30 Mar 2017

Selamat hari jadi dari kami di Balungkini.





Selamat hari jadi, semoga sentiasa di berikan kekuatan dalam memimpin dan memartabatkan Sabah di mata dunia.

Salam dari bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung.

27 Mar 2017

Tahniah, JR Wanita Umno P 190 Tawau



Baru-baru ini saya telah di kunjungi oleh beberapa orang wanita yang berumur dalam lingkungan 40 an. Mereka datang dalam satu kumpulan lima orang dengan budi bahasa  yang sangat tinggi serta mempunyai semangat yang kuat dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada mereka. Pada mulanya saya menganggap mereka hanyalah jurujual yang ingin menjual serta mempromosikan barangan mereka. Ternyata tekaan saya meleset .

Rupa-rupanya mereka ini adalah dari skuad  Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Bahagian Tawau yang menjalankan kerja-kerja bagi mengenal pasti pengundi yang ada di setiap kampung dan Pusat Daerah Mengundi di   DUN dan Kawasan Parlimen Tawau.

Alhamdulillah ini adalah pengorbanan dari kaum hawa di dalam memastikan segala data dapat di ambil serta dapat mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Tahniah sekali lagi kepada Skuad Jalinan Rakyat Zon Balung kerana kerana menjalankan tugas yang di amanahkan dengan penuh ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...

Kekal perpaduan dan sentiasa bersyukur-Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Karnival Belia Balung 2017)


Selesailah sudah acara yang paling gilang-gemilang  yang pernah di
adakan di Pekan Balung pada tahun ini dengan menghimpunkan hampir lima ribu warga Balung dan di sekitarnya sama-sama datang memeriahkan majlis pada malam tadi. Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak tidak menentu , ianya bukan lah halangan untuk warga Balung  datang  bertemu dengan pemimpin dan artis-artis jemputan pada malam tersebut.

Pada majlis malam tadi, perasmian telah di sempurnakan oleh YAB
Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan yang merupakan Ketua Setiausaha kepada Ketua Menteri Sabah, Naib ketua Umno Bahagian P190 Tawau dan juga di Gelar oleh orang Balung iaitu " Datuk OK" kerana apa saja permintaan dari pihak sekolah-sekolah dan Kampung-kampung yang ada di sekitar DUN Balung akan di jawab dengan perkataan "OK" walaupun dalam keadaan sibuk dan dalam apa jua situasi.

Didalam ucapan perasmiannya semalam, beliau mengharapkan agar
warga Balung sentiasa mengekalkan semangat bersatu padu , hormat menghormati  dan saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain. Walaupun  mempunyai etnik yang pelbagai, masyarakat  terutamanya yang berada di kawasan balung menjadikan ianya satu cabaran dan satu keadaan yang membuatkan orang-orang Balung sentiasa bekerjasama dan bertoleransi antara mereka dan ini menjadikan ianya menjadikan satu keunikan kepada masyarakat yang ada di Sabah. 

Seperti di dalam ucapan beliau di majlis-majlis yang di adakan sebelum ini, beliau sentiasa menekankan akan semangat  mengenang jasa-saja dan kemajuan yang selama ini kerajaan bawa untuk kesejahteraan orang ramai. Beliau juga menekankan agar penduduk menjauhkan diri dari pada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang ada kini  sedangkan mereka-mereka inilah juga yang pernah menjawat jawatan tinggi kerajaan dan hampir menggadai harta dan milikan kerajaan negeri Sabah.

Para hadirin yang datang pada malam itu turut melaungkan  "Negaraku Malaysia,hidup rakyat dan terus berjuang" dengan penuh bersemangat tanda rasa syukur dan hormat kepada keamanan dan keharmonian yang di kecapi dan kebebasan di dalam menjalankan segala aktiviti di sini. Di akhir ucapan nya beliau mengharapkan akan perpaduan dan keharmonian kaum di kekalkan,sekali lagi di ucapkan dalam menuju sebuah bangsa yang berdaulat di bumi Sabah yang bertuah ini.

Di samping ucapan dan hiburan, acara kali ini turut di sertakan dengan tapak-tapak perniagaan  dan tapak pamiran dari agensi
kerajaan dan swasta untuk menambahkan sedikit pendapatan dan maklumat untuk semua. Menurut seorang peniaga yang saya temui, di hari pertama beliau memperolehi pendapan hampir seribu ringgit dan di hari kedua berjumlah hampir satu ribu lima ratus ringgit. Begitu juga dengan restoran yang ada di Taman Sawit, pendapatan mereka meningkat hampir 500 % dari hari biasa dengan ada nya karnival yang di jalankan di kawasan
tersebut. Ini menunjukkan bukan saja berhibur  dan beriadah, karnival ini menjadi punca rezeki untuk para peniaga  yang ada .


 Adalah di harapkan acara sebegini akan sentiasa di adakan terutamanya di Pekan Balung dengan tujuan dapat memperkenalkan Balung kepada orang-orang Tawau dan di luar dari Tawau, dapat memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan seterusnya menjadikan Balung tumpuan kepada orang luar untuk sentiasa berkunjung ke Pekan Balung. 

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung.



26 Mar 2017

"Laungan Tolak Penghasut Bergema" di Karnival Belia Balung




Sorakan tolak penghasut bergema di pekan Balung dengan penuh semangat daripada hadirin yang datang menyaksikan Karnival Belia yang di adakan pada 25 dan 26 March 2017. Karnival belia pada kali ini telah di rasmikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan semalam.

Di dalam ucapan nya semalam, beliau mengharapkan agar rakyat
sentiasa bersatu padu  dalam apa juga keadaan yang mendatang. Tanpa kesatuan utyh sudah pastinya Negara akan hancur dan musnah. Sebagai contoh negara Syria yang dulunya sangat aman dan penduduknya dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman dan dapat menjalankan
aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Akan tetapi penduduknya yang tak bersatu padu dan termakan dengan hasutan dari pihak yang tidak bertanggungjawab akhirnya Syria hancur dan musnah, dahulumya Syria di penuhi dengan bangunan yang sangat cantik kini ianya di penuhi dengan rakyat yang merempat sehinggakan untuk makan dan minum sekalipun mereka mengharapkan bantuan dari negara-negara luar untuk menyumbangkan simpati.

"Dahulu orang Balung hanya mengharapkan air hujan untuk minum, kini hampir semua rumah yang ada di Balung menggunakan air bersih yang sudah di rawat oleh Jabatan Air Sabah, dahulunya jalan Balung hanya ada satu lorong dan kini ianya sudah ada dua lorong dan ianya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penguna-penguna jalanraya terutama orang Balung". Kerajaan memungut cukai dan cukai itu di kembalikan semula kepada rakyat melalui pembinaan prasarana, sekolah dan segala kemudahan yang ada untuk rakyat gunakan , katanya lagi.

Adalah di harapkan program sebegini sentiasa di adakan bagi
menyampaikan segala maklumat kepada penduduk agar rakyat memahami dan dapat merebut segala peluang yang kerajaan sudah sediakan. Di akhir ucapan nya beliau mengumumkan akan geran kerajaan yang di berikan  secara percuma kepada anak Sabah yang layak. Program berkenaan di namakan "YESS" dan akan memberikan geran sebanyak RM 2000 kepada individu dan RM 5000 kepada kumpulan dengan syarat individu atau kumpulan berkenaan telah mengikuti kursus yang di iktiraf untuk mereka memulakan perniagaan yang di pilih.

Di akhir ucapannya beliau harapkan agar rakyat sentiasa bersyukur dan bersama dengan kerajaan yang sedia ada kini di dalam meneruskan kesinambungan dan kemajuan yang terus di laksanakan oleh kerajaan.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...

Era Balung
11.05 pm 
25/3/2017

25 Mar 2017

"Semuanya ada di Balung ada di Balung", tahniah pemimpin Tawau


"Semuanya ada di Balung ada di Balung" seakan menjadi kenyataan bila mana satu demi satu kemudahan dan prasarana sudah mula ada dan mula beroperasi. Jika dahulunya Balung adalah satu kawasan ladang kelapa sawit dan menempatkan hanya pekerja-pekerja ladang dan sedikit kakitangan awam dan penduduk kampung yang ada berhampiran.

Kini segalanya sudah beransur berubah dengan perancangan yang rapi, permuafakatan dan kerjasama daripada pemimpin peringkat Kampung, PBT, Negeri dan peringkat Nasional. 20 tahun dahulu jika sebut Balung setiap orang akan terbayang akan satu-satunya Kilang memproses Buah Tandan segar kelapa sawit yang ada di Balung, sebut saja Balung sudah pastinya  akan teringatkan"Sate Kokos" yang sememangnya menjadi mercu tanda utama Balung.

Kini segalanya sudah berubah dan segalanya hampir sempurna dan
hampir lengkap. Dari segi kemudahan asas seperti air dan letrik hampir semua kampung sudah memiliki dan menggunakan kemudahan tersebut, bila sebut taman perumahan, Balung sudah memiliki  tiga buah Taman yang berdaftar dan di urus oleh PBT tempatan iaitu Taman Sawit, Taman Sri Balung dan PPRT Balung yang menempatkan ribuan penduduk yang terdiri dari pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Bila sebut pekan, Balung sudah ada satu kawasan yang boleh di panggil pekan yang menempatkan, pusat beli bela, Bank dan ruang-ruang untuk perniagaan samada yang kecil mau pun yang besar.

Alhamdulillah, satu lagi mercu tanda dan buah tangan dari pemimpin Balung bakal siap yang hampir 95 % siap iaitu jalan dua lorong yang menghubungkan bandar Tawau dan Pekan Balung. Ianya juga di lengkapi dengan kemudahan lampu limpah bagi memudahkan penduduk menggunakan jalan tersebut seterusnya dapat menjalankan aktiviti dalam keadaan yang sangat selesa.

Inilah bukti dan kesungguhan pemimpin yang ada kini membuat kerja dan mengutamakan segala keperluan yang rakyat mahukan. Sememangnya ada yang terlepas pandang dan ada keperluan yang tidak dapat di penuhi tetapi ianya bukan nya titik akhir dan usaha berterusan sudah pastinya akan membuahkan hasil. 

Kepada pemimpin baru yang bakal menduduki kerusi DUN Balung diharapkan dapat menjalankan tugas yang baik seperti ADUN Balung yang ada kini seperti yang kita sedia maklum di dalam setiap ucapan nya , beliau menyatakan ini adalah penggal terakhirnya di DUN Balung memandangkan usia yang sudah agak meningkat dan ini adalah masa yang sesuai untuk beliau bersara dari arena politik dan memberikan peluang kepada generasi yang lebih muda untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang ada di Balung. Sesuatu yang sukar tetapi bukan mustahil jika pemimpin yang di pilih kelak, ikhlas dalam menjalankan setiap tugas yang di amanahkan.

Tahniah kepada ADUN Balung DSP Syed Abas Syed Ali dan Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan kerana hasil tangan dan buah fikiran maka terlahirlah Balung yang ada kini.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung.......

1.39 am
Restoran Era Balung, 

22 Mar 2017

Aktiviti mingguan YBHG Datuk Nizam DSP Hj AB Titingan di Tawau dan DUN Balung


YBHG Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan hadir menyaksikan Festival Kebudayaan Antarabangsa 2017 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau








YBHG Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan meluangkan masa menghadirkan diri di beberapa lokasi jemputan Perkahwinan di Batu 4 Jalan Apas,Kg.Sungai Gading Wakuba dan Balung Cocos







Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...













Aktiviti harian Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan



East Malaysia Coaching Symposium dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan di Palace Hotel, Kota Kinabalu





Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sedang menerima cenderahati dari Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tuan Alijus Sipil selepas menyampurnakan Perasmian Festival Antarabangsa Tawau 2017 pada malam 19-03-2017 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.Antara yang turut berada di atas pentas ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan.




Salam dari Bumi Balung...


Semuanya ada di Balung ada di Balung...









21 Mar 2017

Usahawan di gesa terokai bidang baharu-Nizam DSP Abu Bakar Titingan



Berdasarkan prinsip Sembilan dari sepuluh lubuk pendapatan ada dari sumber perniagaan, orang ramai adalah di gesa agar merebut peluang terutama dalam perniagaan untuk menambah pendapatan. Demikian ucapan daripada Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan semasa berucap pada satu majlis yang di adakan di Tawau pada baru-baru ini.

Kerajaan sememangnya banyak menyediakan kursus-kursus kemahiran kepada golongan yang memerlukan terutama sekali kursus dalam mengujudkan dan meningkatkan pendapatan terutama sekali kepada golongan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.



Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung.....

16 Mar 2017

PENGALAMAN DS HISHAMMUDDIN BOLEH JERNIHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA UTARA





1. Baru-baru ini seluruh dunia tertumpu ke Malaysia berikutan pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara di KLIA2.

2. Ketegasan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib telah mengejutkan kuasa nuklear Korea Utara apabila rakyat Korea Utara dihalang meninggalkan Malaysia sehingga siasatan pembunuhan tersebut berjaya diselesaikan.

3. Korea Utara telah membalas ketegasan Malaysia dengan mengenakan sekatan yang sama ke atas rakyat Malaysia di Korea Utara.

4. Kemelut ini masih tidak selesai sepenuhnya kerana 3 rakyat Korea Utara yang dicari oleh PDRM masih bersembunyi di dalam Kedutaan Korea Utara.

5. Kerajaan Malaysia sepatutnya menggunakan kelebihan DS Hishammuddin yang memiliki aura diplomatik yang kuat di peringkat antarabangsa. 

6. Dahulu, semasa insiden MH370, DS Hishammuddin membuktikan kemahiran beliau berhadapan dengan wartawan dan delegasi asing. DS Hishammuddin berjaya menenangkan dunia dengan kebijakan beliau menjawab dengan berkesan isu-isu yang dibangkitkan diplomat dan wartawan asing ketika itu.

7. Di peringkat dunia, DS Hishammuddin amat dikenali mempunyai diplomatic aura dengan kuasa-kuasa besar dunia khususnya USA, China, Jerman, Peranchis, Australia dan Great Britain.

8. Rakan-rakan di luar negara menghantar mesej kepada saya kenapa tidak hantar DS Hishammuddin ke Pyongyang untuk mendengar apa kemahuan mereka dan untuk menyampaikan prinsip Malaysia dalam kes pembunuhan tersebut.

9. Tidak semua Menteri boleh melakukannya, tetapi DS Hishammuddin boleh kerana pengalaman dan hubungan beliau dengan ketua-ketua angkatan tentera di Asia Pasifik dan Asia Timur Jauh adalah baik. Kebetulan beliau juga adalah Menteri Pertahanan, sudah pasti banyak kelebihan yang beliau boleh gunakan untuk menyelesaikan kemelut ini.

10. Membiarkan kemelut dan insiden ini berterusan bukan satu perkara yang bijak, implikasi keselamatan, ekonomi dan politik akan merosakkan banyak peluang Malaysia untuk melangkah lebih jauh.

11. Saya berharap, kerajaan Malaysia memberi kepercayaan kepada DS Hishammuddin menyelesaikan isu ini. Dunia luar sedang memerhati kita, Malaysia perlu keluar dari kemelut dengan bijaksana. Pengalaman DS Hishammuddin di peringkat global dan keselamatan serantau boleh digunakan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kredibel, dihormati dan berdaulat.

Salam dari jauh,

A.Azharri S.
Washington DC.
Mac 16, 2017.

14 Mar 2017

Keikhlasan dan kejujuran eratkan tali silaturrahim kami



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lepak dan kupi-kupi , itulah aktiviti yang sering kami lakukan jika ada kelapangan dari kami berempat .  Buat kali ini perjumpaan agak istimewa kerana seorang dari kami iaitu "anggota yang paling bungsu" menyambut harijadinya yang 35 tahun.

Walaupun tempat tinggal diantara kami berjauhan ianya bukan nya halangan untuk kami berjumpa dan betukar-tukar fikiran untuk membincangkan dan bertukar-tukar fikiran tentang hal-hal semasa yang sedang berlaku sekarang. Seorang dari Zon Bukit Quoin, seorang dari Zon Anderasy dan kami dai Zon Balung, Restoran Era menjadi tempat perjumpaan rutinkami jika ada kelapangan.

Perjumpaan hari ini agak lain dari yang lain kerana seorang dari kami sedang menyambut hari kelahiran beliau. Hanya ucapan dan ucapan tahniah dapat di berikan sempena hari jadinya kerana hanya itu sahaja yang termampu di berikan seikhlasnya. Pada kami persahabatan  dan setia kawan amat penting,keikhlasan dan kejujuran ada lah kunci utama kami dalam meneruskan persahabatan meskipun sering terhalang oleh masa dan keadaan, maklum saja masing-masing mempunyai komitmen sendiri dalam meneruskan penghidupan seharian. Masa menjadikan kami lebih dewasa dalam menghadapi apa jua situasi yang mendatang dan ianya juga menjadikan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan lebih erat keraaa masing-masing ikhlas dan menghormati satu dengan lain.

Adalah di harapkan ikatan persahabatan ini akan terus terjalin hingga keakhir hayat, akan terus tersimpul mati dan akan terus gah terpahat di hati kami masing-masing atas nama kejujuran dan keikhlasan di dalam persahabatan ini.

Selamat hari jadi buat Saudara Sahhruni Hamzah dan terimakasih  kepada saudara Amran Karim di atas nasihat dan pandangannya yang sememangnya saya simpan dan guna di sepanjang perjalanan saya hingga ke hari ini.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung


13 Mar 2017

Warna-warni dan aktiviti Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan pada 12/3/2017




1) Aktiviti 1 : Perasmian Masyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Kg Jawa Tawau







2) Aktiviti 2 :   Perasmian Masyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Quoin Tawau





3) Aktiviti 3 :  Merasmikan Grand Opening & Hari Bertemu Pelanggan SM Medical Equipment Nursing And Wound Care Solution, Jalan Utara Tawau






Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di Balung...







12 Mar 2017

Datuk Tawfiq bakal realisasikan impian mangsa kebakaran miliki rumah transit selesa.



Akhirnya impian mangsa kebakaran  yang masih mendiami khemah yang di sediakan di Batu 2 Jalan Apas Tawau akan termakbul dengan terbinanya rumah transit sementara yang akan di bina di Kawasan balung. menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N56 Apas Jabatan Perdana Menteri Malaysia, ehsan daripada YAB DS Najib Tun Razak telahpun meluluskan peruntukan sebanyak 5 juta ringgit bagi tujuan tersebut. Pada masa ini pihak majlis perbandaran Tawau sedang mediakan dokumen bagi proses tender pembinaan rumah transit berkenaan.

Ini lah yang selalu di laungkan oleh kerajaan yang ada kini iaitu mengutamakan segala kepentingan dan keperluan rakyat setempat. sememangnya sesuatu yang di pohon terutamanya yang melibatkan kewangan yang tinggi serta dokumentasi antara jabatan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pelbagai jabatan  dan pelbagai SOP yang perlu di patuhi. Tetapi ini semua bukanlah halangan tetapi pembakar semangat untuk pemimpin seperti Datuk Tawfiq untuk membantu rakyat yang ada di kawasan beliau.

Kurangkan berpolitik, kurangkan bercakap dan banyakkan berfikir
dan berusaha untuk kepentingan rakyat, itulah yang selalu di lakukan oleh beliau, lihat saja jika ada musibah dan sebagainya beliau adalah pemimpin yang 'Kam 1" datang dan cuba menyelesaikan segala permasalahan yang rakyat hadapi.

Semalam Datuk Tawfiq mengumumkan sendiri berita gembira berkenaan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang masih mendiami khemah sementara berkenaan yang berjumlah hampir 30 orang. Di dalam perjumpaan tersebut beliau juga menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban mangsa, semoga bantuan sepertinya akan di teruskan sehinggalah mangsa dapat rumah transit yang lebih selesa.

Tahniah dan tahniah , semoga pembinaan akan dapat disiapkan dengan sempurna dan mengikut jadual yang telah di tetapkan agar memberikan sedikit keselesaan kepada mangsa di dalam menjalankan penghidupan seharian.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di balung.....

Giant Hypermarket Bt 3
5.05pm..


Datuk Nizam sumbangkan komputer di perasmian PIBG SMK Balung Tawau




Masyuarat Agung Persatuan  Ibu Bapa dan Guru SMK Balung
Tawau yang ke 15 telah pun berjalan dengan rasminya. Ianya telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan 11/3/2017 bertempat
di tapak "DEAR" sekolah tersebut. Tepat jam 7.30 pagi ibu bapa dan penjaga sudah berduyun-duyun untuk datang dan seterusnya menghadirkan diri untuk masyuarat kali ini. Seperti biasa sambutan dari ibu-bapa sangat-sangat mengalakkan sehinggakan segala persiapan seperti sarapan dan kerusi tidak mencukupi untuk semua tetamu yang hadir.


Acara tersebut di mulai dengan ucapan daripada Pengetua Cemerlang iaitu Encik Muhammad Nor Hj Sima. Di dalam
ucapannya beliau menekankan pentingnya kerjasama di antara ibu bapa dan guru di dalam memastikan pelajar mendapat ilmu yang secukupnya apabila berada di sekolah seterusnya mendapat keputusan yang baik di dalam setiap peperiksaan yang di hadapi. Beliau juga melahirkan rasa yang sangat bersyukur kerana PIBG dan sekolah
dapat bekerjasama di dalam setiap aktiviti dan setiap perancangan yang sedang dan akan di jalankan tanpa persengketaan yang mungkin menyebabkan murid yang menjadi mangsanya.' Sebagai contoh ada PIBG sekolah yang mempunyai duit simpanan yang
begitu banyak dan tersimpan sejak bertahun-tahun lamanya, dari segi kewangan ,sememangnya adalah baik tetapi dari segi kebaikan untuk PIBG dan murid, ini menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran sekolah dan pihak PIBG itu sendiri. Beliau memberikan contoh kepada pihakPIBG sekolah SMK Balung, telah
mengutip lebih 90 ribu pada tahun 2016 dan membelanjakan hampir 80 ribu untuk keperluan para pelajar menjalankan aktiviti dan keperluan sekolah. Ini menunjukkan pelajar menggunakan sepenuhnya apa yang mereka bayar untuk tahun berkenaan". tambahnya lagi. Diakhir ucapan nya beliau mengharapkan agar pihak PIBG dan Pentadbir sekolah dapat terus bekerjasama di dalam memastikan SMK Balung dapat melahirkan pelajar yang mampu bersaing dalam pendidikan dan sebagainya di peringkat nasional dan mengekalkan anugerah Penarafan 5 bintang untuk PIBG SMK Balung pada kali
ini.


YDP pula menekannya keperluan kerjasama yang tinggi dan keikhlasan dari setiap ibubapa dan pelajar agar segala yang di

impikan dan di cadangkan akan tercapai walaupun dengan rintangan yang tinggi, halangan yang banyak, dengan kemahuan yang tinggi ianya bukanlah halangan untuk mencapai kegemilangan.

Acara kemuncak pada hari berkenaan ialah ucapan perasmian dari YAB Datuk Nizam DSP Abu BAkar Titingan . Di dalam ucapan
nya beliau menekankan akan pentingnya ibu bapa dan murid mengutamakan pendidikan di dalam semua hal.   Elakkan dari perkara-perkara yang membuang masa seperti lepak dan sebagainya, jauhkan diri dari pengaruh negatif seperti dadah dan sebagainya. Beliau juga menekan nya akan pentingnya bersyukur dengan nikmat yang ada bersyukur dengan allah S.W dan bersyukur dengan nikmat yang ada kini dan beliau mengharapkan agar semua jangan terlalu mendengar akan pengaruh-pengaruh luar yang boleh membuatkan pelajar lalai dengan aktiviti yang tidak sihat seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan sebagai nya. Di akhir ucapan nya beliau telah menyerahkan sumbangan dua unit Komputer untuk kegunaan sekolah dan sumbangan peribadi berjumlah seribu ringgit untuk tabung PIBG Sekolah.

Masyuarat pada hari berkenaan telah berjalan sangat lancar dan di hadiri kira-kira 700 orang ibubapa. PAda masyuarat berkenaan hampir 95 %  barisan AJK  telah di kekalkan termasuk wakil dari Ibubapa dan guru-guru. Ini menunjukkan Ibubapa, dan guru-guru  sentiasa mengutamakan sekolah, pencapaian murid daripada mementingkan jawatan sehinggakan merencatkan perancangan yang pihak sekolah telah rancang.

Syabas dan tahniah buat ibubapa dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau.


Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di balung...