Sorakan tolak penghasut bergema di pekan Balung dengan penuh semangat daripada hadirin yang datang menyaksikan Karnival Belia yang di adakan pada 25 dan 26 March 2017. Karnival belia pada kali ini telah di rasmikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan semalam.
Di dalam ucapan nya semalam, beliau mengharapkan agar rakyat
sentiasa bersatu padu dalam apa juga keadaan yang mendatang. Tanpa kesatuan utyh sudah pastinya Negara akan hancur dan musnah. Sebagai contoh negara Syria yang dulunya sangat aman dan penduduknya dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman dan dapat menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Akan tetapi penduduknya yang tak bersatu padu dan termakan dengan hasutan dari pihak yang tidak bertanggungjawab akhirnya Syria hancur dan musnah, dahulumya Syria di penuhi dengan bangunan yang sangat cantik kini ianya di penuhi dengan rakyat yang merempat sehinggakan untuk makan dan minum sekalipun mereka mengharapkan bantuan dari negara-negara luar untuk menyumbangkan simpati.
"Dahulu orang Balung hanya mengharapkan air hujan untuk minum, kini hampir semua rumah yang ada di Balung menggunakan air bersih yang sudah di rawat oleh Jabatan Air Sabah, dahulunya jalan Balung hanya ada satu lorong dan kini ianya sudah ada dua lorong dan ianya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penguna-penguna jalanraya terutama orang Balung". Kerajaan memungut cukai dan cukai itu di kembalikan semula kepada rakyat melalui pembinaan prasarana, sekolah dan segala kemudahan yang ada untuk rakyat gunakan , katanya lagi.
Adalah di harapkan program sebegini sentiasa di adakan bagi
menyampaikan segala maklumat kepada penduduk agar rakyat memahami dan dapat merebut segala peluang yang kerajaan sudah sediakan. Di akhir ucapan nya beliau mengumumkan akan geran kerajaan yang di berikan secara percuma kepada anak Sabah yang layak. Program berkenaan di namakan "YESS" dan akan memberikan geran sebanyak RM 2000 kepada individu dan RM 5000 kepada kumpulan dengan syarat individu atau kumpulan berkenaan telah mengikuti kursus yang di iktiraf untuk mereka memulakan perniagaan yang di pilih.
Di akhir ucapannya beliau harapkan agar rakyat sentiasa bersyukur dan bersama dengan kerajaan yang sedia ada kini di dalam meneruskan kesinambungan dan kemajuan yang terus di laksanakan oleh kerajaan.
Salam dari Bumi Balung...
Semuanya ada di Balung ada di Balung...
Era Balung
11.05 pm
25/3/2017
No comments:
Post a Comment