2 Aug 2015

Najib Gesa Semua Parti Dedahkan Maklumat Dana Politik



SHAH ALAM - PR digesa supaya mendedahkan sumbangan dan pembiayaan politik yang diterima sejak 2008 di Pulau Pinang dan Selangor.
 
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kenyataan pemimpin PR terutama DAP yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi Umno dan BN sebagai hipokrit.
 
Menurutnya, DAP sebelum ini enggan berbuat demikian dalam satu perkara berbangkit sewaktu sidang Parlimen selepas PRU12.
 
“Saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Perdana Menteri mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan Umno, sedangkan mereka menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.
 
“Mereka memberi alasan ia parti sara diri dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
Beliau berkata, semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya.
 
“Bukan rahsia juga mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu.
 
"Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan yang konon membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik,” katanya.

No comments: