Hari ke dua PAU 2015 berlansung dengan hangatnya di PWTC Kuala Lumpur. Persidangan kali ini agak hangat dengan pelbagai kemelut serta peristiwa yang umum warga Malaysia sudah mengetahuinya. Bermula dengan pemecatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno ianya menjadi tanda tanya kepada setiap perwakilan dan pemerhati yang ada di dalam dewan maupun di luar dewan.
Banyak harapan , keinginan dan ucapan dari para pembahas yang mahukan agar pemimpin tertinggi parti mengambil pendekatan yang memberikan kelebihan kepada parti UMNO yang begitu keramat kepada orang-orang melayu. Biarlah segalanya di lakukan dalam keadaan yang ertutuk tanpa terus "menggaru" ataupun mengupas kudis-kudis yang sudah menampakkan kesembuhan. Memang sudah suratan hidup manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, sebagai contoh Nabi Adam pun telah diturunkan dari syurga ke Bumi kerana melangga perintah allah.
Perwakilan Kelantan dengan lantangnya menyuarakan kebimbangan akan perkembangan yang terjadi kini. Datuk Mohd Alwi Che Wan secara tearng-terang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berdamai demi kepentingan UMNO dan orang Melayu. Muhyiddin dan Shafie perluh bermuhasabah diri demi perjuangan parti Melayu itu.
Beliau menambah " Saya nak kata kepada timbalan presiden dan Naib Presiden, berdamailah, insyaallah kita selamat."
"Mari kita damaikan pemimpin kita, orang luar tengok kita, tak apa lah salah sikit-sikit biasalah,"katanya ketikan membahas Ucapan Dasar Presiden pada perhimpunan Agung 2015 di sini.
Ahli akar umbi sentiasa mengharapkan agar UMNO sentiasa kuat dan sentiasa boleh membantu anak-anank dan orang-orang melayu agar boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain yang ada di Malaysia.
Apapun jika ada ruang simpati untuk kami rakyat di akar umbi yang masih merangkak untuk memperbaiki ekonomi, di harapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memberikan kemaafan ataupun berlapang dada dan memberikan keutamaan kepada perpaduan Parti . Buangkan lah yang keruh dan ambil lah yang jernih,, kerana apa yang terjadi adalah takdir allah dan tentunya ada hikmah di sebalik nya.
Bilang orang Sabah Kalau jodoh ianya tidak kemana dan kalau sudah di takdirkan Tan Sri akan menjadi PM Malaysia ianya juga tidak akan kemana walaupun dengan perbagai kemelut yang melanda kini.
Salam dari Bumi Sabah...
" Semuanya ada di Balung"
No comments:
Post a Comment