tidak boleh dipinggirkan sama sekali walaupun terpaksa berhadapan dengan ledakan modenisasi. Sungguhpun demikian, apa yang saya ingin utarakan di sini ialah usaha memartabatkan bahasa Melayu hendaklah diseiringkan dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khasnya di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca yang digunakan di kebanyakan negara dan ini amat penting untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
Adalah satu kebenaran bagi seseorang yang memiliki kemahiran sekurang-kurangnya dua bahasa (dwibahasa), khususnya bahasa Inggeris selain bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, adalah lebih ke hadapan dan cemerlang dalam peperiksaan di universiti, apatah lagi dalam persaingan mencari peluang pekerjaan.

Ketahuilah, kemahiran dalam bahasa Inggeris tidak sesekali akan menjadikan kita kurang kemelayuan atau hilang jati diri dari apa sahaja kaum asal kita, malahan ia akan meningkatkan keyakinan diri, nilai tambah yang amat positif serta kebolehpasaran sehingga ke peringkat global.
Memiliki kemahiran dan fasih berbahasa Inggeris sewajarnya bukan sahaja domain untuk masyarakat Cina atau India, bahkan kita orang Melayu dan bumiputera ada hak untuk untuk diberi peluang mahir dan fasih berbahasa Inggeris.
Jangan sampai anak orang atas sahaja yang belajar di United Kingdom (UK), Australia atau USA yang mahir dan fasih berbahasa Inggeris dan anak kami yang di bawah dan berasal dari kampung tidak fasih berbahasa Inggeris. Apabila tiba masanya untuk mereka bersaing, sudah pasti anak-anak orang bawah atau orang kampung ini tidak dapat bersaing dengan mereka.
Oleh hal yang demikian, UMNO Sabah mencadangkan agar rombakan holistik dilakukan terhadap kurikulum pendidikan dari semua peringkat bermula daripada peringkat tadika sehingga ke menara gading, dengan mengambil kira pentingnya bahasa Inggeris menjadi sebagai bahasa kedua yang diberikan keutamaan.

Teruskan agenda memperbanyakkan peluang untuk anak-anak tempatan mengikuti kursus (Teaching English Second Language (TESL). Kalau boleh kita hantarlah mereka ke negara-negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar atau bahasa rasmi mereka seperti di UK.
Berdasarkan keperluan ini, UMNO Sabah mencadangkan agar Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan kerajaan British untuk mereka menghantar guru-guru pakar bahasa Inggeris ke semua sekolah di seluruh negara, termasuklah sekolah-sekolah rendah di Sabah khasnya di kawasan luar bandar. Jika ini dapat dilakukan maka sudah tentu ia dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya anak-anak tempatan Melayu dan bumiputera.

F. UMNO SEBAGAI PAYUNG KEPADA BANGSA MALAYSIA

49. Pada masa yang sama, UMNO Sabah sekali lagi menegaskan agar UMNO yang menjadi dukungan orang Melayu dan bumiputera sejak 69 tahun lalu, hendaklah menjadi payung untuk semua kaum tanpa mengira keturunan bangsa mahupun agama. Dengan status negara berbilang kaum, UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) harus menjadi payung dan peneraju kesejahteraan semua kaum demi memastikan perpaduan kaum terus terpelihara di negara kita. Ini bermakna kaum-kaum lain akan sentiasa menghormati antara satu sama lain dan Melayu sebagai kaum majoriti sentiasa disenangi oleh kaum yang lain.

G. PENUTUP

Akhirnya, biar apapun yang kita laungkan, kita persoalkan mahupun kita hajatkan dalam Perhimpunan Agung kali ini yang dianggap begitu mencabar dengan beberapa polemik yang mungkin sesuai dikaitkan dengan tahun ke-69. Namun, ingatlah perjuangan kita tidak pernah selesai dan jangan sesekali kita mudah lupa bahawa peri pentingnya ketaatan kita sebagai ahli kepada pemimpin. Ini kerana ketaatan kepada pemimpin yang baik adalah tunjang atau asas kepada kerukunan dan penyatuan sebuah parti, apatah lagi parti keramat UMNO iaitu tulang belakang bukan sahaja kepada BN, bahkan telah memayungi negara dan bangsa Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. Justeru, kami UMNO Sabah mengajak kita semua untuk terus bersatu padu dan janganlah kita terlalu berpolitik, lupakanlah sengketa yang bakal meranapkan impian ahli kita.
Adalah lebih baik kita semua pemimpin UMNO sama ada di peringkat atasan mahupun di peringkat cawangan untuk terus turun padang mendekati ahli dan rakyat, memahami denyut nadi mereka kerana kita tidak boleh berlengah lagi, PRU ke-14 semakin menghampiri kita. Buatlah persiapan dari awal dan mengatur strategi terbaik untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenangi pilihan raya itu kelak.
Sungguhpun demikian, UMNO Sabah juga berharap agar segala dasar ataupun polisi yang ditetapkan oleh kerajaan hendaklah sentiasa dipantau, mana-mana dasar yang dianggap membebankan rakyat hendaklah dipertimbangkan semula demi memenuhi keperluan rakyat yang berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Jagalah hati ahli dan rakyat di kawasan masing-masing kerana kunci kejayaan sebenar kita adalah di kawasan masing-masing, sebagai tapak atau asas untuk membina sebuah kerajaan yang utuh di bawah lembayung UMNO dan Barisan Nasional. Luruskanlah yang bengkok, jangan biarkan ia patah, buanglah yang keruh ambillah yang jernih, demi maruah agama bangsa dan negara.
 Demikianlah perbahasan saya pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, dan dengan ini UMNO Sabah mohon menyokong...

" Semuanya Ada di Balung"..

10 Dec 2015

Yang tua di hormati dan yang muda di sayangi-PAU 2015

"Pucuk pangkalnya, setiap daripada kita,… yang berhimpun, di sinilah rumah UMNO. Saya dan saudara saudari semua, bukanlah hanya sekadar bagian daripada UMNO, akan tetapi,… kita adalah UMNO."

'Kitalah tiang serinya, lantai dan dindingnya, jenang dan jendelanya, atap genting dan atap rumbianya, pasak dan tunjangnya, saling bergabung, lengkap melengkapi, yang akan terus mengibar megah sang saka bangsa, panji keramat kepada parti yang berdaulat ini.'

Kata orang,….. alang-alang mahu berjuang,… walau langit turun menimpa,… meski bumi terbagi dua,… dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah,... pertahankan bersama.

Apatah lagi pada perhimpunan kali ini, setelah episod-episod tidak terduga telah terjadi, pastinya ada sesetengah yang datang, dengan segala bentuk perasaan dan rasa serta hal-hal yang terbuku di dada.

 Walau bagaimanapun,… Alhamdulillah,… saya yakin dan percaya, melihat akan rentak dan semangat yang ditampilkan, selama beberapa hari ini, majoritinya masih teguh berikat dengan kepimpinan saya.

"SEMUANYA ADA DBALUNG"

Wanita UMNO P 190 Tawau- PAU 2015

"Kepada Wanita, sepertimana diisytiharkan pada perhimpunan agung 2013, segala susah payah dan pengorbanan kaum Hawa dalam parti bertuah ini,… selamanya akan diangkat,… dan terus dimartabat,… sebagai tulang belakang UMNO."

Tahniah Wanita Umno P190 TAwau...

" Semuanya ada di Balung"

UMNO P190 Tawau bersama CM Sabah- PAU 2015

 1.Justeru, pada minggu-mingguyang lepas, dalam ikhtiar pembikinan naskhah ucapan, selaku presiden bagi kali yang ketujuh ini, saya telah mengadakan pertemuan-pertemuan, dengan pelbagai pihak, khususnya para alim ulama, bagi mendapat pandangan serta nasihat.

2. Ini semua, saya lakukan, oleh sebab pada hemah peribadi dan rakan-rakan, kita,… sedang mendepani detik-detik sukar lagi menduga kesabaran serta juga sifat istiqamah kepimpinan parti.

3. Lalunya, saya dipesan-pesan,… bagi memperingati satu sama lain, antaranya, petikan-petikan dari surah Al-Quraish dan A-li I'mran ayat 160, serta sepotong lagi kalimah-kalimah terakhir, sebagai penutup
surah Al-Baqarah.

4. Begitulah,… saya mengajak saudara dan saudari, sama-sama mengucapkan Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa a'la Ali Saidina Muhammad.

5. Mudah-mudahan, terurai segala simpulan, terhapus semua kesusahan, tertunai seluruh hajat yang didamba dan tercapai segala hasrat yang diinginkan,… Insya-Allah.


" Semuanya ada di Balung"


alang-alang mahu berjuang,… walau langit turun menimpa,… meski bumi terbagi dua,… dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah,... pertahankan bersama.



"Kata orang,….. alang-alang mahu berjuang,… walau langit turun menimpa,… meski bumi terbagi dua,… dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah,... pertahankan bersama."


ISTIMEWA DARI UMNO P190 TAWAU

" Semuanya ada di Balung"