Dua puluh tahun yang lalu saya pernah datang menjejakkan kaki ke tempat ini. Pada waktu berkenaan saya bekerja dengan sebuah syarikat GLC kerajaan Negeri Sabah. Masa berkenaan kawasan ini di namakan Rancangan Sungai Manila Sandakan dan ia menempatkan Peneroka-peneroka yang di berikan lot-lot tanah untuk di usahakan dan ladang kelapa Sawit milik kerajaan negeri Sabah.
Disamping itu juga, di kawasan ini terdapat satu kilang kelapa Sawit yang di namakan Kilang Kelapa Sawit Sugai Manila dan ianya memproses buah tandan segar dari peneroka dan pekebun-pekebun kecil yang ada di kawasan ini. Kilang kelapa Sawit ini juga menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada anak-anak peneroka serta peneroka ada di ini.
Kini keadaan sekitar sudah sangat berbeza, sangat berbeza dengan
dua puluh tahun yang lalu sewaktu saya mula-mula menjejakkan kaki ke kawasan ini. Dahulunya saya hanya dapat melihat pokok-pokok kelapa sawit yang memenuhi kawasan ini, di samping itu juga pelawat atau pengunjung yang datang ke kawasan ini akan terhidang dengan bauwan yang harum secara percuma. Kini keadaaan sudah sangat berbeza, seakan-akan kita tidak berada di Kawaan Sungai Manila, seakan-akan kita berada di suatu kawasan yang boleh di gelar "Bandar dalam Ladang Kelapa Sawit".
Atas inisiatif kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan DSP Musa Hj Aman yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan rakyat terutama yang berada di kawasan ini beliau telah merancang untuk mengujudkan satu kawasan perumahan yang teratur dan terurus untuk memberikan peluang kepada rakyat setempat kemakmuran kesenangan di dalam meneruskan penghidupan seharian. Kawasan ini juga di sediakan beberapa lot-lot kedai bagi memudahkan penduduk berniaga seterusnya menambah pembaikan ekonomi keluarga masing-masing.
Kini segala yang di rancangkan, segala yang di impikan dan segala yang di ingin kan oleh rakyat dan pemimpin sudah terlaksana. Projek perumahan yang menjadi bualan hangat dari penduduk setempat telah terlaksana pembinaannya.
Dengan kebijaksanaan dan dengan keinginan tinggi dari kerajaan negeri agar rakyat sentiasa selesa dan terbela, akhirnya projek perumahan ini siap dan telah di berikan kepada mereka-mereka yang layak untuk memilikinya. Tidak mengira fahaman politik, tidak mengira gender dan tidak mengira siapa pun dia Kerajaan Negeri Sabah memberikan kepada mereka-mereka yang layak.
Ini lah satu kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat, berpolitik hanya waktu pilihan raya dan masa selebihnya di gunakan untuk kebaikan dan memenuhi segala keperluan rakyat .
Dengan adanya perumahan ini, ianya memberikan keselesaan kepada yang tinggal di kawasan berkenaan dan yang lebih menyayat hati saya semasa menyaksikan penyerahan replika kunci rumah tersebut ramai yang menitiskan airmata dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang telah berusaha untuk mengubah nasib serta penghidupan terutama mereka yang sudah lama mengharapkan bantuan dari kerajaan Negeri Sabah.
Syabas dan tahniah Ketua Menteri Sabah..
Salam dari Bumi Balung....
Semuanya ada di Balung ada di Balung....
No comments:
Post a Comment