Dewan Undangan negeri Apas N56 adalah salah satu dari tiga
DUN yang terletak di Parlimen P190 Tawau diantaranya ialah DUN Sri Tanjung dan Balung. Kawasan yang termasuk di bawah pentadbiran DUN Apas ialah dari Kampung Titingan hingga lah Kampung Inderasabah yang terletak hampir 28 batu dari Bandar Tawau.
Jika mengikut data SPR, pada tahun 2013 jumlah pengundi berdaftar yang ada di DUN Apas ialah sekitar 15,837 orang yang terdiri daripada 70 % pengundi Bumiputra islam dan selebih nya adalah terdiri dari lain-lain pengundi. Pada PRU 12 DUN Apas juga di wakili oleh YB Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan dan pada ketika itu di tentang oleh calon-calon dari parti PKR, dan Bebas. Pada pilihanraya 12 Datuk Tawfiq ynag mewakili Barisan Nasional dengan memperolehi 5,409 undi dan memperolehi mejoriti sebanyak 3,608 undi.
Pada pru 13 pula Datuk Tawfiq sekali memenangi kerusi DUN Apas dengan memperolehi 9,013 undi, di ikuti oleh calon PKR Encik Alizaman Jijurahman yang mendapat 2,891 undi, Encik Tahir SAPP memperolehi 149 undi dan calon STAR Encik Chok Yit Min yang memperolehi 75 undi saja. Sekali lagi dapat di saksikan BN menang dengan mejoriti 6,122 undi.
Jika di buat perbandingan di antara PRU 12 dan PRU 13 , pencapaian ADUN N56 Apas telah meningkat hampir 100 % iaitu dari 3,608 undi pada pru 12 ke 6,122 undi mejoriti yang telah di perolehi. Data ini juga menunjukkan pengundi di kawasan berkenaan memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk meneruskan kesinambungan beliau di kawasan APAS.
PRU 14 bakal menjelma dan adakah pencapaian sejak tiga penggal yang lalu dapat di tingkatkan dan terus di kekal kan? Adakah ada pencabar baru dari parti pembangkang yang setidak-tidaknya dapat mengurangkan mejoriti yang meningkat pada setiap PRU yang di adakan?
Bersambung....
Salam dari Bumi Balung..
Semuanya ada di Balung ada di Balung
No comments:
Post a Comment