14 Mar 2017

Keikhlasan dan kejujuran eratkan tali silaturrahim kami



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lepak dan kupi-kupi , itulah aktiviti yang sering kami lakukan jika ada kelapangan dari kami berempat .  Buat kali ini perjumpaan agak istimewa kerana seorang dari kami iaitu "anggota yang paling bungsu" menyambut harijadinya yang 35 tahun.

Walaupun tempat tinggal diantara kami berjauhan ianya bukan nya halangan untuk kami berjumpa dan betukar-tukar fikiran untuk membincangkan dan bertukar-tukar fikiran tentang hal-hal semasa yang sedang berlaku sekarang. Seorang dari Zon Bukit Quoin, seorang dari Zon Anderasy dan kami dai Zon Balung, Restoran Era menjadi tempat perjumpaan rutinkami jika ada kelapangan.

Perjumpaan hari ini agak lain dari yang lain kerana seorang dari kami sedang menyambut hari kelahiran beliau. Hanya ucapan dan ucapan tahniah dapat di berikan sempena hari jadinya kerana hanya itu sahaja yang termampu di berikan seikhlasnya. Pada kami persahabatan  dan setia kawan amat penting,keikhlasan dan kejujuran ada lah kunci utama kami dalam meneruskan persahabatan meskipun sering terhalang oleh masa dan keadaan, maklum saja masing-masing mempunyai komitmen sendiri dalam meneruskan penghidupan seharian. Masa menjadikan kami lebih dewasa dalam menghadapi apa jua situasi yang mendatang dan ianya juga menjadikan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan lebih erat keraaa masing-masing ikhlas dan menghormati satu dengan lain.

Adalah di harapkan ikatan persahabatan ini akan terus terjalin hingga keakhir hayat, akan terus tersimpul mati dan akan terus gah terpahat di hati kami masing-masing atas nama kejujuran dan keikhlasan di dalam persahabatan ini.

Selamat hari jadi buat Saudara Sahhruni Hamzah dan terimakasih  kepada saudara Amran Karim di atas nasihat dan pandangannya yang sememangnya saya simpan dan guna di sepanjang perjalanan saya hingga ke hari ini.

Salam dari Bumi Balung..

Semuanya ada di Balung


No comments: