30 Aug 2015

Guru adakan "tution" percuma malam demi kecemerlangan Pelajar UPSR SK Balung Tawau 2015

Semalam saya menghadiri satu program motivasi yang di adakan di sekolah anak saya iaitu di Sekolah Kebangsaan Balung Tawau. Ianya diadakan di di Dewan Sekolah yang beratap dan masih berlantaikan tanah lagi. Tapi ianya bukanlah halangan untuk pihak sekolah menjalankan aktiviti walaupun sedikit ketidak selesaan yang di hadapi oleh para ibubapa dan guru pada penjumpaan tersebut.

Pada mulanya saya agak tertanya-tanya apakah pengisian yang akan di adakan semasa  perjumpaan itu. Di surat jemputan yang diedarkan seminggu sebelum tarikh perjumpaan hanyalah tertulis "Program motivasi bersama ibubapa " anjuran Unit Bimbingan & kaunseling.

Sambutan pada hari itu agak menggalakkan kerana hampir 300 ibu bapa yang hadir untuk menjayakan program tersebut. Seperti biasa hampir 80 % yang hadir adalah dari kaum ibu dan selebihnya dari kaum bapa.

Di awal ucapan dari Guru Besar Sekolah tersebut iaitu Cikgu Mohd Fazil Yee Abdullah  beliau mengucapkan ribuan terimakasih di atas sambutan yang begitu baik dari ibu dan bapa untuk menjayakan majlis pada hari tersebut dan di dalam ucapan nya juga beliau menyatakan yang  kedudukan Sabah adalah yang tercorot  diantara negeri-negeri yang ada di Malaysia dari segi pendidikan dan yang ketiga terbaik diantara daerah yang adalah negeri Sabah.

Beliau juga berjanji akan menjadikan SK Balung menjadi sekolah yang terbaik dalam masa terdekat ini. Kearah itu beberapa inisiatif yang di ambil termasuk mengadakan tution secara percuma dan diadakan di waktu malam, ianya juga sudah berjalan hampir dua minggu. Sekalung tahniah juga di berikan kepada guru-guru yang terlibat kerana sanggup meluangkan waktu rehat iaitu sekitar pukul 7-9 malam pada setiap hari semata-mata ungin melihat anak murid di kawsan SK Balung mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya agak tertarik dengan ucapan akhir  dari guru besar yang berbunyi, " saya bukanlah tidak mengutamakan pencapaian dalam bidang korikulum pelajar tetapi pencapaian akedemik terutamanya UPSR hanyalah berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup dan pencapaian dalam bidang korikulum terutama sukan dapat di perbaharui pada bila- bila masa.

Ucapan nya seterusnya  ialah dari ialah dari YDP SK Balung Tawau. Dia banyak menekankan akan perlunya kerjasama diantara guru dan ibu bapa dalam menjayakan setiap program yang di adakan di sekolah. Beliau juga menekankan akan pertambahan penduduk dan murid yang  bertambah sedangkan  kelas masih lagi di tahap yang lama dan ini memberikan sedikit masalah kepada pengurusan pihak sekolah untuk menerima murid . Dalam ucapannya juga dia memaklumkan yang permohonan bangunan baru untuk sekolah tersebut telahpun di terima oleh pihak kementerian dan hanya menunggu kelulusan dari pihak kementerian. Di akhir ucapan beliau dengan rasminya merasmikan perjumpaan pada hari itu.


Acara kemuncak pada hari itu ialah ucapan dari tetamu yang dijemput khas iaitu Ustaz Mohammad Othman yang merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah menengah yang ada di daerah Tawau. Di dalam ceramanya beliau menekankan agar setiap murid di berikan pendidikan agama yang sekucupnya bagi ,mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala yang tidak di ingini. 

Beliau juga menekankan agar ibu bapa sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu akan aktiviti anak-anak pada setiap masa. Menurutnya doa adalah segalanya dan doa yang sangat afdal adalah doa dari kedua ibu dan bapanya untuk anak-anak mereka.

Melihat kelakuan diri sendiri kerana itulah yang terjadi kepada anak-anak mereka sendiri. Sentiasa bercakap dengan lembut dan baik agar anak-anak sentiasa patuh dan taat kepada kedua ibu bapa. Menberikan hukuman ataupun pukulan seperti yang di syaratkan dalam islam jika murid ataupun anak-anak melakukan kesalahan .

Acara penutupan majlis itu di adakan cabutan tiket bertuah kepada ibubapa dan guru yang hadir pada majlis tersebut. Apa pun sekalung tahniah kepada pihak guru-guru dan pengurusan SK Balung yang bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut dan yang paling menyentuh hati saya dan ibu bapa ialah kesudian guru-guru memberikan tution yang intensif kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, mereka dengan rendah hati sanggup meluangkan masa untuk mengajar di waktu malam walaupun ianya tidak di berikan ganjaran wang ringgit tapi atas semangat ingin membantu anak bangsa sendiri semuanya mereka sanggup dengan suka rela.

Adalah diharapkan program sebegini sentiasa diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama guru dan ibu bapa dan ianya juga diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akedemik di kalangan pelajar SK Balung khasnya.

Sedikit kekecewaan kerana juruacara dan pencabut tiket bertuah  seperti berkonspirasi sehingga tiket saya yang bernombor 034. tidak tercabut dan tidak memenagi sebarang hadiah walaupun menunggu sehingga keakhir program.  hehehe

Salam dari  Bumi Balung..

No comments: