Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang sentiasa mengikuti akan perkembangan tulisan ku terutama yang sering memberikan maklum balas positif maupun yang negatif dalam saya berkarya di dalam blog dan sebagainya.
Pada masa dan di bulan syawal yang mulia ini umat islam tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikannya sempena dengan kemenangan umat islam dalam melawan nafsu di samping menunaikan rukun islam yang ke tiga.
Yang berkemampuan akan mengadakan jamuan ataupun "Open House" secara besar-besaran dengan menjemput hampir ratusan ataupun ribuan tetamu untuk menghadiri majlis tersebut, dan yang tak mampu akan hanya membuat ataupun menyambut kemenangan ini dengan cara tradisional seperti yang biasa diamalkan sejak dahulu lagi seperti menunggu dan menunggu tetamu datang ke rumah masing-masing.
Terdapat kebaikan dan keburukan dengan apa yang banyak pihak lakukan sempena dengan menyambut bulan kemenangan bagi umat islam di masa kini. Diantaranya ialah:
- Ianya memudahkan tuan rumah mengatur masa dan menjemput rakan sebaya, kenalan rapat dan rakan sekerja dalam bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
- Perbelanjaan dapat diatur dengan sempurna seperti dalam membeli segala keperluan yang diinginkan.
- Disamping kita dapat mengeratkan siraturrahim di antara sesama rakan dan sebagainya ianya juga boleh menjadi medan perjumpaan dan akan kenal-mengenali diantara satu dengan yang lain di antara tetamu yang hadir.
Keburukan pula adalah:
- tuan rumah tidak dapat menumpukan masa serta perhatian pada tetamu yang hadir sebagai contoh masa bersemuka dengan tetamu adalah terhad jika di bandingkan dengan cara dahulu.
- Ada sesetengah pihak (bukan semua) membuat rumah terbuka hanyalah hanya ingin memperlihatkan rumah baru, kereta baru, perabut baru dan sebagainya. Di khuatirkan ianya akan menimbulkan riak .
- Ada yang menjemput tetamu yang tinggal jauh tetapi tidak menjemput tamu yang berada di sekitar rumah atau pun kampung mereka. Ini juga membuatkan jiran-jiran terdekat akan terasa hati dan akan merenggangkan persahabatan diantara sesama jiran tetangga.
- terkadang ada yang tidak berkemampuan tetapi atas desakkan rakan-rakan dan tidak mau ketinggalan mereka akan membuat ruma terbuka biarpun terpaksa berhutang.
Apapun matlamat utama ialah ingin mengeratkan silaturrahim diantara sesama insan di bulan kemenangan ini, semoga apa yang kita buat dan amalkan mendapat ganjaran yang setimpal dari yang maha esa.
Salam dari bumi Balung...
No comments:
Post a Comment