12 Mar 2017

Datuk Tawfiq bakal realisasikan impian mangsa kebakaran miliki rumah transit selesa.



Akhirnya impian mangsa kebakaran  yang masih mendiami khemah yang di sediakan di Batu 2 Jalan Apas Tawau akan termakbul dengan terbinanya rumah transit sementara yang akan di bina di Kawasan balung. menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N56 Apas Jabatan Perdana Menteri Malaysia, ehsan daripada YAB DS Najib Tun Razak telahpun meluluskan peruntukan sebanyak 5 juta ringgit bagi tujuan tersebut. Pada masa ini pihak majlis perbandaran Tawau sedang mediakan dokumen bagi proses tender pembinaan rumah transit berkenaan.

Ini lah yang selalu di laungkan oleh kerajaan yang ada kini iaitu mengutamakan segala kepentingan dan keperluan rakyat setempat. sememangnya sesuatu yang di pohon terutamanya yang melibatkan kewangan yang tinggi serta dokumentasi antara jabatan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pelbagai jabatan  dan pelbagai SOP yang perlu di patuhi. Tetapi ini semua bukanlah halangan tetapi pembakar semangat untuk pemimpin seperti Datuk Tawfiq untuk membantu rakyat yang ada di kawasan beliau.

Kurangkan berpolitik, kurangkan bercakap dan banyakkan berfikir
dan berusaha untuk kepentingan rakyat, itulah yang selalu di lakukan oleh beliau, lihat saja jika ada musibah dan sebagainya beliau adalah pemimpin yang 'Kam 1" datang dan cuba menyelesaikan segala permasalahan yang rakyat hadapi.

Semalam Datuk Tawfiq mengumumkan sendiri berita gembira berkenaan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang masih mendiami khemah sementara berkenaan yang berjumlah hampir 30 orang. Di dalam perjumpaan tersebut beliau juga menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban mangsa, semoga bantuan sepertinya akan di teruskan sehinggalah mangsa dapat rumah transit yang lebih selesa.

Tahniah dan tahniah , semoga pembinaan akan dapat disiapkan dengan sempurna dan mengikut jadual yang telah di tetapkan agar memberikan sedikit keselesaan kepada mangsa di dalam menjalankan penghidupan seharian.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung ada di balung.....

Giant Hypermarket Bt 3
5.05pm..


No comments: