MO,KUALA LUMPUR,28/8/2015 – Segmen bacaan ikrar sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 buat pertama kalinya menampilkan beberapa individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing untuk menerajui bacaan itu.
Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Hanafiah Mokhtar berkata, antara yang terlibat adalah Ikon Belia Negara Muhammad Zhariff Affandi; atlet wushu negara, Diana Bong Siong Lin; malim Gunung Kinabalu, Mohd. Rizuan Kauhinin dan pengacara serta juruhebah Fara Fauzana.
“Jika sebelum ini yang membaca ikrar biasanya mengikut jumlah tahun ke berapa kemerdekaan, contohnya kemerdekaan ke-57, jadi 57 orang yang akan membacakan ikrar, tetapi tahun ini ada kelainan,” katanya selepas menghadiri acara raptai Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini.
Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2015 akan disertai kira-kira 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, anggota pasukan keselamatan serta pelajar sekolah.
Tema ‘Sehati Sejiwa’ dipilih sempena Hari Kebangsaan tahun ini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment