27 Mar 2017

Tahniah, JR Wanita Umno P 190 Tawau



Baru-baru ini saya telah di kunjungi oleh beberapa orang wanita yang berumur dalam lingkungan 40 an. Mereka datang dalam satu kumpulan lima orang dengan budi bahasa  yang sangat tinggi serta mempunyai semangat yang kuat dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada mereka. Pada mulanya saya menganggap mereka hanyalah jurujual yang ingin menjual serta mempromosikan barangan mereka. Ternyata tekaan saya meleset .

Rupa-rupanya mereka ini adalah dari skuad  Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Bahagian Tawau yang menjalankan kerja-kerja bagi mengenal pasti pengundi yang ada di setiap kampung dan Pusat Daerah Mengundi di   DUN dan Kawasan Parlimen Tawau.

Alhamdulillah ini adalah pengorbanan dari kaum hawa di dalam memastikan segala data dapat di ambil serta dapat mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Tahniah sekali lagi kepada Skuad Jalinan Rakyat Zon Balung kerana kerana menjalankan tugas yang di amanahkan dengan penuh ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Salam dari Bumi Balung...

Semuanya ada di Balung ada di Balung...

No comments: