11 Aug 2015

MAKLUMBALAS SEGERA DARI DATUK TAWFIQ ADUN APAS KEPADA PENGADU

Tidak sampai sehari pun post yang di paparkan di laman muka buku ianya terus mendapat maklumbalas dari pihak yang berkenaan. Walaupun ianya ianya hanya luahan hati dari seseorang ianya tidak menghalang Datuk Tawfiq Titingan memberikan maklumbalas segera untuk permasalahan tersebut.

Dalam apa jua keadaan, sebenarnya pihak kerajaan mempunyai peruntukan khas untuk membantu. Cuma kadang-kadang ada pihak yang takut ataupun malu untuk mencritakan permasalahan yang di hadapi untuk pihak yang berwajib.

Memanglah agar sukar di pihak Yang Berhormat untuk mengetahui segala yang terjadi di kawasan mereka tampa kita sendiri datang dan bertemu dengan mereka. Kalau lah kita agak keberatan untuk berjumpa dengan kakitangan yang ada di pejabat DUN adalah lebih baik pemohon bertemu sendiri untuk memberi tahu akan permasalahan yang di hadapi.

Setahu saya ADUN Apas akan mengadakan hari terbuka untuk bertemu dengan semua pengundi-pendundi pada kekerapan sebulan sekali. Selalunya ianya diadakan di pejabat UMNO Bahagian Tawau. Ini bertujuan untuk memudahkan dan menyenangkan mereka-mereka yang menghadapi permasalahan dan perlukan bantuan dari YB.

Kalau pengadu betul-betul layak tindakan akan diambil dengan segera oleh pihak Yang Berhormat Ketua Bahagian Umno P 190 Tawau.

Kepada yang ingin dan memerlukan bantuan jangan segan untuk datang sendiri ke pejabat ADUN berkenaan kerana dia sentiasa sudi dan sedia membantu dalam apa jua keadaan.


No comments: