29 Aug 2015

IBRAHIM ALI DAN SANUSI JUNID PURA-PURA TIDAK FAHAM MAKSUD TERBANGSAT !!


DS Najib Semasa Merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau
Ucapan DS Najib (Najib) semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau tempoh hari menarik minat ramai pihak. Malangnya ada segelintir orang yang memberi maksud yang silap dan sengaja merosakkan maksud ucapan tersebut. Barangkali mereka pura-pura tidak faham!

Amat mengecewakan tiada sesiapa di dalam UMNO yang menjelaskan perkara ini. Baik Penerangan UMNO apatah lagi Naib Ketua Pemuda UMNO pusat dan exco sekongkolannya dengan pemikiran yang jumud ketika ini. 

Saya sangat bimbang Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin belum lagi menyiapkan penggantinya yang sehebat dirinya, atau pun setidak-tidaknya sama hebat dengan Datuk Harun Idris atau barangkali DS Anwar Ibrahim pada zamannya. Keadaan ini sangat berbahaya kepada Pemuda UMNO pada masa hadapan!

Komen Datuk Ibrahim Ali, "Walaupun Umno dah memerintah sejak Merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak? "Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik."Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mount Kiara dan pakai baju harga RM20,000". (mkdc)

Komen di atas penuh dengan emosi yang hebat, agaknya. Sebagai pemimpin yang berpengalaman, mungkin beliau boleh memberi ulasan yang lebih sesuai mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP berbanding ketika di bawah pemerintahan Gerakan. Sejak DAP memerintah. lebih daripada 20 kampung-kampung orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang telah dirobohkan. Itulah nasib mereka. Bangsa menjadi bangsat apabila parti lain memerintah. 

Bekas Menteri TS Sanusi Junid (Sanusi) berkata, "Sekarang ini, ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah... jadi orang yang menyebabkan Umno itu kalah ialah punca ..yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsatnya bangsa. "Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat. Pemimpin yang menyebabkan Umno kalah itu adalah pemimpin yang bangsat !" (mkdc)

Oleh kerana UMNO tidak kalah semasa PRU13 sebaliknya berjaya menawan semula Kedah (21 kerusi) berbanding PR (15 kerusi) dan Perak kekal memerintah.

Manakala UMNO menambah jumlah kerusi di Kelantan daripada 6 (2008) kepada 12 (2013), maka ulasan Sanusi tersebut tidak relevan. Apatah lagi di peringkat Parlimen, UMNO berjaya menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 89.

Kita tidak boleh menyimpulkan UMNO akan kalah pada PRU14 kelak kerana pada tahun 1998 seluruh dunia menyatakan UMNO akan jadi pembangkang pada tahun 1999 (PRU10), namun hakikatnya tidak begitu. 

Begitu juga semasa PRU12 (2008) dan PRU13 (2013), seluruh dunia sudah bersedia untuk melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun begitu mimpi hanya tinggal mimpi. 

Kerana apa? Kerana anda terlalu beretorik dan berilusi ! Khalayan tidak akan membentuk kerajaan. Seperti kata Datuk A. Kadir Jasin hari ini, demonstrasi BERSIH 4.0 tidak akan berjaya menjatuhkan Najib. Kerana mereka diberi mimpi indah kononnya jika ada 20,000 baju kuning di bandaraya Kuala Lumpur, Najib akan berundur.

Maksud 
Najib hanya memberi peringatan dan gambaran apa bakal berlaku kepada orang Melayu jika parti lain memerintah. Parti PAS pun mewakili majoriti orang Melayu dan Islam, tetapi PAS tidak dapat menghalang Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada merobohkan kampung-kampung Melayu dan gerai-gerai Melayu. Lebih malang lagi, ahli majlis daripada parti PAS dipecat dengan begitu amat mudah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Walaupun ada bantahan, tetapi tiada siapa di dalam kerajaan DAP memperdulikannya.

Hal seperti itu tidak berlaku semasa Gerakan memerintah Pulau Pinang kerana adanya UMNO yang turut sama memerintah kerajaan BN ketika itu. 

Kesimpulannya, orang Melayu bukan bangsa yang bangsat atau terhina. Namun, boleh jadi bangsa Melayu akan menjadi terhina atau terbangsat jika parti lain memerintah. Contoh yang paling nyata ialah nasib orang-orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang hari ini.

Sumber di sini


No comments: